PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CETAK ROMPAK

Go down

CETAK ROMPAK Empty CETAK ROMPAK

Post  manying L6B Sun Nov 20, 2011 7:57 am



Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini .

Pendahuluan :
· Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok .
· Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta .
· Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan

Isi-isi :
PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK
Amat menguntungkan
· Sifat perniagaan amat menguntungkan .
· Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah .
· Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 .
· Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan asli .
· Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan .
· Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik .

Undang-undang
· Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan seni .
· Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka .
· Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak .
· Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan .
· Susah mengesani peniaga cetak rompak .
· Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak .

Sambutan pengguna
· Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah .
· Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai RM 5.00 .
· Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM 15,000.00 .
· Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk .
· Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja .
· Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa .

KESAN MASALAH CETAK ROMPAK
Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta
· Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan .
· Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak .
· Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam perniagaan .
· Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka .
· Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara .
· Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan .

Kesan Terhadap Ahli Seni
· Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat .
· Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan .
· Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka .
· Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan .
· Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka .
· Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini .

Kesimpulan :
· Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif .
· Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya .
· Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka .

manying L6B

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum