Kanak-kanak didera di pusat jagaan
Page 1 of 1
Kanak-kanak didera di pusat jagaan
Kanak-kanak didera di pusat jagaan
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:MELAKA 27 Jun - Kelakuan pelik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ketika bermain seorang diri dengan anak patung gajah akhirnya membongkar penderaan seksual yang didakwa berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Gemas, Negeri Sembilan.
Tindakan keji itu dikesan seorang peguam wanita, B. Vijaya Kumari, 57, yang mengambil kanak-kanak malang tersebut yang dikenali sebagai Gajendran untuk tinggal sementara dengannya sempena cuti persekolahan baru-baru ini.
Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia mengambil Gajendran dari pusat jagaan tersebut dengan kebenaran penjaga pusat terbabit.
"Selain Gajendran, saya turut mengambil dua lagi kanak-kanak perempuan iaitu Chitra, 10, dan Melissa, 9, dari pusat tersebut untuk dibawa pulang ke rumah.
"Selain mereka, terdapat enam lagi kanak-kanak yang ditempatkan di situ berusia antara dua hingga 11 tahun," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Cheng Perdana di sini hari ini.
Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Vijaya Kumari berkata, ia berlaku pada 9 Jun lalu, sewaktu dia sedang menonton televisyen di rumah selepas makan tengah hari.
Ketika itu, dia mendapati Gajendran sedang leka bermain dengan anak patung gajah di ruang tamu rumah.
Katanya, dia tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak tersebut yang sebelum itu rancak berbual-bual dengan anak patung gajahnya.
"Saya menoleh untuk melihat keadaannya namun alangkah terkejutnya saya apabila terlihat Gajendran sedang menekan kepala anak patung gajah itu ke bahagian alat sulitnya.
"Saya lantas bertanya dengan kanak-kanak itu kenapa dia berbuat demikian namun disebabkan terkejut dilihat, Gajendran hanya mendiamkan diri.
"Saya juga tidak mahu memaksa dia, namun dalam hati saya terdetik tentang sesuatu yang buruk berlaku ke atas kanak-kanak itu di pusat jagaan terbabit," katanya.
Menurut Vijaya Kumari, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke pejabatnya untuk dipujuk oleh salah seorang kakitangan yang lebih fasih berbahasa Tamil.
Akhirnya usaha wanita itu berhasil apabila Gajendran mendedahkan bahawa dia bersama dua lagi penghuni rumah itu yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipaksa menghisap kemaluan seorang lelaki berusia 17 tahun yang juga penghuni rumah pusat penjagaan terbabit.
"Kanak-kanak ini dipaksa beberapa kali melakukan perbuatan keji tersebut dan selain didera secara seksual, dia dan beberapa penghuni di situ turut didera secara fizikal dan perkara ini didedahkan oleh Chitra," kata Vijaya Kumari.
Katanya, keesokan harinya, dia cuba mendapatkan penjelasan mengenai insiden itu tetapi dimaklumkan bahawa Gajendran menghidap masalah gangguan mental.
Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan sendiri olehnya termasuk pendedahan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati pusat jagaan kanak-kanak terbabit tidak didaftarkan di bawah JKM.
Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tampin, Negeri Sembilan pada 25 Jun lalu, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil.
NgSiokYing U6F/11- Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32
Similar topics
» Sedia pusat untuk kanak-kanak
» Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat
» HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009
» Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
» Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan
» Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat
» HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009
» Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
» Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum