PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

70 pelombong dikhuatiri maut letupan di Colombia

Go down

70 pelombong dikhuatiri maut letupan di Colombia Empty 70 pelombong dikhuatiri maut letupan di Colombia

Post  xiaowen_U6B Fri Jun 18, 2010 8:00 am

AMAGA: Kira-kira 70 pelombong dikhuatiri maut selepas sebuah lombong arang batu di bawah tanah di Medellin, meletup sebelum terbakar ketika mereka sibuk bertukar shif kerja, semalam.

Berpuluh ahli keluarga mangsa berkumpul di luar kawasan kejadian untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai mangsa terbabit. Hanya seorang pelombong terbabit dijumpai selamat dengan 30 peratus anggota mangsa melecur, menurut ketua Jabatan Penyelamat, Juan Carlos Posada.
Pegawai berkata, kematian 17 mangsa sudah disahkan dengan 11 mayat sudah dikenal pasti.

“Keadaan sangat sukar untuk menjumpai mereka yang masih hidup kerana letupan itu menyebabkan suhu dalam lohong lombong terlalu panas," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mayat yang ditemui setakat ini terbakar teruk.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum