PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teksi selaju 248 km/j

5 posters

Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Teksi selaju 248 km/j

Post  lee kah yent(L6A) Thu May 06, 2010 12:12 pm

Teksi selaju 248 km/j Du_07.1

ROM - Sebuah teksi yang mampu membawa penumpang ke destinasi mereka dengan kelajuan dua kali ganda lebih pantas beroperasi selama dua hari di Rom baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Teksi itu mencecah kelajuan sehingga 248 kilometer sejam (km/j).

Kereta itu pada asalnya sebuah kereta konsep rekaan firma pereka automotif terkenal, Giugiaro tetapi dipinjamkan selama dua hari untuk dijadikan teksi.

Ia mampu memecut hingga 100 km/j dalam masa cuma empat saat dan penumpang perlu melambaikan tangan dengan pantas jika mereka tidak mahu tertinggal hampir setengah kilometer di belakang kerana lambat menahan teksi berkenaan.

"Bandar raya ini penuh sesak dan hanya helikopter yang dapat membawa anda ke tempat ditujui dengan pantas," kata seorang penumpang bertuah yang dapat menaiki teksi itu.

"Namun, sekurang-kurangnya anda tiba dengan penuh bergaya," tambahnya.

Teksi berkuasa elektrik itu dapat membawa dua penumpang dan ia turut dilengkapi dua panel solar untuk menukar cahaya matahari menjadi kuasa elektrik. - Agensi
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Re: Teksi selaju 248 km/j

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 1:12 pm

Teksi ini memang bagus kerana ia dilengkapi panel solar untuk menukar cahaya matahari menjadi kuasa elektrik dan ini tidak mencemarkan udara. Tetapi, saya berasa tambang teksi ini akan sangat mahal berbanding dengan teksi-teksi lain. Laughing
Diharapkan bahawa lebih banyak kenderaan yang berteknologi tinggi dan mesra alam dapat dicipta untuk manfaat manusia.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Re: Teksi selaju 248 km/j

Post  yeow_U6A/2010 Thu May 06, 2010 3:34 pm

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Ong bahawa sumber penjanaan kuasa kereta tersebut mesra alam adalah bagus. Tetapi pada pendapat saya, menjadi kereta tersebut sebagai taxi ada sedikit membazir.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Re: Teksi selaju 248 km/j

Post  leeyoong_U6B Sat May 08, 2010 6:57 am

Memang tidak dinafikan bahawa penciptaan ini agak mesra alam. Bukan sahaja dapat menjimatkan bilangan petrol, bahkan juga tidak mencemarkan alam sekitar.. Penukaran cahaya matahari kepada kuasa elektrik merupakan salah satu langkah yang amat memanfaatkan manusia dan alam sekitar.. Keseimbangan alam sekitar dan manusia amatlah penting bagi generasi baru... Lindungilah bumi kita! Jauhilah Pencemaran.... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Re: Teksi selaju 248 km/j

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sun May 09, 2010 9:12 am

Diharap dunia ini dapat memanfaatkan teknologi yang mesra alam ini. Pembebasan gas carbon monoxide merupakan penyumbang utama dalam pemcemaran udara. Pencemaran udara telah berada dalam tahap yang kritik dan langkah yang strategik dan wajar haruslah dijalankan untuk mengurangkan pencemaran udara. Jikalau semua kereta di dunia ditukar kepada kereta elektrik, maka saya mempercayai pencemaran dunia akan mengurang dengan mendadak.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Teksi selaju 248 km/j Empty Re: Teksi selaju 248 km/j

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum