Bebas polistirena, plastik di sekolah
Page 1 of 1
Bebas polistirena, plastik di sekolah
KOTA KINABALU 30 Julai – Berdasarkan fakta, lebih 500 bilion beg plastik diguna setiap hari dan lebih sejuta digunakan setiap minit di mana berbilion-bilion beg plastik akhirnya menjadi sampah setiap tahun.
Beg plastik tidak dapat lupus dengan sendiri dan sekiranya dibakar ia akan membebaskan karsinogen iaitu satu bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Sekiranya ditanam pula bahan toksin di dalam plastik boleh memasuki air minum kita seterusnya membahayakan kesihatan.
Namun sejauh manakah kesedaran kita terhadap bahaya penggunaan beg plastik dalam aktiviti seharian?
Malah ada di antara kita yang tidak menghiraukan kesan dan bahaya jangka panjang beg plastik kepada alam sekitar dan generasi akan datang.
Ini kemungkinan besar disebabkan tiadanya kesedaran di kalangan rakyat negara ini terhadap kesan negatif beg plastik.
Menyedari hakikat inilah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya di sini mengorak langkah proaktif dengan melancarkan kempen ‘Katakan tidak kepada polistirena dan plastik’.
Menurut Pengetua SMK Bandaraya, Dr. Shirley Tay Siew Hong, kempen tersebut merupakan satu inisiatif warga sekolah bagi menanam kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya penggunaan beg plastik.
Katanya, latihan dan kesedaran di peringkat awal khususnya di sekolah amat penting bagi mewujudkan generasi yang cintakan alam sekitar.
“Objektif utama kempen ini adalah untuk menyedarkan warga sekolah tentang kesan negatif penggunaan polistirena dan plastik yang merupakan ancaman dalam senyap yang boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada kesihatan.
“Ia juga bagi menyahut hasrat kerajaan serta menyokong usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam mengurangkan jumlah sampah-sarap khususnya plastik,” katanya di sini baru-baru ini.
Menurutnya melalui program itu kesemua 2,210 pelajar sekolah berkenaan tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman yang dibungkus plastik dan polistirena ke kawasan sekolah.
Selain itu katanya, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada pengusaha kantin, koperasi dan Persatuan Usahawan Muda sekolah agar tidak menggunakan plastik dan polistirena.
“Mereka telah bersetuju menggunakan bekas makanan yang mesra alam seperti kertas pembungkus dan tidak menggunakan plastik dan polistirena malah mereka juga tidak menggunakan straw,” katanya.
Katanya, semasa kempen berjalan para pelajar juga digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri.
Dalam pada itu katanya, bagi memastikan keberkesanan program itu semua guru akan melakukan pemantauan berterusan.
Beliau memberitahu, pemantauan akan dilakukan oleh guru-guru dan unit disiplin sekolah bagi memastikan pelajar tidak membawa masuk plastik dan polistirena ke sekolah.
“Melalui program ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada kebersihan sekolah daripada sampah-sarap yang terdiri daripada plastik,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Joannes Solidou berkata, pihaknya berharap kempen seperti itu akan dapat dilaksanakan secara berterusan di sekolah berkenaan.
Malah katanya beliau menaruh harapan besar supaya kempen tersebut akan menjadi contoh seterusnya diikuti oleh sekolah-sekolah lain di negeri ini.
“Kempen bebas polistirena dan plastik yang diadakan ini sungguh penting dan bermakna kerana ia merupakan satu cara untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dengan memulihara alam sekitar.
“Penganjuran kempen ini menunjukkan kesungguhan dan hasrat murni sekolah dalam menerapkan dan memperkasakan program kesedaran alam sekitar demi mempertingkatkan amalan mesra alam di kalangan setiap individu,” ujarnya.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Similar topics
» 300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
» Kerajaan Selangor harus kaji caj 20 sen beg plastik: Fomca
» 5 tahanan ISA bebas
» Sentral: Misteri pelacur bebas operasi
» Tingkatkan kawalan sekolah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum