PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan

Go down

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan Empty Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan

Post  HuInI(U6A) Sun Feb 21, 2010 5:16 pm

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan Empty Re: Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan

Post  HuInI(U6A) Sun Feb 21, 2010 5:22 pm

Pelaksanaan ini memang bagus kerana aktiviti sukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan, ia juga dapat mencergaskan minda pelajar.Pelajar pada zaman sekarang kurang bersenam dan lebih menekankan pencapaian akademik. Dengan itu, hal ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan senaman.
lol!

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum