Projek e-bandaraya rapatkan jurang digital masyarakat
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR: Enam agensi swasta dan lapan persatuan penduduk sekitar bandaraya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai rakan kongsi projek perintis e-bandaraya, baru-baru ini.
Projek ini bermatlamat menjadikan bandaraya berteraskan pembangunan teknologi maklumat dengan penyediaan program bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dengan tumpuan utama di kawasan perumahan awam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad, berkata agensi swasta dan persatuan penduduk akan bekerjasama dengan DBKL dan kementerian untuk memajukan sebarang projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke tahap lebih tinggi.
“Projek ini bertujuan menjana kesedaran betapa pentingnya kemahiran menggunakan teknologi maklumat dalam membuat capaian maklumat dan menggunakannya sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan dan pendapatan.
“Sebanyak 16 pihak yang menandatangani MOU ini akan bersama merancang, melaksana, memantau dan membuat pembaikan kepada setiap proses pelaksanaan dengan tujuan hanya yang terbaik saja untuk warga kota melalui ICT,” kata Esa yang ditemui selepas majlis pelancaran yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Zulkifli Ibrahim.
Teks ucapan Ahmad dibaca oleh Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Esa Mohammed.
Ahmad berkata, projek e-bandaraya adalah salah satu tema program Agenda Tempatan 21 Kuala Lumpur (LA 21 KL) yang menggariskan tiga lagi tema lain iaitu Bandaraya Bersih dan Indah, Bandaraya Sejahtera dan Bandaraya Selamat. Ia dilancarkan pada 9 Ogos 2007 oleh Datuk Bandar KL ketika itu, Datuk Ab Hakim Borhan.
LA 21 KL adalah pelan tindakan global ke arah pembangunan mampan untuk abad ke-21 yang termaktub dalam Deklarasi Rio yang ditandatangani oleh 178 negara termasuk Malaysia dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Jenario, Brazil pada 1992.

keat sin (U6A)- Posts : 121
Join date : 2009-10-07
Similar topics
» 32 laluan bas yang dipanjangkan ke Pusat Bandaraya
» SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini
» Kerajaan sentiasa teliti projek keutamaan rakyat
» Wikispace- Pembelajaran era digital
» Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum