PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lagi wanita diseludup jadi pelacur

Go down

Lagi wanita diseludup jadi pelacur Empty Lagi wanita diseludup jadi pelacur

Post  ypeng(U6A/10) Sun Jun 13, 2010 8:32 am

KUALA LUMPUR 12 Jun - Satu demi satu operasi mencegah pemerdagangan manusia dilancarkan pihak berkuasa Malaysia termasuk menghalang penyeludupan wanita untuk tujuan pelacuran.

Terbaru malam tadi, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menyelamatkan lima wanita warga Filipina yang diseludup masuk ke negara ini dipercayai untuk dijadikan pelacur di sebuah rumah di Taman Orkid Cheras di sini.

Serbuan Bahagian Antipemerdagangan Orang, Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu dilakukan pada pukul 8 malam selepas polis membuat intipan selama seminggu.

Sumber polis memberitahu, ketika serbuan, kesemua wanita warga Filipina berusia 28 hingga 40 tahun itu dikurung di dalam dua bilik tidur.

Kata beliau, siasatan polis mendapati ada di kalangan mereka yang dibawa masuk untuk dijadikan pelacur sejak tiga hari dan sebulan lalu.

"Kesemua mereka dikunci dari luar rumah bagi mengelak daripada melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati mangsa menggunakan pas pelancong untuk masuk ke negara ini dan dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci dan pembantu rumah," katanya di sini, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, polis turut menahan seorang wanita warga Filipina dipercayai dalang yang membawa masuk kesemua mangsa.

Katanya, wanita itu dipercayai turut bekerjasama dengan beberapa sindiket pelacuran di negara ini untuk menjadikan mangsa sebagai pelacur.

Sumber itu berkata, mangsa biasanya dikurung di sebuah rumah sebelum dihantar ke mana-mana hotel di sekitar ibu negara berdasarkan kepada permintaan.

"Dalang kes ini akan didakwa mengikut Seksyen 13, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) yang boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum