Pelajar perempuan dijumpai mati dalam bilik pusat peranginan
Page 1 of 1

KOTA BHARU: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, dijumpai mati di sebuah bilik penginapan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran.
Noraini Mohd Noor, 17, dijumpai terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah ketika dijumpai pekerja sebuah pusat peranginan di situ, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Bagaimanapun, menurut polis tiada kesan tikaman terdapat pada badan mangsa.
Menurut seorang saksi, pelajar Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) itu dipercayai mendaftar masuk untuk menginap di pusat peranginan itu jam 8 pagi bersama seorang teman lelakinya, yang berumur sebaya dengannya.
"Hampir sejam kemudian, teman lelaki gadis itu mengadu kepada kaunter penyambut tetamu bahawa rakannya pengsan dalam sebuah bilik di pusat peranginan itu," katanya.
Katanya, selepas meninjau ke bilik itu, pihaknya mendapati terdapat banyak darah di bahagian bawah badan pelajar itu sebelum menghubungi pihak polis.
Polis juga menyoal siasat rakan pelajar terbabit berumur dalam lingkungan 18 tahun yang dipercayai dari sekolah agama berhampiran sekolah mangsa untuk membantu polis dalam siasatan kes itu.
Menurut guru pelajar sekolah berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan, pelajar itu ponteng sekolah hari ini selepas dihantar oleh ibunya pagi tadi bersama seorang adiknya.
"Dia seorang pelajar yang pendiam dan tidak menghadapi masalah disiplin walaupun tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran," katanya.
Katanya lagi, sepanjang pengetahuannya pelajar terbabit mempunyai perwatakan yang baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama di sekolahnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, mengesahkan menerima laporan penemuan mayat pelajar itu.
Beliau berkata, setakat ini polis menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut.
Bagaimanapun, mayat pelajar itu masih dalam siasatan dan bedah siasat akan dijalankan oleh unit Forensik Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya, pihaknya akan mengklasifikasikan semula kes itu sebaik bedah siasat ke atas mayat itu selesai dilakukan sekiranya kematian pelajar itu membabitkan kes jenayah.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Re: Pelajar perempuan dijumpai mati dalam bilik pusat peranginan
UPDATE :
2010/06/22
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini mengesahkan kematian seorang pelajar perempuan di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan di sini semalam adalah kerana keguguran.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, berkata berdasarkan laporan bedah siasat, polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, dan kes itu kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Bagaimanapun punca sebenar kematian seperti dakwaan kononnya mangsa menelan terlalu banyak pil atau sebagainya itu tidak dapat disahkan kerana siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang pil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) itu ditemui mati di sebuah bilik penginapan, dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran.

Similar topics
» Perempuan Tua Dijumpai Mati(LSY/L6A 2012)
» Lima pelajar perempuan ditahan kes buli
» Budak perempuan 10 tahun tunggang motosikal mati jatuh
» Murid tadika mati dalam van
» Pelajar trauma lihat sendiri bapa mati digilis bas sekolah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum