PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

U-Library Julai ini

Go down

U-Library Julai ini Empty U-Library Julai ini

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Mar 15, 2010 12:46 pm

KUALA LUMPUR: Berita baik buat ulat buku kerana mereka tidak perlu lagi berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam buku sebaliknya hanya membuat pinjaman secara online melalui portal U-Library yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar, berkata projek perintis dalam proses pendigitalan bahan bacaan itu akan dilancar Julai ini dengan membabitkan tujuh perpustakaan awam.

“Perpustakaan yang terbabit dalam projek ini termasuk PNM, Perpustakaan Awam Selangor, Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Intan Bukit Kiara, Perpustakaan Awam Pahang dan Pustaka Negeri Sarawak.


“Manakala, liputan kemudahan portal U-Library berkenaan akan disediakan di semua perpustakaan awam di seluruh negara selepas dua tahun tempoh percubaan iaitu selewat-lewatnya penghujung 2012,” katanya pada sidang media selepas melancarkan ‘Program ABC: Mari Membaca 1Malaysia’ di PNM, di sini, kelmarin.


Beliau berkata, portal itu akan menyenaraikan senarai buku yang boleh dipinjam melalui talian (online) serta senarai buku yang terdapat di tujuh perpustakaan terbabit.


Menurutnya, pengguna di seluruh negara kini boleh mendapatkan bahan bacaan tanpa perlu ke perpustakaan dan bahan bacaan itu akan dihantar ke rumah mereka melalui transaksi menerusi pos.

Raslin berkata, kos pos laju akan ditanggung peminjam buku berdasarkan berat buku. Bagaimanapun katanya, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan diberi pilihan untuk memulangkan buku secara pos atau boleh menghantar sendiri ke kaunter ‘bookdrop’ yang terdapat di PNM, Kuala Lumpur Sentral dan Jaya Jusco Ampang bagi peminjam di sekitar Lembah Klang.


Inisiatif ini diambil kerana mahu memudahkan pengguna terutama yang minat membaca sekali gus dapat menarik minat orang awam terhadap budaya membaca.


“Lagipun, sekarang ini sudah menjadi trend masyarakat menggunakan perkhidmatan secara online untuk pelbagai urusan,” katanya. Sementara itu, Roslin berkata, PNM mengalu-alukan pembabitan pelbagai pihak antaranya badan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana syarikat untuk mengadakan pelbagai program dan kempen galakan membaca secara usaha sama.


“Sebelum ini, PNM menggunakan inisiatif sendiri mengadakan kempen sedemikian, tapi sebenarnya ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memupuk minat membaca lebih ramai orang,” katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

U-Library Julai ini Empty Re: U-Library Julai ini

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Mar 15, 2010 12:54 pm

Saya memang sokong pada projek perintis dalam proses pendigitalan bahan bacaan ini! Pada pendapat saya, sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, memang dapat memberi kemudahan kepada masyarakat. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan amalan membaca buku di kalangan masyarakat~Para saudara dan saudari..apakah pandangan anda tentang perkara ini?? Bincangkan~ Smile

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum