PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Modal insan diutamakan

2 posters

Go down

Modal insan diutamakan Empty Modal insan diutamakan

Post  keat sin (U6A) Sat May 15, 2010 9:02 am

SIBU 14 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan hanya melaksanakan pembangunan dalam bentuk fizikal namun turut menitikberatkan modal insan yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi.

Sehubungan itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, taman bimbingan kanak-kanak (tabika) telah diwujudkan menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk membantu kanak-kanak dilengkapi ilmu di peringkat prasekolah.

Katanya, langkah itu penting untuk memastikan kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang sepatutnya di peringkat awal supaya dapat menghadapi alam persekolahan peringkat rendah dan menengah tanpa masalah.

''Hari ini, Kemas sudah mendapatkan tenaga guru yang mempunyai kelulusan diploma serta kemahiran-kemahiran yang boleh dibanggakan untuk mendidik anak-anak di peringkat awal sama ada di bandar atau luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Hilir di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusuf.

Mohd. Shafie berkata, beliau yakin kerajaan akan meneruskan perjuangan tersebut dengan memastikan tenaga guru yang ada terlatih bukan hanya di peringkat diploma tetapi di peringkat ijazah.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa akan terus menyokong program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

''Ini adalah perkara utama dalam usaha kita untuk menjadi sebagai sebuah negara maju, maka tenaga manusia yang mempunyai ilmu mencukupi boleh membantu untuk memajukan negara ini.

''Jika rakyat tidak mempunyai ilmu, walau sebanyak manapun kekayaan yang ada akhirnya tidak mungkin kita dapat menguruskannya dengan baik," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Modal insan diutamakan Empty Re: Modal insan diutamakan

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sat May 15, 2010 12:00 pm

Saya hendak memberi komen bahawa, langkah ini amat diperlukan kerana negara kita kini mempunyai masalah pengaliran keluar orang berbakat. Oleh sebab itu, negara kita kekurangan orang yang berbakat serta kepakaran yang amat diperlukan dalam merealisasikan misi Wawasan 2020 negara kita. Ibu bapa kanak-kanak perlu memberi komitmen kepada negara dengan memastikan anaknya belajar dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, negara kita tidak perlu khuatir masalah kekurangan orang bakat. Very Happy Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum