PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SMS

+7
NCH CHEAN
PnLeela
Jennifer Ong
weichian_89
siewMei
Tee Song Ying L6F
vinclam1314
11 posters

Go down

SMS Empty SMS

Post  vinclam1314 Tue May 13, 2008 6:53 pm

Jangan percaya SMS

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Orang ramai terutama rakyat Sabah dinasihati jangan mudah mempercayai dakwaandakwaan mengenai politik yang disampaikan dalam apa-apa bentuk termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Shafie Apdal berkata, masalah percaya-mempercayai sering berlaku di kalangan masyarakat sekarang terutama bersangkut paut dengan khidmat SMS.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, jangan percaya sangat apa yang orang perkatakan melalui SMS kerana ia tidak semestinya benar.

''Tetapi kita tetap mengambil perhatian kerana kita di Sabah dan Sarawak sentiasa melihat dari segi keseimbangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Istana Budaya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menerima khabar angin melalui SMS kononnya 16 wakil rakyat dari UMNO Sabah akan melompat parti pada Rabu ini.

Shafie berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya suara tidak puas hati di kalangan masyarakat Sabah terhadap kemudahan prasarana yang masih tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ujar beliau, ia telah dibincangkan dengan pucuk pimpinan mengenai perkara tersebut dan pada masa ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha untuk menanganinya.

''Apa yang penting, kita memang memerlukan reaksi daripada kalangan rakyat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk mereka.

''Oleh itu, kini di Sabah terdapat beberapa perubahan pembangunan dan kemudahan lain yang telah diperbaharui,'' katanya.

Terdahulu, Shafie mencadangkan Istana Budaya mewujudkan tapak penjualan barang kraftangan untuk syarikat-syarikat swasta dan persendirian bertujuan menarik lebih ramai pelancong datang ke Istana Budaya.

Beliau berkata, langkah itu dapat membantu pihak Istana Budaya mempromosikan lagi pusat itu dan dalam masa yang sama, menarik minat masyarakat tempatan dan luar tentang persembahan-persembahan yang diadakan di situ.

''Jika langkah itu diambil serius, kita bukan sahaja dapat mempromosikan Istana Budaya tetapi memberi peluang kepada orang ramai mengenali seni budaya dengan lebih dekat," jelasnya.

SMS , Perkhidmatan Mesej Pendek kini telah digunakan secara luas di banyak sektor termasuk politik , perdagangan , dan lain-lain. Akan tetapi, SMS sering disalahgunakan oleh banyak pihak. ada yang cuba menyebarkan berita palsu melalui SMS, ada yang cuba mencungkilkan masalah perkauman melalui SMS, ada yang cuba menjadikan jenayah melalui SMS .. dan lain-lain..

Apakah pandangan kalian melalui isu ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

SMS Empty Perkhidmatan Mesej Pendek

Post  Tee Song Ying L6F Thu May 15, 2008 5:56 pm

Perkhidmatan Mesej Pendek telah membawa kemudahan-kemudahan kepada orang ramai.Namun, penyalahgunaan perkhidmatan ini mengganggu ketenteraman masyarakat.Pada pandangan saya, kita haruslah bersikap rasional sebelum bertindak.Mereka yang melakukan perbuatan ini perlulah sedar bahawa mesej-mesej palsu itu amat mengelirukan dan membawa kesan-kesan negatif kepada masyarakat dan negara .Bagi saya, individu berpendidikan tidak sepatutnya melakukan perkara yang memalukan ini.

Tee Song Ying L6F

Posts : 2
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  siewMei Fri May 16, 2008 3:45 pm

hehe...mula-mula,saya mengucapkan "welcome" menyertai forum kita saudara tee! Very Happy

erm...isu sms ini memang agak membimbangkan banyak pihak kerana jika masalah yang disebut dalam keratan akhbar tidak dibendung maka ia akan menimbulkan lagi banyak masalah di masa depan... sms sedemikian akan mengancam ketenteraman dan keamanan negara di mana para pemimpin gigih berusaha mempertahankannya dan mengelakkan berlakunya perkara 513 yang lalu.. Maka,saya rasa pihak berkuasa berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi membendung sebaran sms sedemikian seperti menjejak siapa yang mula mengedar sms ini dan menyiasat secara teliti supaya tidak akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  vinclam1314 Sat May 17, 2008 4:32 am

Ya. Pada pandangan saya, saya berasa orang yang memulakan penyebaran berita palsu adalah sangat tidak bermoral. Saya bercakap begini kerana memanglah terdapat sebahagian kecil berita yang disampaikan melalui SMS adalah benar. Akan tetapi, tiada ramai orang yang akan mempercayai berita ini kerana mereka sudah mempunyai tangkapan yang salah bahawa semua berita yang disampaikan melalui SMS adalah tidak betul. Sebagai contohnya, jika saya mendapati SMS yang mengatakan bahawa seseorang memerlukan bantuan daripada segi kewangan dan meminta saya menderma kepada dia, saya tidak akan mempedulikannya. Ini adalah kerana saya sudah tidak percayai perkara yang disampaikan melalui SMS. Saya pernah mendapat banyak SMS yang menyampaikan berita palsu seperti:
- menyatakan cinema mempunyai penyhidap AIDS yang cuba tinggalkan jarumnya yang mempunyai darahnya supaya orang lain jangkit AIDS juga.
- menyatakan terdapat seorang perempuan yang menghidapi penyakit xxx dan memerlukan saya derma wang
- menyatakan saya bertuah menjadi xxx syarikat xxx dan minta saya telefon balik
- menyatakan terdapat virus xxx di dalam makanan xxx kerana terdapat kaum xxx yang meletakkan virus xx ke dalam makanan tersebut
- menyatakan terdapat orang xxx yang xxx orang cina dan meminta orang cina bersama-sama xxx dengan orang xxx
dan lain-lain lah.. ini hanya pengalaman saya... apakah pengalaman kalian dan bagaimana kalian menyelamatkan kalian daripada berita palsu sebegini??

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  weichian_89 Fri May 23, 2008 5:44 pm

selain daripada isu-isu politik disebarkan melalui perkhidmatan mesej pendek,terdapat juga orang yang berniat tidak baik menggunakan perkhidmatan ini untuk melakukan penipuan. No berita-berita kes-kes penipuan melalui sms masih lagi berlaku walaupun telah dilaporkan secara luas melalui media massa.ini adalah disebabkan para penipu telah memerangkapkan masyarakat yang bersikap tamak. Crying or Very sad apakah pandangan kalian tentang fenomena ini??? Suspect

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  Jennifer Ong Mon May 26, 2008 9:24 am

Saya setuju bahawa walaupun SMS telah memudahkan komunikasi sesama manusia, masih ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan ini untuk melakukan penipuan demi keuntungan dan kepentingan diri. Pernah sekali kawan saya menerima satu mesej menyatakan bahawa mereka menghadiahkan satu nada deringan kepada kawan saya. Selepas itu, mesej-mesej dari pihak yang sama diterima oleh kawan saya secara terus menerus. Bukan setakat itu sahaja, pihak itu juga menolak RM 4 bagi setiap mesej daripada akaun kawan saya. Kawan saya terpaksalah menukarkan nombor telefon bimbitnya untuk mengelakkan masalah tersebut. Dalam kes yang lain, ada yang menyebarkan informasi yang kesahihannya tidak ditentukan dan menyebabkan kesulitan dalam kalangan penerimanya.

Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju dengan servis yang disediakan oleh Maxis iaitu perkhidmatan anti-spam untuk mengelakkan mesej-mesej yang tidak membawa apa-apa manfaat ini daripada membelenggu kehidupan pengguna-pengguna.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

SMS Empty Terlepas perangkap

Post  PnLeela Mon May 26, 2008 9:32 am

Pengalaman saya minggu lepas berkaitan dengan penyalahgunaan sms

Saya terima sms yang mengatakan saya telah menang peraduan SHELL mengisi minyak dan cabutan bertuah bermilai RM 15,000. Dalam sms itu terdapat dua nombor yang harus saya hubungi, Apabila suami saya memanggi nombor itu, terdengar suasana luar pejabat, seperti ayam berkokok dan bunyi kenderaan. orang yang menjawab mempunyai pelat bahasa Indonesia......terdengar itu sahaja , terus suami saya putuskan talian kerana sudah sah yang itu merupakan sms penipuan.
Jadi berwaspadalah dalam penerimaan sms dan email sebegini

Teruskan perkongsian pengalaman

Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

SMS Empty RE: SMS

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 2:35 pm

Perkhidmatan sms memang dapat meningkatkan dan memperbaikkan sistem perhubungan antara manusia.Manusia hanya perlu menggunakan telefon bimbit mereka dan taip apa mereka yang ingin memberitahu kepada seseorang dan tidak perlu membuat panggilan telefon yang agak mahal berbanding dengan perkhidmatan sms.Selain itu, terdapat ramai pihak juga telah menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menyebarkan maklumat atau membuat promosi.Misalnya media massa telah menyebarkan maklumat melalui sms agar ramai orang dapat mengetahui maklumat dengan lebih lanjut dan mudah.Walaupun perkhidmatan sms telah membawa banyak kebaikan dan kemudahan kepada kita namun terdapat juga pihak yang menyalahgunakan kemudahan tersebut .Terdapat pihak yang menggunakan sms untuk menyebarkan maklumat palsu atau menjalankan penipuan demi mendapat keuntungan.Terdapat juga pihak yang merosakkan perhubungan antara kaum melalui penyebaran sms yang menyatakan keburukkan tentang sesuatu kaum.Demi mengatasi masalah tersebut pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang sesuai agar pihak yang tidak bermoral atau berperikemanusiaan tidak berani lagi menyalahgunakan perkhidmatan sms ini lagi.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  vinclam1314 Mon May 26, 2008 8:10 pm

Pada pengalaman cikgu, saya berasa suami cikgu seharusnya tidak perlu pedulikan mesej yang suami cikgu terima kerana cikgu / suami cikgu seharus tahu sama ada cikgu atau suami cikgu pernah menyertai pertandingan itu atau tidak.. Saya juga pernah menerima banyak mesej yang mengatakan saya telah menang dalam pertarungan hadiah.. tetapi saya tidak pernah peduli mesej itu dan terus membuangkan mesej itu.. kerana saya tahu saya tidak pernah menyertai pertarungan hadiah itu... Saya pernah ditelefon oleh sesuatu organisasi yang mengatakan number telefon saya telah menang pertarungan hadiah.. tetapi saya peduli dia..dan telah bercakap banyak 'crap' dengan dia.. dia pernah menelefon saya beberapa kali untuk memastikan saya peduli dia.. dan pada akhirnya, dia meninta number account saya then saya terus cakap saya tidak percaya.. saya berasa penelefon itu tentulah sangat marah.. haha.. senoroknya.. haha.. Evil or Very Mad
Saya berasa syarikat talian seperti MAXIS, DIGI dan CELCOM seharuslah mendapatkan sistem penurasan spam.. supaya semua pengguna dapat elakkan daripada penipuan SMS ini.. apa lagi pengalaman yang anda kalian dapat?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  siewMei Tue May 27, 2008 6:06 pm

Selain daripada itu,pernah sekali saya terima panggilan(entah nombor dari mana kerana tiada nombor tertera atas skrin hp saya) daipada sebuah pusat fitness,mereka kata saya telah menerima satu voucher RM??? dan mereka ingin saya pergi mungutip voucher ini dari pusat mereka.. mereka juga beritahu saya bahawa seorang kawan saya yang bagi nombor saya kepada mereka,apabila saya tanya siapa kawan saya itu mereka enggan beritahu.. sudah banyak kali saya cakap bahawa saya tidak mahu voucher tersebut namun mereka tidak putus asa asyik pujuk saya pergi ke pusat mereka..Akhirnya saya tidak peduli mereka,selepas menolak terus putuskan panggilan itu.. Razz Kakak saya juga pernah terima panggilan sedemikian..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

SMS Empty SMS

Post  wenze Fri May 30, 2008 12:29 pm

memang betul.saya juga setuju dgn apa yang diberi oleh siew mei.saya juga pernah terima panggilan seperti yang dikatakan oleh siew mei dan cara yg digunakan memang serupa-rupa.bagi kes SMS pula…terdapat sesetengah orang yg sengaja mahu menimbulkan sesuatu isu.message yg saya pernah terima kebelakangan ini adalah seperti: 1)jika anda terima panggilan dari no. telefon yg terpapar berwarna merah,jangan jawap jika tidak anda akan muntah & mati.dan mengatakan kes ini berlaku di Indonesia.memang mengarut!!! 2)perlu mematikan telefon bimbit anda pada pukul 11.pm pada hari tersebut(saya lupa bilakah tarikh hari tersebut) kerana terdapat “radio wave expose” yg besar & juga mengatakan bahawa info ini juga diberitahu melalui berita di TV????? .jangan sekali-kali percaya akan SMS seperti ini.kita harus menjadi pengguna yg bijak & tahu membezakan ketepatannya.Kita sendiri juga jangan men"forward"kan SMS seperti ini kepada orang lain.Pihak yg mendapat keuntungan adalah syarikat seperti Maxis,Digi @ Celcom saja. Sad

wenze

Posts : 7
Join date : 2008-01-14

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  Jennifer Ong Fri May 30, 2008 3:32 pm

Kaka...
Ya, mungkin ada sesetangah pihak sengaja mewujudkan isu ini hanya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan sendiri.
Entahlah, saya rasa kalau ada mesej seperti itu, saya rela percayainya dan berhati-hati kalau memang ada nombor berwarna merah yang muncul di skrin telefon bimbit saya. Lebih baik berhati-hati daripada sesal kemudian.

Untuk makluman rakan-rakan, ada seorang kawan saya di Sabah yang menceritakan pengalaman saudara keluarganya di Indonesia yang demam panas sebab terjawab panggilan daripada nombor merah tersebut. Demamnya tak surut-surut untuk seminggu.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  siewMei Sat May 31, 2008 6:26 pm

Agak munasabah juga kata wei zhen akan tetapi kadang-kala sms sebegini agak membencikan.. sebagai contohnya,sms itu mengatakan kita perlu "forward"kan message itu kepada sekurang-kurangnya beberapa kawan supaya tidak terkena sumpahan messaga itu.. Jadi,dalam keadaan ini,kebarangkalian besar saya akan "delete" message tersebut serta-merta kerana saya rasa ia hanya satu tipu helah ataupun gurauan.. Apa pandangan kawan-kawan?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  weichian_89 Mon Jun 02, 2008 3:24 pm

bagi pengalaman saya pula,saya pernah menerima beberapa pucuk mesej dengan nombor-nombor yang pelik dan lebih panjang berbanding dengan nombor telefon tempatan.saya berasa nombor itu merupakan nombor dari negara lain seperti china dan taiwan.kandungan mesej biasanya menyebut bahawa saya telah menjadi pemenang kepada satu pertandingan syarikatnya dan memerlukan saya menelefon balik kepadanya ataupun memberikan nombor akaun bank.kes-kes penipuan seperti sebegini selalu dilaporkan oleh media massa,oleh itu,kita haruslah mengabaikan mesej yang sebegini. Evil or Very Mad
bagi sistem penurasan spam pula,sekarang hanya terdapat satu syarikat perkidmatan telefon (maxis) saja mempunyai perkhidamatan yang seperti ini.saya berasa sistem ini agak bagus dan haruslah dikembangkan ke syarikat perkhidmatan telefon yang lain.walaupun begitu,saya rasa sistem ini tidak haruslah dikenakan bayaran dengan rm 1 setiap bulan.ini bukanlah tidak berpatutan,saya berasa syarikat perkidmatan telefon telah mendapat keuntungan dari pelanggannya dan mereka haruslah meyediakan sistem penurasan spam ini secara percuma untuk membalas peggunaan pelanggannya. Razz

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  penyang Thu Jun 05, 2008 7:52 pm

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan sistem Pesana Bergambar (MMS) merupakan aplikasi teknologi maklumat yang
membawa banyak kebaikan. Namun terdapat juga amalan penggunaan yang tidak bermoraal yang memberi kesan kepada kehidupan
manusia Evil or Very Mad

penyang

Posts : 9
Join date : 2008-06-05

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  hawjiun Sat Jun 07, 2008 6:08 pm

Pada zaman sekarang, penggunaan telefon bimbit sememangnya memberikan banyak kesenangan kepada manusia. Dengan hanya menekan satu butang dari telefon bimbit anda, segala maklumat akan disebarkan hanya sekelip mata. Maka, sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan kemudahan telefon bimbit untuk menyebarkan maklumat yang palsu. Sekiranya ingin membendungkan trend penyebaran SMS yang disyaki palsu, pengguna telefon bimbit seharusnya menentusahkan kesahihanya dengan menanya kawan ataupun saudara-mara supaya tidak tertipu oleh maklumat yang palsu. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan perkhidmatan anti-spam yang dibekalkan oleh operator seperti maxis untuk mengelakkan pengguna menerima mesej yang disyaki palsu. Akhirnya, pengguna telefon bimbit juga harus berwaspada dan tidak bersikap tamak supaya tiday terjebak dalam gejala ini. Smile

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  zo-ophyte(L6A) Mon Jun 30, 2008 12:43 pm

saya memang setuju dengan fungsi sms boleh mendekatkan hubungan kawan-rakan dengan setekan yang begitu mudah Smile selain itu, para pengguna telefon bimbit dinasihat jangan mudah mempercaya sms yang diterima dengan ketamakkan.fikir dahulu sebelum menganbil sebarang keputusan.di samping itu , saya memang setuju apa yang dikatakan oleh saudara hawjiun iaitu operator memang perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna supaya boleh mengurangkan para pengguna diri dapat penipuan tersebut

zo-ophyte(L6A)

Posts : 2
Join date : 2008-06-11
Age : 33

Back to top Go down

SMS Empty Re: SMS

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum