PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perhimpunan aman di kawasan perindustrian Gebeng

Go down

Perhimpunan aman di kawasan perindustrian Gebeng Empty Perhimpunan aman di kawasan perindustrian Gebeng

Post  Choy Wei Quan (L6A/2012) Sun Jun 24, 2012 12:04 pm

KUANTAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini kesal dengan tindakan penganjur Himpunan Anti-Lynas yang mengadakan perhimpunan aman di kawasan perindustrian Gebeng di sini kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menggunakan kanak-kanak sebagai peserta.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, walaupun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun pihaknya kesal kerana perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer di kawasan berkenaan.

Pada pendapat saya, walaupun himpunan tersebut tidak ada kejadian tragedi, tetapi patutlah mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ditetap oleh kerajaan. Dengan mematuhi peraturan-peraturan tersebut, barulah mereka tidak akan dilihat sebagai golongan yang sentiasa melanggar undang-undang dan dapat menyalurkan cadangan dan mesej mereka dengan cara yang betul.

Saya berpendapat bahawa himpunan awam ialah antaranya satu cara yang berkesan untuk menyalurkan seruan dan mengumpulkan pendapat serta sokongan orang awam. Walaubagaimanapun, kerajaan tidak setuju dengan cara begitu kerana perkara ini dapat menjejaskan imej negara dan menjadikan kecelaruan masyarakat. Sekiranya kerajaan dan rakyat mencapai persetujuan, barulah perkara ini dapat diselesaikan.

Saya berharap kerajaan akan mengorak langkah untuk menyelaesaikan masalah ini dan membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan penjagaan hak dan kebajikan rakyat. Dengan itulah, baru kita dapat menjaga keharmonian negara dan merealisasikan gagasan 1 Malaysia. cheers

Choy Wei Quan (L6A/2012)

Posts : 6
Join date : 2012-06-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum