PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelatih tidak isytihar mengandung

Go down

Pelatih tidak isytihar mengandung Empty Pelatih tidak isytihar mengandung

Post  NgSiokYing U6F/11 Sat Jun 26, 2010 9:09 am

Pelatih tidak isytihar mengandung
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:IPOH 25 Jun - Pelatih di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jiwa Murni, Gunung Semanggol dekat sini yang dilaporkan bersalin kelmarin tidak membuat pengisytiharan memaklumkan bahawa dirinya mengandung.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelatih berketurunan Orang Asli berusia 18 tahun itu tidak menyatakan perkara tersebut dalam borang pengisytiharan kesihatan yang disertakan bersama Nota Panggilan Pelatih (NTP).

Malah katanya, ketika mendaftarkan diri pada 20 Jun lalu untuk menjalankan pemeriksaan wajib ke atas dirinya oleh pegawai perubatan dilantik, pelatih terbabit juga tidak mengaku hamil.

"Dalam borang pengisytiharan kesihatan, setiap pelatih perlu mengesahkan 30 perkara yang disenaraikan termasuk mengandung. Tetapi pelatih ini tidak mengesahkan bahawa dia mengandung.

"Malah semasa menjalani prosedur perubatan wajib dan ditanya tarikh akhir datang bulan, pelatih terbabit menyatakan tarikh akhir dia datang bulan adalah pada 17 Jun," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang pelatih di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol yang melahirkan bayi di dalam tandas pada pukul 12 tengah hari, Selasa lalu iaitu dua hari selepas melaporkan diri menjalani latihan di kem tersebut.

Maklumat bahawa bayi itu meninggal dunia katanya, hanya diketahui apabila seorang jurulatih menjumpai mayat seorang bayi lelaki di dalam baldi yang disorokkan di dalam lokar pelatih berkenaan.

"Dia mengalami tumpah darah keesokannya dan jurulatih telah membawanya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan. Ketika ini pihak PLKN langsung tidak tahu dia melahirkan bayi kerana dia mengatakan keguguran.

"Apabila jurulatih terbabit kembali ke kem untuk mengambil pakaiannya, barulah hal sebenar diketahui. Pelatih ini menyembunyikan bayi yang dilahirkannya di dalam lokar," katanya.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum