PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RM500j latih kemahiran

Go down

RM500j latih kemahiran Empty RM500j latih kemahiran

Post  yeeleng(L6A) Sun Jul 04, 2010 7:53 am

MELAKA: Kementerian Sumber Manusia sedia memberi peluang pekerja tempatan meningkatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang supaya mereka mampu meraih pendapatan tinggi pada masa depan.

Menterinya, Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya diberi peruntukan RM500 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi menjayakan misi itu. “Dana itu boleh dipohon sebagai bantuan kewangan oleh pekerja bagi mengikuti latihan kemahiran kerana kementerian sedang memberi tumpuan meningkatkan peratusan tenaga kerja mahir daripada 23 peratus sekarang kepada 37 peratus menjelang 2015. “Kita mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan latihan kemahiran pekerja,” katanya selepas merasmikan majlis Konvokesyen Akademi Profesional dan Tenikal (PRITEC) di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Pada majlis itu, seramai 114 graduan PRITEC berpangkalan di sini memperoleh diploma masing-masing. Hadir sama, Pengerusi PRITEC, Dr Amiron Ismail.

Subramaniam berkata, kementeriannya juga sedang mengenal pasti lebih banyak latihan kemahiran baru khususnya dalam teknologi hijau selain Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 sedia ada.

Beliau berkata, menerusi latihan kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang mengeluarkan DKM, institusi latihan seperti PRITEC juga memberi peluang kepada lepasan sekolah yang gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mengikuti latihan kemahiran dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat ijazah

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum