PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terminal bas sementara di Bukit Jalil

Go down

Terminal bas sementara di Bukit Jalil Empty Terminal bas sementara di Bukit Jalil

Post  xiaowen_U6B Sat May 01, 2010 10:19 am

KUALA LUMPUR: Terminal bas sementara Bukit Jalil, yang beroperasi di Kompleks Sukan Negara di sini mampu memenuhi keperluan pengguna; namun satu pusat pertanyaan perlu diwujudkan bagi membantu mereka yang pertama kali menggunakan perkhidmatan terminal itu.

Tinjauan ke terminal sementara itu yang beroperasi sejak tiga minggu lalu di padang letak kereta F kompleks berkenaan mendapati pengguna turut berharap supaya tindakan dikenakan terhadap ulat tiket yang menyebabkan kesesakan di terminal itu yang lebih kecil berbanding Puduraya.

Bagi seorang wanita berumur 47 tahun dari Sabah yang enggan namanya disiarkan, sebagai orang baru yang menggunakan terminal itu, beliau berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat disebabkan ketiadaan kaunter pertanyaan.

"Tadi saya ada tanya orang tapi mereka tidak menjawab. Oleh itu saya fikir kaunter pertanyaan perlu diwujudkan bagi memudahkan kami mengetahui lokasi platform dan sebagainya. Ini juga bagi memudahkan pelancong untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Pelajar Kolej Universiti MAHSA, Kavitha Balakrishnan, 19, berkata jumlah bas yang banyak di setiap platform menyebabkan sukar untuknya mengetahui bas yang sepatutnya beliau naiki.

"Puduraya lebih baik kerana di sini kami tidak tahu bas yang mana satu patut kami naik kerana keliru dengan platform yang mempunyai banyak bas, jadi agak sukar," katanya.

Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nashadira Zulkifli, 19, kehadiran ulat-ulat tiket telah mengganggu pergerakan orang ramai di terminal bas itu yang sempit berbanding Puduraya.
"Dah la tempat ini kecil, ulat-ulat tiket ni pula sentiasa mendekati orang ramai membuatkan tempat ini bertambah sesak dan lagi panas," katanya.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang meminta pengusaha terminal melakukan penambahbaikan terhadap ruang menunggu yang agak terbuka dan apabila hujan, pengguna tidak terlepas daripada terkena tempias.

Terminal bas sementara itu yang menggantikan hentian Puduraya yang sedang ditambah baik dan dinaik taraf, telah mewujudkan keperluan awam termasuk surau, tandas, ruang menunggu dan gerai makanan serta perkhidmatan simpanan beg.

Perkhidmatan bas RapidKL, teksi dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga mudah didapati dengan bas RapidKL disediakan untuk perjalanan pergi balik dari Bukit Jalil ke Hentian Puduraya dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM2 dikenakan bagi setiap perjalanan.

Terdapat juga pondok polis yang beroperasi 24 jam serta kaunter Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum