PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan

2 posters

Go down

Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan Empty Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan

Post  HsianMin (U6B/2010) Fri May 07, 2010 3:39 pm

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia mensasar peningkatan 150 peratus kedatangan pelancong Kazakhstan berikutan sambutan yang amat menggalakkan semasa promosi Tourism Malaysia di negara itu pada Jumaat.

Menurut Tourism Malaysia, respons positif tersebut diperolehi semasa satu seminar di ibu negara Kazakhstan, Almaty.

"Dalam seminar itu, 130 agen diberi pendedahan mengenai Malaysia, sebagai syurga membeli belah dan mempunyai hotel dengan sewa yang terendah di Asia.

"Selain itu, turut diberitahu negara mempunyai pilihan makanan yang menarik serta pantai yang indah dan selamat," kata Tourism Malaysia dalam satu kenyataan bersama.

Seminar tersebut dianjurkan oleh agensi pelancongan dari Kuala Lumpur, Donaplus Tour & Travel Sdn Bhd dan disokong oleh Kedutaan Malaysia di Kazakhstan, syarikat penerbangan Kazakhstan, Air Astana dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pengarah Jualan Antarabangsa Air Astana, Madina Otrabayeva berkata terdapat peningkatan penerbangan ke Malaysia sejak penerbangan sulung 30 Oktober tahun lalu.

"Kami akan meningkatkan jumlah penerbangan kami ke Kuala Lumpur, namun kami perlu mengkaji dan meneliti masalah dan mengukur permintaan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan akhir," katanya di dalam kenyataan itu.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Donaplus, Gulnora Khamidova berkata sejumlah 5,493 pelancong Kazakhstan telah melawat Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun lalu iaitu purata 550 pelancong dalam sebulan.

"Maklum balas daripada agen pelancongan Kazakhstan menjangkakan jumlah ini akan bertambah berikutan seramai 1,577 pelancong telah datang ke Malaysia dalam Januari lalu sahaja.

"Jumlah ini mungkin kecil buat masa sekarang, tetapi kita menganggarkan bahawa tempoh minimum pelancong Kazakhstan di Malaysia adalah tujuh hari, dan purata perbelanjaan mereka adalah RM8,200 seorang.

"Pertumbuhan dalam sektor ini merupakan pasaran yang sangat menguntungkan untuk Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan Empty Re: Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 07, 2010 4:19 pm

Industri pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara kita. Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat membaik pulih kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara kita. Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama. Hal ini berlaku demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam negara.

Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan negara. Hal ini terjadi demikian kerana kita dapat membangunkan negara dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Olel hal yang demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai mengikut jadual.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum