Judi bola sepak RM23.1j tumpas
Page 1 of 1
Judi bola sepak RM23.1j tumpas
KUALA LUMPUR 18 Jun – Polis yang menjalankan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 sejak minggu lalu, berjaya menumpaskan beberapa lagi sindiket itu yang melibatkan pertaruhan RM23.1 juta di Selangor dan Perak.
Di Selangor, dalam 13 serbuan yang dilakukan sejak tiga hari lalu dan berakhir awal pagi tadi melibatkan pertaruhan sebanyak RM15.1 juta, polis berjaya menahan 13 lelaki dan seorang wanita tempatan serta sembilan wanita warga Indonesia berusia 15 hingga 45 tahun.
Di Perak pula, seorang wanita antara sembilan yang ditahan dipercayai bookie melibatkan pertaruhan sehingga RM8 juta dalam serbuan di lapan premis berasingan di Ipoh dan Batu Gajah, malam tadi.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dalam 13 serbuan di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Ampang dan Kuala Langat, 10 sindiket perjudian itu berjaya ditumpaskan.
“Kejayaan itu adalah hasil maklumat orang ramai dan polis turut merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut antaranya lima unit komputer, komputer riba (lapan), telefon bimbit (10 unit) dan sebuah mesin pencetak.

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Sindiket antarabangsa terlibat
KUALA LUMPUR 18 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya sindiket-sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 yang ditumpaskan oleh pasukan itu sejak kejohanan itu bermula minggu lalu, turut didalangi sindiket dari luar negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membanteras habis-habisan kegiatan tersebut.
“Kita berasa gembira dengan penahanan beberapa sindiket besar dalam pertaruhan judi bola ini dan melalui penahanan itu, kita sedang mengenal pasti beberapa lagi sindiket lain yang masih bebas.
“Kita percaya, pertaruhan itu juga melihatkan negara luar dan kita telah bekerjasama dengan polis negara lain bagi sama-sama membanteras perkara tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.
Kelmarin, di Perak, polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola yang melibatkan pertaruhan RM2 juta di Taman Rasi Jaya, di Menglembu, Taman Ehsan di Jalan Tawas Baru, Medan Cator dan Meru Valley Golf Resort.
Turut dicekup pada hari sama ialah dua beradik yang bekerja sebagai arkitek dipercayai bookie perlawanan bola sepak Piala Dunia di Jalan Ipoh di sini, yang melibatkan wang pertaruhan kira-kira RM5 juta.
Kejayaan itu menyusul dua hari selepas polis menahan empat bookie di Butterworth, Pulau Pinang dan dua orang tengah di Kuching, Sarawak.
Tambah Ismail, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang kepada individu terlibat sama ada bookie atau orang tengah.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai VTREC, Ismail memberitahu, ia merupakan satu organisasi yang bekerjasama dengan beberapa agensi penguat kuasa bagi mengurangkan kecurian kenderaan dengan menyediakan alat kelengkapan keselamatan.
Jelasnya, sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, kadar kecurian kenderaan dalam tempoh antara Mei 2009 dan Mei 2010 menurun sebanyak 13.99 peratus.
“Di samping itu, lebih 1000 jumlah kenderaan yang dilaporkan hilang berjaya ditemui semula,” katanya.

Similar topics
» Keruntuhan akhlak masyarakat untuk keuntungan lesen judi
» Batal lesen judi bola
» Sindiket judi terbesar di Lembah Klang tumpas
» Sindiket pemerdagangan manusia tumpas
» Sindiket curi pasir tumpas

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum