PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bas diserang, pemandu dipukul

Go down

Bas diserang, pemandu dipukul Empty Bas diserang, pemandu dipukul

Post  HowShengYuan/L6A-12 Thu Jul 05, 2012 10:12 am

IPOH
Seorang pemandu bas dari Syarikat Transit Perak Berhad telah cedera dan dilaporkan bahawa dia dipukul oleh empat lelaki yang menyerang bas itu di Jalan Lim Boon Seng.

Nama pemandu tersebut ialah D Maniraja,berumur 50 tahun,seorang pemandu yang berpengalaman.Terdapat cedera di bahagian kepala dan badannya kerana dia dipukul dengan objek keras dan dia sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Bainun. Ketika masa berlaku kejadian iaitu 6.50 pagi,dia sedang membawa penumpang yang terdiri daripada lima pelajar sekolah dari Medan Kidd ke Bercham.

"Ketika berhenti di simpang lampu isyarat, beberapa orang membaling batu ke arah cermin bas sehingga pecah serta mengetuk pintu bas," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Maniraja berkata,selepas itu dia buka pintu bas,empat orang lelaki tadi yang berumur lebih kurang 30 tahun terus masuk ke dalam bas dan memukul kepala dan badannya dengan objek keras.

Dia dapat melarikan diri manakala lima pelajar tersebut diarahkan keluar oleh empat lelaki yang menyerangnya tadi.

Bas itu kemudian dipandu oleh salah seorang lelaki tadi tetapi terbabas dan terhempas ke tiang lampu di tepi jalan berhampiran dengan Hotel Riverfront.Semua lelaki pun terus melarikan diri.

Maniraja tidak pasti kenapa dia diserang oleh lelaki tersebut.


__________________________________________________________________________________________________________________________________

Pada pendapat saya,masyarakat sekarang ni semakin ganas dan dahsyat,tengok pemandu bas tersebut entah kenapalah dipukul oleh bebeorang lelaki yang tidak dikenali.Adakah pemandu tersebut terhutang sesiapa?Jika tidak,mengapakah mereka cari pasal kat pemandu itu?Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada walau di mana kita berada.
HowShengYuan/L6A-12
HowShengYuan/L6A-12

Posts : 5
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum