PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kenaikan tarif elektrik mengikut kos bahan api

Go down

Kenaikan tarif elektrik mengikut kos bahan api Empty Kenaikan tarif elektrik mengikut kos bahan api

Post  You Xuan (L6B) Wed Jul 10, 2013 5:22 pm

Kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti.
Ia susulan pelaksanaan mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT) yang membolehkan syarikat utiliti menyalurkan secara terus sebarang kenaikan kos bahan api kepada pengguna.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata sebarang penetapan kos juga perlu mendapat persetujuan kerajaan bagi mengambil kira beban pengguna.
Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga (bahan api), sudah tentulah semakan tarif, tidak dapat dielakkan kerana gas adalah bahan api utama dalam penjanaan elektrik” Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Katanya, ketika ini PETRONAS menetapkan harga gas bagi menjana elektrik RM13.70MMBtu, jauh lebih rendah daripada RM40MMBtu harga pasaran bagi memastikan kadar runcit tenaga lebih rendah.
Bahan api utama
“Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga (bahan api), sudah tentulah semakan tarif, tidak dapat dielakkan kerana gas adalah bahan api utama dalam penjanaan elektrik.
“Sebarang perubahan harga bahan api akan disamakan (ditampung) kepada TNB dan TNB dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip FCPT.
“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini semalam.
FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti, sekiranya gagal mencapai prestasi ditetapkan.
Maximus berkata, melalui FCPT pengguna elektrik 200Kwh sebulan akan kekal pada kadar 21.8 sen setiap kilowatt.
Beliau berkata, mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan, akan terus diberi rebet.


Pada pendapat saya, dasar yang diimplementasikan oleh kerajaan ini adalah bersifat positif dan boleh mendatangkan kebaikan sekiranya dilaksanakan dengan baik. Sejajar dengan kenaikan tarif elektrik mengikut kos bahan api antarabangsa, bermakna kerajaan tidak lagi menampung kos subsidi, diharapkan boleh menyedarkan masyarakat Malaysia yang telah "dimanjakan" selama ini supaya mengubahkan sikap membazir yang buruk itu. Hal ini telah dibuktikan, sekiranya penggunaan elektrik kurang daripada 92Kwh sebulan, rebet akan diberikan manakala pengguna yang membazir akan dikenakan penalti.

http://www.parlimen.gov.my/carian.html?DoCariBtn=carian&search=harga+elektrik&DATETYPE=2&submit=CARI
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DewanRakyat_Kenaikantarifelektrikikutkosbahanapi/Article/

You Xuan (L6B)

Posts : 8
Join date : 2013-05-19
Age : 28

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum