PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 rasuah pegawai imigresen ditahan

Go down

2 rasuah pegawai imigresen ditahan Empty 2 rasuah pegawai imigresen ditahan

Post  Shuefern(L6A/12) Sat Sep 15, 2012 7:26 am

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, semalam menahan dua individu iaitu pegawai eksekutif dan pekerja sebuah syarikat operator feri Port Dickson-Dumai berhubung dakwaan memberi rasuah kepada dua pegawai imigresen yang ditahan minggu lalu.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 45 tahun itu ditahan di sekitar bandar Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.
“Hasil soal siasat terhadap pegawai imigresen yang ditahan sebelum ini mendapati pegawai eksekutif dan pekerja syarikat feri itu turut terbabit dalam kegiatan rasuah yang berlaku di Jeti Port Dickson.

“Kedua-dua mereka didapati membayar RM20,000 seminggu kepada pegawai imigresen terbabit sejak 2008 bagi melepaskan pendatang asing tanpa izin yang menaiki feri mereka untuk keluar dan masuk ke negara ini melalui pintu sempadan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishammuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Rabu lalu, dua pegawai imigresen terbabit yang bertanggungjawab menyelia operasi di Jeti Port Dickson ditahan di bandar berkenaan.

Mereka ditahan bersama seorang awam yang bertindak sebagai orang tengah kerana terbabit dalam kegiatan rasuah bagi melepaskan pendatang asing tanpa izin keluar dan masuk ke negara ini.
Kedua-dua pegawai terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.



Ulasan:
Sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan berlakunya gejala tumbuk rusuk ini. Sesetengah pihak juga memberikan rasuah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu hukuman. Kegiatan rasuah akan menghalang kemajuan negara jika masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin. Jadi semua pihak termasuk rakyat, haruslah bekerjasama untuk menentang kegiatan rasuah.

Shuefern(L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum