PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KES-KES PENIPUAN

+4
Ice
weichian_89
pohblg
sim
8 posters

Go down

KES-KES PENIPUAN Empty KES-KES PENIPUAN

Post  sim Thu Mar 20, 2008 12:07 pm

Kes-kes penipuan sentiasa disiarkan dalam suratkhabar seperti kes penipuan wang.

KUCHING: Seorang suri rumah kerugian lebih RM70,000 selepas ditipu tiga perempuan yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit anak lelakinya dengan cara 'membuang' nasib malang keluarganya.

Selasa lalu, mangsa yang berusia 68 tahun dihampiri dua perempuan berusia sekitar 40-an ketika membeli sayur di pasar basah, Taman Kenyalang, sebelum suspek yang mendakwa dirinya tukang tilik memberitahu mangsa mempunyai 'sial' yang banyak.

Mangsa kemudian membenarkan suspek menilik nasibnya dan diberitahu anak lelakinya akan menerima nasib malang seluruh hidupnya kecuali mereka dapat membuang 'sial' berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata mangsa kemudian menyerahkan RM12,000 wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50,000 kepada suspek sebagai syarat membuang 'sial'.

"Dalam pertemuan di sebuah kedai di Jalan Simpang Tiga, mangsa menyerahkan wang dan meminjamkan barang kemasnya selepas diyakinkan suspek yang akan menjampi hartanya itu.

"Suspek ketiga yang mendakwa dirinya sebagai ketua upacara kemudian meminta mangsa mengeluarkan wang RM11,000 sebagai syarat memulakan upacara sembahyang," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mangsa kemudian dibawa ke kawasan yang tidak diketahui sebelum ketiga-tiga suspek memulakan upacara membuang sial.

dan menyuruh mangsa berjalan ke hadapan serta tidak menoleh ke belakang.

Dia yang kemudian mula tidak berasa sedap hati kemudian menoleh ke belakang dan mendapati semua suspek sudah melarikan diri bersama wang dan barang kemas miliknya sebelum bertindak menghubungi anak lelakinya.

Wong berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, kelmarin, dengan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

"Kes seperti ini sudah selalu berlaku namun orang ramai masih belum sedar dan mempercayai individu yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka penilik nasib.

"Saya menasihati orang ramai tidak terlalu mempercayai individu yang tidak dikenali selain tidak mudah menyerahkan semua wang dan barang kemas kepada mereka," katanya.

Selepas baca berita tersebut,apakah perasaan anda?Adakah anda berasa ibu menunjukkan kebodohan kerana mudah percaya seseorang yang dia tidak kenal dan mempercayai apa yang orang asing kata.Selain itu memberi wang dan hartanya kepada orang asing.Tetapi ibu tersebut adalah seorang ibu yang mempunyai kasih sayang kepada anaknya,oleh itu, kita perlu bersimpati kepada dan ibu dan anaknya.

Apakah yang perlu dilakukan supaya kita dapat mencegah daripada ditipu?Sekarang penipu mempunyai idea yang sangat kreative dan banyak mangsa telah ditipu.Mereka memperguna simpati manusia dan kanak-kanak yang telah diperdaya supaya menolong mereka menipu orang lain.Beri pendapat anda.

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Re: KES-KES PENIPUAN

Post  pohblg Thu Mar 20, 2008 1:04 pm

Ya.Ibu itu memang sayangkan anaknya, sehingga tidak dapat membezakan sama ada kenyataan atau penipuan.
Hanyalah Ibu kita tahu perasaan pemangsa tersebut, kesayangan terhadap anaknya hanyalah Ibu sendiri yang tahu.

Kita hendaklah sentiasa berkelompok,berkelompok dengan kawan kita yang kita percayai. Bayangkan pemangsa "Ibu" mempunyai beberapa kawan yang di sisinya, penipuan adalah tidak mudah berjaya, kerana orang lain dapat memberi pandangan yang dari pelbagai segi. Perbincangan antara kawan dan keluarga kita sebelum bertindak, mendapat pendapat dari pengalaman orang lain adalah dapat mengelakan dari penipuan.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Re: KES-KES PENIPUAN

Post  weichian_89 Thu Mar 20, 2008 3:46 pm

berita yang sebegini bukan lagi merupakan berita yang baru berlaku dan sering dipaparkan dalam suratkhabar,tetapi masih terdapat ramai orang menjatuh ke muslihat penipu.kebanyakan mangsa dalam kes-kes penipuan merupakan kaum wanita dan merekalah yang sering menjadi sasaran penipu.ini disebakan kaum wanita mudah dipengaruhi dan mengelirukan.penipu akan meggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan kepercayaan daripada mangsa supaya mereka tidak berwaspada kepadanya.kita haruslah sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan berfikiran rasional supaya tidak mudah terperangkap oleh penipu.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Penipuan

Post  Ice Thu Mar 20, 2008 5:08 pm

Ibu itu memang sangat sayang anaknya.Pada pendapat saya,suri rumah mudah ditipu oleh orang yang dia tidak kenal dan mempercayai apa yang orang asing kata.Suri rumah perlu sentiasa mengetahui berita kini tentang kes-kes penipuan.Mereka boleh mendapat maklumat yang boleh mengelakkan penipuan melalui surat khabar.Sebagai seorang anak,kita perlu memberitahu ibu bapa tentang penipuan ini yang sering berlaku di pasar.Kita perlu menyuruh ibu bapa sentiasa berhati-hati untuk menguruskan wang dan barang kemasnya.Kesimpulannya,semua orang mesti tidak boleh percaya orang yang kita tidak kenal.

Ice

Posts : 10
Join date : 2008-02-03
Age : 34

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty RE:PENIPUAN

Post  NCH CHEAN Thu Mar 20, 2008 5:09 pm

Selepas membaca berita tersebut ,saya amat bersimpati terhadap mangsa itu.Demi menyembuhkan penyakit anak, suri rumah tangga berela menggorbankan wang serta hartanya untuk menyelamatkan anaknya daripada penyakit.Kita seharusnya bersimpati terhadap suri rumah tangga tersebut.Bukan semua ibu sanggup melakukan hal sedemikian.Namun ,kita juga harus mengambil perhatian terhadap hal sedemikian agar kita tidak menjadi mangsa yang seterusnya.Penipu sekarang amat tidak berperikemanusiaan ,mereka sanggup melakukan apa-apa demi mendapat keuntungan.Oleh itu, kita seharusnya berhati-hati agar tidak mudah ditipu.Tindakan yang perlu diambil agar kita dapat mengelakkan diri daripada ditipu adalah melalui membaca surat khabar yang banyak memaparkan isu-isu semasa. Selepas membaca surat khabar barulah kita dapat mengetahui sesuatu perkara yang berlaku ,dan dapat menerap pengalaman daripada perkara atau tragedi-tragedi.Di samping itu ,kempen juga boleh diadakan untuk menyedarkan rakyat bahawa terdapat penipuan yang berleluasa ini dan menyuruh mereka harus berwaspada mengenainya.Dengan adanya tindakan di atas ,maka kita dapat mengelakkan diri daripada ditipu.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Orang ramai haruslah bertindak lebih bijak dan berhati-hati

Post  jackie_teng99 Thu Mar 20, 2008 7:59 pm

Pada pandangan saya,ibu-ibu mudah terjerat ke dalam perangkap sindiket-sindeket penipuan bukan kerana kebodohan mereka. Malah,adalah kerana ibu-ibu mempunyai sifat-sifat kelembutan dan kasih sayang yang tidak terbilang terhadap anggota keluarganya,terutamanya anak-anak mereka. Jadi,ibu-ibu yang sering menjadi mangsa kes-kes penipuan bukan lagi merupakan perkara yang luar biasa.

Langkah-langkah yang dapat mencegah daripada ditipu adalah orang ramai haruslah bijak bertindak dan lebih berhati-hati seperti mentafsir sama ada merupakan penipuan atau tidak. Di Malaysia,kita boleh melihat pengemis-pengemis mengambil sedekah di pelbagai penjuru bangunan-bangunan dan di tepi jalan. Pengemis-pengemis adalah terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan orang tua,kanak-kanak,kurang berupaya dan sebagainya. Kita haruslah bijak membezakan siapa yang wajar mendapat sedekah daripada kita kerana kebanyakan daripada mereka adalah penipu.

Selain itu,orang ramai haruslah mengelakkan daripada mendekati atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan tidak mempercayai kata-kata mereka. Ibu-ibu juga harus lebih memberi perhatian tentang kes-kes penipuan yang kian menular di negara kita dan jangan mudah mempercayai kata-kata orang asing. Yang pentingnya,kita jangan mudah berhati lembut dan bersimpati terhadap orang yang tidak dikenali walaupun mereka kelihatan benar-benar kesian.Kita juga harus lebih peka terhadap isu-isu semasa yang mengenai pengembangan kes-kes penipuan dari semasa ke semasa.

Akhirnya,semoga orang ramai akan bertindak dengan bijak sekali bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa-mangsa bagi kes-kes penipuan. Sekian,terima kasih. Surprised

jackie_teng99

Posts : 4
Join date : 2008-02-18

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Re: KES-KES PENIPUAN

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 8:10 pm

Ice wrote:... kemasnya.Kesimpulannya,semua orang mesti tidak boleh percaya orang yang kita tidak kenal.

Abang / kakak Ice, mengapakah kakak/abang membuatkan kesimpulan bahawa semua orang mesti tidak boleh percaya orang yang kita tidak kenal? Jikalau begitu, masyarakat kita akan tiada lagi baik hati dan tolong-menolong antara satu sama lain.. Sila membuatkan satu 'imagination'. Jika anda terbabit dalam satu kemalangan di sesuatu kawasan yang tiada kawan/ orang yang dikenali + polis atau ambulance belum datang lagi.. semua orang yang di sekitar anda tidak akan membantu kamu kerana mereka akan anggap anda seorang penipu / tidak percaya bahawa anda adalah dalam kemalangan ( maksud di sini : anda mungkin membuatkan satu kemalangan palsu yang mahu mencederakan/merompak/kidnap orang lain).. kes ini asyik berlaku di seluruh dunia.. banyak kemalangan palsu dibuat untuk merompak/kidnap/mencederakan seseorang.. Jadi, jika semua orang tidak percaya orang lain yang tidak kenali,anda akan mati dalam kemalangan tersebut.. ***(ini hanyalah satu imagination !!! ) Jadi, kita haruslah berwaspada semasa membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.. percaya orang lain adalah sangat penting dalam kehidupan kita, tapi sila berhati-hati semasa percaya terhadap seseorang..

Penipu asyik mencari mangsanya dengan menggunakan baik hati / kasih sayang / nilai moral orang lain.. Oleh itu, berhati-hatilah kakak dan abang kalian.. Jangan berikan peluang kepada orang lain untuk 'utilize' nilai moral anda! rabbit

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Re: KES-KES PENIPUAN

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 8:17 pm

jackie_teng99 wrote:...
Selain itu,orang ramai haruslah mengelakkan daripada mendekati atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan tidak mempercayai kata-kata mereka. Ibu-ibu juga harus lebih memberi perhatian tentang kes-kes penipuan yang kian menular di negara kita dan jangan mudah mempercayai kata-kata orang asing. Yang pentingnya,kita jangan mudah berhati lembut dan bersimpati terhadap orang yang tidak dikenali walaupun mereka kelihatan benar-benar kesian.Kita juga harus lebih peka terhadap isu-isu semasa yang mengenai pengembangan kes-kes penipuan dari semasa ke semasa.

Akhirnya,semoga orang ramai akan bertindak dengan bijak sekali bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa-mangsa bagi kes-kes penipuan. Sekian,terima kasih. Surprised

apa sal semua orang cakap begini? Jika kamu pergi ke lain tempat yang kamu tidak kenali, tentulah kamu memerlukan bantuan orang lain.. Jika kakak berfikir macam itu, macam mana kakak mendapat bantuan orang lain / orang lain mendapat bantuan daripada kamu?

Pada saya, penipuan sukar dielakkan kerana semua penipuan akan mencari jalan untuk membolehkan mangsa percaya kepada mereka.. mereka akan mendapatkan banyak informasi tentang mangsa ( untuk kes penipuan yang besar ) untuk menipu mangsa.. Selain itu, mereka juga akan menggunakan perkataan / ayat / kata yang mudah mendapat kepercayaan mangsa ( untuk kes penipuan muka-ke-muka ).. Mereka akan menggunakan segala teknik dan cara untuk menipu seseorang.. ( bagi kebanyakan kes penipuan ) Jadi.. Penipuan adalah sangat sukar dielakkan.. Apa yang dapat kita nasihatkan, ialah bacalah banyak lagi berita untuk mendapatkan pengalaman orang lain..

Pada Pendapat saya.. Hanya penipu atau polis yang berpengalaman dalam kes penipuan dapat mengelakkan diri daripada kes penipuan dengan lebih mudah.. kerana mereka tahu banyak teknik yang asyik digunakan oleh penipu dan cara untuk menanganinya..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Penipuan

Post  HsuJia Fri Mar 21, 2008 11:32 am

Dalam artikel yang dipaparkan di atas boleh dikatakan ibu mangsa itu sangat sayangkan anaknya.Tetapi,ini bukan satu berita yang hangat dalam masyarakat kita.Ini adalah kerana dalam masyarakat ini terdapat ramai penipu menggunakan taktik kotor untuk menipu orang yang senang ditipu.Surat khabar juga selalu memaparkan berita sebegini kepada orang ramai supaya semua orang boleh berhati-hati terhadap orang lain yang cuba menipu kita.Penipu sekarang sangat bijak kerana mereka akan suspek terhadap suri rumah atau orang tua kerana mereka rasa orang-orang ini mudah dipedayakan.Kelakuan ini adalah amat keji kerana mereka tidak memikirkan perasaan mereka yang telah ditipu wang yang berjumlah besar.Seperti artikel di atas,penipu ingat ibu mesti sangat sayangkan anak-anak mereka oleh itu mereka cuba menipu dengan cara yang dapat membantu menyelesaikan masalah anaknya.Ini adalah suatu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan oleh ramai orang.

Langkah yang patut selalu diperhatikan adalah orang di sekeliling kita yang tidak boleh dipercayai dengan kata-kata yang manis sahaja.Ini adalah kerana mereka sudah merancang untuk mengancam anda tetapi anda berkawan dengan dia tanpa diketahui.Ini adalah orang yang kita dapat dilihat dari muka air tetapi hatinya tidak dapat diteka langsung.Oleh itu kita haruslah selalu berhati-hati di sekeliling anda.Selain itu,jika kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah kita boleh membincang dengan saudara atau keluarga anda.Mungkin mereka boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda berbanding dengan orang luar yang cuba menipu anda.Lagipun,penipu juga selalu mempergunakan orang yang lemah untuk menipu kita.Ini boleh menyebabkan orang lemah itu seperti kanak-kanak atau orang cacat akan menjadi mangsa yang sangat kesian.

Jika kita boleh membasmikan penipu ini dengan segera mungkin keamanan negara kita akan menjadi lebih baik supaya kita tidak perlu hidup dalam ketakutan dengan orang lain.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

KES-KES PENIPUAN Empty Penipuan

Post  HsuJia Fri Mar 21, 2008 11:33 am

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum