PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SPRM serbu premis permit

Go down

SPRM serbu premis permit  Empty SPRM serbu premis permit

Post  Lixin Lim [U6B] Thu May 26, 2011 10:59 am

SEREMBAN: Pendedahan Berita Harian mengenai kegiatan pengeluaran pas pekerja palsu kepada warga asing dengan harga RM1,000, mendapat tindakan segera pihak berkuasa apabila pengarah syarikat dipercayai dalang kegiatan itu dan seorang wanita Indonesia ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Emas, Senawang, semalam. Penahanan lelaki berusia 70-an dan wanita lingkungan 30-an itu dilakukan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 10 pagi. Kedua-duanya dijangka direman hari ini.

Akhbar ini semalam mendedahkan kegiatan haram sebuah syarikat berlatarbelakangkan perniagaan pembekalan dan penyediaan pekerja asing yang beroperasi sejak 1999, mendakwa mendapat kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan pas pekerja yang sah selama setahun dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit.Syarikat itu turut menyediakan pakej lengkap membabitkan perkhidmatan penghantaran pulang pekerja asing dengan bayaran RM1,200, tidak termasuk tiket kapal terbang yang dibelikan majikan.

Siasatan awal mendapati sejak Januari lalu, syarikat itu sudah mengeluarkan lebih 500 pas pekerja yang nilainya mencecah RM500,000.Katanya, SPRM tidak menolak kemungkinan syarikat berkenaan meraih keuntungan mencecah jutaan ringgit sejak mula beroperasi.

Mengenai penggunaan nama Undang Luak yang didakwa lelaki itu memberi kebenaran menggunakan cop rasminya, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang, Datuk Jemal Kasim, berkata pihaknya akan membuat laporan polis kerana semua Undang Luak tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kaitan dengan urusan pekerja asing.

“Tindakan syarikat itu mengaitkan nama Undang Luak di negeri ini dalam proses pengeluaran pas pekerja asing palsu itu sebagai usaha licik untuk memperdayakan masyarakat,” katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita ini adalah mengenai pengeluaran pas pekerja palsu.Sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 1999 telah beroperasi menjalankan aktiviti haram ini tetapi malangnya diserbu oleh pihak polis.Pas pekerja palsu ini diyakin telah menarik banyak warga asing mendapatkan pas ini dengan secara melanggar undang-undang Malaysia.Selain itu,saya berasa pengeluaran pas palsu ini akan mendatangkan banyak keburukan kepada negara kita.Kawan-kawan sekalian,marilah kami membincangkan apa keburukan yang akan dibawa oleh kegiatan haram ini?


Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum