Ulat Tiket belasah JPJ
Page 1 of 1
Ulat Tiket belasah JPJ
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 20 samseng dipercayai ulat tiket bertindak nekad membelasah lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menahan seorang rakan mereka di Hentian Bas Bukit Jalil di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, lima anggota JPJ yang sebelum itu menahan seorang lelaki berusia 20-an kerana menjual tiket tanpa kebenaran dikepung kumpulan berkenaan secara tiba-tiba.
Difahamkan, kumpulan itu kemudian mendesak anggota JPJ berkenaan melepaskan ulat tiket yang diberkas bagaimanapun desakan itu tidak diendahkan anggota terbabit.
Tindakan anggota itu menyebabkan kumpulan berkenaan berang dan menyerang mereka.
Seorang anggota JPJ yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, mereka menjalankan operasi penyamaran untuk menangkap ulat tiket yang berleluasa di terminal berkenaan dan berjaya menahan seorang daripadanya.
“Dalam perjalanan membawa suspek ke pondok JPJ, kami didatangi kumpulan terbabit dipercayai berusia lingkungan 30-an yang bertindak menarik kolar baju seorang anggota kami dan memaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan.
“Namun selepas diterangkan mengenai kesalahan menjadi ulat tiket, mereka menyerang kami. Kami diterajang dan ditumbuk sebelum mereka melarikan diri bersama lelaki yang ditahan itu,” katanya.
Lima anggota JPJ yang terbabit dalam insiden berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 petang.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum