PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Doktor antara dua ditahan proses, edar ubat batuk

Go down

Doktor antara dua ditahan proses, edar ubat batuk Empty Doktor antara dua ditahan proses, edar ubat batuk

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:47 pm

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang doktor kerana disyaki membuat dan mengedar ubat batuk kodein dalam serbuan berasingan di taman perumahan berhampiran Sungai Kapar Indah, Klang dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan pertama jam 12.30 tengah malam itu, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di Bahagian Khidmat Pelanggan, Telekom Malaysia (TM) Klang dan merampas 23 botol yang setiap satu berisi empat liter kodein serta 144 botol kecil berisi 120 mililiter kodein setiap botol.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata polis menahan doktor berusia 49 tahun sejam selepas itu.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek pertama yang dipercayai orang suruhan suspek kedua, polis membongkar kegiatan penghasilan kodein oleh doktor berkenaan yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

“Dalam serbuan kedua, kami menemui 96 liter kodein lagi yang disimpan dalam 24 botol berukuran empat liter setiap satu selain menemui pelbagai pil antaranya 900 biji pil Domicum, Nospon (6,000), Pseudorine (8,000), Suncodeine (500) dan 280 biji pil Stilnox.

“Kami juga menemui beberapa pil yang belum dikenal pasti jenisnya dipercayai digunakan sebagai ramuan bagi menghasilkan kodein,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Semua kodein dan pil yang dirampas dianggarkan bernilai RM64,000 dan setiap botol berukuran empat liter kodein dijual antara RM500 hingga RM600.
Nordin berkata, siasatan awal mendapati suspek pertama tidak ada rekod jenayah, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan sama pada 2005 dan kes belum selesai.

Ssuspek direman hingga 16 Jun ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami juga masih menyiasat sejauh mana sindiket ini bergiat, namun buat masa ini kami percaya kodein yang dihasilkan untuk dijual kepada penagih sekitar Klang,” katanya.

Beliau berkata, penjualan kodein kepada orang ramai diharamkan mengikut Akta Racun 1952.

Kedua-dua suspek direman hingga 16 Jun ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum