PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tayar import harus penuhi piawaian SIRIM: JKJR

Go down

Tayar import harus penuhi piawaian SIRIM: JKJR Empty Tayar import harus penuhi piawaian SIRIM: JKJR

Post  yeeleng(L6A) Fri Jun 25, 2010 1:15 pm

KAPAR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) memberi tempoh peralihan selama tiga bulan kepada industri tayar bagi memastikan semua tayar import yang dibawa masuk ke negara ini menepati piawaian SIRIM, berkuat kuasa bulan depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh, berkata ini adalah satu usaha proaktif pihaknya dalam memastikan jumlah tayar import yang tidak menepati piawaian dapat dikeluarkan daripada pasaran bagi menjamin keselamatan pengguna. Katanya, pemilihan serta penggunaan tayar yang tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan kesesuaian muatan motosikal. “Kesemua stok tayar import yang tidak menepati piawaian perlu dikeluarkan daripada pasaran dalam tempoh tiga bulan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di tiga kedai di sini sempena Kempen Keselamatan Tayar Motosikal, semalam.

Suret berkata, fokus utama kempen itu adalah memberi penerangan kepada pekedai motosikal mengenai kepentingan tayar yang diluluskan SIRIM dalam menjamin keselamatan pembeli.

Beliau berharap maklumat yang betul dapat disampaikan kepada pengguna supaya memahami panduan membeli serta penjagaan tayar selepas pekedai memahami kepentingannya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum