PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Usaha pulih taraf cikgu pada mata masyarakat

Go down

Usaha pulih taraf cikgu pada mata masyarakat Empty Usaha pulih taraf cikgu pada mata masyarakat

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 28, 2010 9:36 am

2010/05/28
KUALA LUMPUR: Profesion keguruan kini tidak lagi menjadi pilihan, lebih-lebih lagi guru sudah tidak lagi menjadi tempat rujukan masyarakat dan pelajar kerana struktur sosial yang lebih memandang tinggi kepada golongan korporat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Pelajaran kini menyediakan pelbagai program untuk menaikkan semula taraf guru pada mata masyarakat.

“Kerajaan mengadakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mempunyai enam perkara seperti program prasekolah, sekolah berprestasi tinggi, literasi dan numerasi (Linus) dan banyak lagi. Ini antara usaha memartabatkan semula profesion keguruan.

Pendidik juga perlu ada jati diri ketika mengajar dan ikhlas barulah tidak lagi dipandang negatif,” katanya ketika merasmikan Majlis Hari Guru Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin.

Pada majlis itu, tiga guru menerima anugerah Tokoh Guru Wilayah Persekutuan iaitu bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kampung Pandan, P Muniamah; Norlin Mohd Zin (bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat) dan Datin Faridah Hanum Abu Bakar (bekas Guru Besar SK Jalan Air Panas, Setapak.

Muniamah ketika ditemui berkata, generasi baru masyarakat India kini tidak menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya utama dan lebih menumpukan kepada bidang perniagaan dan juga perundangan.
“Jika zaman saya dulu ramai pendidik di kalangan masyarakat India tetapi kini semakin kurang. Mungkin kerana mereka merasakan menjadi guru ini tidak menarik dan mereka lebih suka bidang lain selain pemilihan guru masyarakat India yang kurang untuk memasuki maktab perguruan,” katanya.

Beliau berkata, kerjaya sebagai guru adalah impiannya sejak kecil dan minat itu semakin mendalam selepas menjejakkan kaki ke maktab perguruan.

Berlainan pula dengan Norlin yang ketika kecil tidak terlintas pada fikirannya untuk menjadi seorang guru.

“Tak pernah berangan nak menjadi guru dan berjaya sampai ke tahap ini. Masa sekolah saya lebih minat benda lain tetapi atas paksaan ibu yang sanggup isikan borang kemasukan maktab perguruan, saya berjaya sehingga ke tahap ini. Saya rasakan anugerah Tokoh Guru ini adalah hadiah istimewa kepada ibu saya,” katanya.

Bagi Faridah Hanum pula berkata, sikap ingin membantu menguatkan lagi semangatnya untuk menjadi seorang pendidik.

“Tak pernah mimpi dapat anugerah Tokoh Guru kerana niat saya hanya untuk membantu anak bangsa dan beramal. Banyak pengorbanan saya alami dan jika di kampung orang pergi menoreh getah seawal subuh tetapi saya seawal subuh sudah keluar rumah untuk ke sekolah dan ada ketika saya tunaikan solat subuh di sekolah,” katanya.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum