Kurikulum PERMATA didokumen
Page 1 of 1
Kurikulum PERMATA didokumen
IPOH: Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) mendokumenkan garis panduan kurikulumnya bagi meningkatkan standard serta kualiti pendidikan awal kanak-kanak di negara ini, kata Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA berkata, garis panduan itu akan membantu rakan pelaksana yang berminat menggunapakai kurikulum PERMATA, sekali gus memastikan ada keseragaman dalam pelaksanaan aktiviti dan kualiti pada peralatan pembelajaran luar atau dalam.
“Antara garis panduan yang didokumenkan ialah Garis Panduan Peralatan Luar, Prosedur Operasi Standard dan Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA," katanya selepas merasmikan Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bercham, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Penyelaras Pusat Anak PERMATA Perak, Senator Heng Seai Kie.
Rosmah berkata, PERMATA sentiasa memastikan kurikulum yang digunapakai bukan saja memberi asuhan dan didikan baik, tetapi mampu membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri bagi memupuk perpaduan berorientasikan suasana 1Malaysia.
"Bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum PERMATA dapat disampaikan dengan lebih berkesan, kita turut menyediakan peluang kepada pendidik mengikuti kursus asas enam minggu," katanya sambil menambah RM3.64 juta diperuntukkan kepada semua kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan TASKA PERMATA menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, bilangan TASKA PERMATA di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008.
Berucap pada majlis sambutan Karnival Jualan Produk Pusat Dalam Komuniti dan Pertandingan Talentime Orang Kelainan Upaya (OKU) Piala Perdana Menteri peringkat negeri sempena Sambutan Hari Semai Bakti, Rosmah meminta badan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta dan korporat menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan bagi menjaga kepentingan OKU.
“Kerjasama itu dapat melahirkan masyarakat OKU sebagai sebahagian modal insan yang mampu menyumbang kepada proses pembangunan negara.
“Pihak swasta dan warga korporat harus lebih prihatin terhadap keperluan serta kepentingan OKU dalam menyediakan sebarang prasarana atau apa jua bentuk perkhidmatan awam.
“Masih ada prasarana dan perkhidmatan yang disediakan tidak mengambil kira kepentingan golongan OKU sehingga menyukarkan pergerakan mereka," katanya.

yeeleng(L6A)- Posts : 118
Join date : 2009-05-18
Similar topics
» Pengurangan kos tidak jejas aktiviti ko-kurikulum - Muhyiddi
» PERMATA harum nama negara
» RMKe-10: Sekolah PERMATA PINTAR jadi realiti
» MUTAKHIR Penjual permata didakwa culik anak Datuk

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum