PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN

Go down

KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN Empty KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN

Post  Chow Cha Sun Jul 07, 2013 6:48 am

Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan
(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.
(3) Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(1) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan sebagai tambahan kepada apa-apa pemberian, saraan atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana Perkara lain atau undang-undang persekutuan—
(a) segala pencen, pampasan kerana kehilangan jawatan dan ganjaran yang Persekutuan bertanggungan membayarnya;
(b) segala caj hutang yang Persekutuan bertanggungan membayarnya; dan
(c) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Persekutuan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal.
(2) Apabila membayar apa-apa pemberian kepada sesuatu Negeri mengikut peruntukan Bahagian ini, Persekutuan boleh memotong amaun apa-apa caj hutang yang kena dibayar oleh Negeri itu kepada Persekutuan dan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.
(3) Bagi maksud Perkara ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas hutang, pembayaran balik atau pelunasan hutang, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan hutang yang diwujudkan dengan jalan sedemikian.Wink 
Chow Cha
Chow Cha

Posts : 2
Join date : 2013-06-05

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum