PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

50 Kes klutster H1N1 dikesan di MRSM Bentong

Go down

50 Kes klutster H1N1 dikesan di MRSM Bentong Empty 50 Kes klutster H1N1 dikesan di MRSM Bentong

Post  ypeng(U6A/10) Wed Apr 28, 2010 2:47 pm

KUANTAN 28 April — Sebanyak 50 kes kluster simptom Influenza A (H1N1) dikesan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, sehingga semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, seramai 16 pelajar iaitu yang terdiri daripada 10 perempuan dan enam lelaki kini ditempatkan di bilik pengasingan di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, tiga daripada mereka telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, kesemua pelajar tersebut telah diberikan antiviral dan berada dalam keadaan stabil serta tidak kritikal dan kini dipantau pakar perubatan.

"Seramai 31 pelajar pula sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan diberikan penerangan mengenai aspek pencegahan dan kawalan yang perlu dilakukan sepanjang tempoh pengasingan di rumah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong akan terus menjalankan pemantauan setiap hari ke atas pelajar dan kakitangan MRSM itu bagi mengesan sebarang kes baru jika ada.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum