H1N1 : Tidak Perlu Tutup Sekolah
Page 1 of 1
H1N1 : Tidak Perlu Tutup Sekolah
H1N1: Sekolah tidak ditutup untuk elak gangguan pembelajaran
2010/04/19
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan menutup sekolah yang pelajarnya didapati positif virus Influenza A (H1N1) kerana ia boleh mengganggu pembelajaran pelajar.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, berkata langkah menutup sekolah adalah pilihan terakhir dan hanya boleh dilakukan selepas mendapat laporan bertulis daripada Kementerian Kesihatan.
"Seterusnya laporan itu perlu diberi kepada Pengarah Pelajaran Negeri kerana hanya beliau saja mempunyai kuasa untuk menutup sekolah," katanya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kes 12 pelajar dari beberapa negeri di Semenanjung yang disahkan positif Influenza A(H1N1) selepas 24 jam didapati mengidap sindrom serupa Influenza (ILI).
Sembilan pelajar itu adalah dari SM Agama Ad-Diniah Al-Islamiah Kuala Kangsar, Perak manakala dua lagi pelajar adalah dari SJKC Sin Hwa di Batu Pahat, Johor selain satu kes di kuarters Imigresen di Padang Besar, Perlis.
Alimuddin juga meminta ibu bapa dan pelajar bertenang dan tidak panik dengan situasi pelajar yang positif Influenza A(H1N1) kerana keadaan di seluruh negara adalah terkawal.
Beliau berkata, semua sekolah diberi pekeliling mengenai perkara itu dan pengetua dan guru besar telah diperingatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap pelajar pada setiap pagi.
"Setiap sekolah telah dibekalkan dengan termometer bagi mengesan suhu badan pelajar dan jika ada pelajar yang dikesan mempunyai simptom wabak itu seperti demam atau batuk, mereka perlu diasingkan segera dan dihantar ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera.
"Pelajar yang didapati mempunyai simptom berkenaan (H1N1) dibenarkan untuk tidak hadir ke sekolah. Jadi, ibu bapa tidak perlu bimbang memandangkan pihak hospital juga sangat bekerjasama dalam memastikan keadaan terkawal," katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Similar topics
» H1N1: Sekolah tidak ditutup untuk elak gangguan pembelajaran
» Pendidikan seks di sekolah tidak perlu
» H1N1 masih aktif :x
» H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan
» Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|