PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

2 posters

Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  PnLeela Wed Jul 29, 2009 6:24 pm

Di sini kita boleh berkongsi maklumat tentang isu-isu alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran, kitar semula dan melindungi dan memelihara flora dan fauna, jerebu dan sebagainya. Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Banjir Kilat

Post  CikguPA Thu Jul 30, 2009 3:12 pm

Pelajar boleh berkongsi maklumat dari aspek berikut:

1 Konsep/definasi banjir kilat.

2. Punca berlakunya banjir kilat.

3. Kesan banjir kilat kepada manusia dan alam sekitar.

4. Langkah mengatasi/mencegah banjir kilat:
- Dari segi undang-undang/akta :cth akta Kualiti alam sekitar 1974
- Pengurusan strategik: cth Memperdalamkan sungai di kawasan bandar.
- Pendidikan : cth Pendidikan formal melalui subjek tertentu
Pendidikan tak formal seperti kempen

semoga maklumat yang anda kongsi dapat membantu menambah maklumat kepada rakan yang lain.

tq
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Thu Jul 30, 2009 4:51 pm

Konsep banjir Kilat

- Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 2:17 am

Punca-punca Banjir Kilat

1. Kegiatan ekonomi
-Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian.
2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan proses resapan.
3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap.
4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah sarap.
5. Jumlah hujan yang lebat.
6. Aktiviti penyahhutanan untuk pembangunan seperti petempatan, pembandaran, perindutsrian.
7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 5:37 am

Kesan-kesan

1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan
2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll.
3. Menjejaskan sistem lalulintas: jalanraya dinaiki air.
4. Merosakan tanaman.
5. Pencemaran sampah sarap dan bau.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 2:59 pm

Langkah-langkah mencegah banjir kilat

1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang membuang sampah ke dalam sungai, menyebabkan hakisan tanah dll.

2. Mengawal proses pembandaran.

3. Menghadkan ativiti penyahutanan dan pembalakan.

4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampumenakung air di bandar.

5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan.

6. Kempen sayangilah sungai dan gotong royong membersihkan sungai.

7. Laporan EIA untuk projek-projek pembangunan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Mon Aug 17, 2009 12:32 pm

Alam sekitar tanggungjawab bersama

BESUT 16 Ogos - Peranan memulihara alam sekitar bukan menjadi tugas kerajaan semata-mata tetapi seharusnya dipikul bersama oleh orang ramai bagi memastikannya ia dapat dijaga sebaik mungkin.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, setiap anggota masyarakat dari semua kaum dan agama perlu dipertanggungjawabkan terhadap kesan yang ditimbulkan jika mengabaikan aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya, dalam usaha menjadi sebuah negara maju, aspek kebersihan dan kualiti alam sekitar merupakan satu perkara yang penting dan wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

''Dalam Islam sendiri adalah berdosa jika sesuatu perbuatan yang dilakukan membawa kesan buruk yang menjejaskan keselesaan dan kepentingan orang ramai.

"Masyarakat perlu mengubah sikap dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap perkara ini,'' katanya semasa berucap merasmikan Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Besut di Sungai Jerteh di sini semalam.

Beliau yang juga Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri berkata, meskipun pencemaran alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan, namun usaha mengawalnya amatlah perlu.

Jelasnya, jika ada kesedaran di kalangan setiap anggota masyarakat, usaha itu akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

Setakat ini menurutnya, kesedaran rakyat negara ini terhadap penjagaan alam sekitar masih rendah berbanding negara-negara maju.

Katanya, banyak negara lain mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar dan ini merupakan satu perkara yang sepatutnya menjadi cabaran kepada umat Islam.

Malangnya tambah beliau, di negara ini masih berlaku sikap membuang sampah di merata tempat termasuk ke dalam sungai sehingga bukan sahaja menjejaskan alirannya tetapi juga kualiti air dan kehidupan di dalamnya.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Mon Aug 31, 2009 3:26 am

Faktor-Faktor Berlaku Banjir
Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

Hujan yang berterusan.
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1126%3Abanjir&catid=272%3Ajenis-bencana&Itemid=8
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sat Oct 10, 2009 2:28 am

30 pekan di Filipina banjir

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Lu_01.1
Bandar Carmen di wilayah Pengasingan, utara Filipina digenangi banjir akibat dibadai Taufan Parma, semalam. - Reuters.

--------------------------------------------------------------------------------


MANILA 9 Okt. - Sekurang- sekurang-kurangnya 30 pekan di utara Filipina dilanda banjir dengan paras air setinggi bangunan dua tingkat.

Di wilayah Pengasingan, televisyen melaporkan kira-kira 60 peratus daripada penduduk di wilayah tersebut terperangkap akibat banjir.

Walaupun trak besar dihantar untuk menyelamatkan mangsa, ia tidak mampu mengharungi air banjir.

Menurut pentadbiran wilayah Pangasinan, Raffy Baraan, masalah banjir di wilayah ini menjadi semakin teruk berikutan air empangan dilepaskan.

"Kami akan lakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkan mangsa, tetapi kami memerlukan helikopter dan bot.

"Beribu-ribu orang dilaporkan terperangkap di sebuah gedung membeli-belah di Pangasinan. Bot penyelamat telah pun dihantar untuk mengambil mereka," kata Baraan.

Datuk Bandar Alcala di Pangasinan, Manuel Collado berkata, penduduk di bandar itu memerlukan bantuan secepat mungkin.

"Masih ramai orang yang terperangkap. Di beberapa buah perkampungan, pegawai menggunakan rakit buluh untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami telah meminta bantuan daripada kerajaan tetapi diberitahu semua bot telah pun habis dihantar ke kawasan bencana," katanya.

Hujan lebat ini dibawa oleh Taufan Parma yang berlegar-legar di bahagian utara Filipina selama hampir seminggu sejak taufan ini membadai negara ini pada 3 Oktober lalu. - AF
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Ombak besar bak tsunami

Post  CikguPA Mon Nov 02, 2009 4:04 pm

Ombak besar bak tsunami
Oleh Kasdi Ali dan Rosdalilah Zahari
kasdi@hmetro.com.my

KAMPAR: “Saya melihat ombak besar seperti tsunami datang secara berperingkat dari hulu sungai tetapi empat remaja berkenaan yang tidak menyedari kehadirannya terus leka mandi manda.

“Saya dan beberapa pengunjung di kawasan perkelahan itu sudah menjerit meminta mereka keluar dari sungai tetapi kemungkinan besar mereka tidak mendengarnya.

“Saya hanya dapat mendengar jeritan mereka meminta tolong dalam bahasa Cina sebelum hilang dihanyutkan arus,” kata Syed Sharudi Syed Shamsuddin.

Syed Sharudi, 41, adalah saksi kejadian empat penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus Perak di sini, dihanyutkan arus ketika berkelah di Sungai Batu Berangkai, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seorang daripada penuntut berkenaan yang enggan nama dan gambarnya disiarkan, berjaya menyelamatkan diri selepas arus dikenali sebagai ‘kepala air’ oleh penduduk tempatan itu menolaknya ke tebing sungai kira-kira 20 meter dari tempatnya dihanyutkan.

Sementara tiga lagi rakannya kurang bernasib baik apabila gagal menyelamatkan diri dan terus dihanyutkan arus ‘menggila’ kira-kira lima hingga enam minit yang disifatkan Syed Sharudi fenomena menggerunkan pernah disaksikannya.

Tiga penuntut UTAR yang hanyut itu dikenali sebagai Yew Ghim Chnieh, 20, dari Kampung Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang; James Wan Kai Khor, 20, dari Halaman Macalister, Georgetown, Pulau Pinang dan seorang pelajar perempuan, Yew Shy Gin, 21, dari Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, mayat semua mangsa sudah ditemui. Mayat pertama Wan ditemui kira-kira jam 9.42 malam di Kampung Badak Berendam oleh penduduk kampung hampir 300 meter dari tempat kejadian manakala mayat Shy Gin ditemui jam 10.01 malam di Kampung Orang Asli Bukit Terang, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Mayat terakhir iaitu Ghim Chnieh ditemui jam 12.09 tengah malam tadi berhampiran tempat mayat pertama dijumpai.

Syed Sharudi berkata, sebelum kejadian, beliau sedang berkelah bersama tiga anaknya di kawasan itu.

“Saya sedang mandi bersama tiga anak apabila dikejutkan bunyi dentuman petir begitu kuat dari atas tempat perkelahan dipercayai di kawasan air terjun. Kira-kira 15 minit kemudian, hujan turun dan saya mengarahkan tiga anak keluar dari sungai dan berlindung di sebuah pondok,” katanya.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Fri Nov 06, 2009 7:36 am

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Nak-banjir

Penduduk Kelantan terutama yang tinggal di kawasan rendah kini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan bacaan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok kini masing-masing berada melebihi paras waspada. - BERNAMA
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Banjir mula landa Kelantan, lebih 300 dipindahkan

Post  CikguPA Fri Nov 06, 2009 12:30 pm

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Bah

JASNI SABRI menggunakan sampan untuk memindahkan ahli keluarganya selepas paras air sudah melepasi paras berjaga-jaga di kg Lubok Gong, Pasir Mas, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi

Banjir mula landa Kelantan, lebih 300 dipindahkan


KOTA BHARU: Kuala Krai dan Pasir Mas adalah dua kawasan jajahan yang mula dilanda banjir di Kelantan apabila lebih 300 mangsa dilaporkan mula dipindahkan sejak tengah hari ini berikutan limpahan air Sungai Kelantan dan Sungai Golok.

Ketua Pegawai Bilik Operasi Gerakan Banjir Negeri, Mohd Anis Hussein, berkata di Pasir Mas sejumlah 190 mangsa banjir telah berpindah manakala di Kuala Krai membabitkan 130 orang.

"Bacaan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu di Jenob 24.52 meter (bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang 9.94 meter (bahaya 9 meter)," katanya kepada Bernama.



Mohd Anis berkata, bacaan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Kelantan juga dilaporkan mula menghampiri paras bahaya berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.

Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dan jalan utama yang terputus akibat banjir dilaporkan.

"Mangsa banjir telah dipindah ke sekolah-sekolah, pejabat dan surau yang dijadikan pusat pemindahan sementara dan kemungkinan ada juga yang berpindah ke rumah saudara-mara," katanya.

Cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sekali sekala hujan lebat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata seramai 540 pegawai dan anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi membantu mangsa banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Katanya, pihaknya akan membekukan cuti semua kakitangannya bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir bertambah serius. - Bernama
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Terengganu mula dilanda banjir tengkujuh

Post  CikguPA Fri Nov 06, 2009 12:33 pm

Terengganu mula dilanda banjir tengkujuh


KUALA TERENGGANU: Banjir musim tengkujuh melanda Terengganu apabila penduduk di tiga daerah dipindahkan ke kawasan selamat pagi ini.

Di Hulu Terengganu, 19 penduduk Kampung Pelandang, Tersat, Hulu Terengganu, dipindahkan pada 9.30 pagi tadi selepas air Sungai Tersat naik mendadak sehingga tiga meter melimpahi kampung berkenaan akibat hujan lebat sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah, memberitahu Bernama bahawa penduduk terdiri daripada tiga keluarga itu dipindahkan ke Pusat Khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pelandang.

Katanya, KM17 Jalan Kuala Berang-Kuala Ping dan KM13 Jalan Kampung Kepah ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air.

Turut ditutup jalan kampung dari Kampung Pengkalan Ajal ke Kampung Menerong kerana air naik hingga ke jambatan di situ pada 9.45 pagi tadi.

Jalan kampung lain yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan dari Kampung Matang ke Kampung Nibong, dan dari Kampung Jak ke Kampung Tanggol.

Di Dungun, jurucakap Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Dungun berkata dua keluarga dari Kampung Paya Balai Besar dipindahkan ke Sekolah Bebangsaan Balai Besar pada 10 pagi tadi.

Di Besut pula, seramai 374 penduduk daripada 115 keluarga di beberapa kampung daerah itu mula dipindahkan sejak pagi tadi.

Di Kampung Keruak, seramai 100 mangsa banjir daripada 27 keluarga dipindahkan ke Masjid Keruak, di Kampung Belaoh, 36 daripada 12 keluarga dipindahkan ke surau kampung berkenaan, di Kampung La seramai 204 orang daripada 65 keluarga dipindahkan ke masjid kampung berkenaan, di Kampung Pok Sik 30 orang daripada 10 keluarga dipindahkan ke surau kampung itu, dan empat sekeluarga dari Kampung Bukit Payung dipindahkan ke Sekolah kebangsaan Seri Payung.

Tiga jalan di Besut ditutup kepada semua kenderaan, iaitu di Batu 13 jalan Jertih-Keruak yang dinaiki air setinggi 0.5 meter, jalan Jerteh-Keruak ke Kampung La, yang dinaiki air setinggi satu meter, dan jalan Gertak-Jerbong di Pasir Akar, yang dinaiki air setinggi 1.3 meter.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Besut, bacaan paras air Sungai Besut di Jambatan Keruak pada pukul 11.20 pagi tadi mencecah 36.77 meter, melepasi paras bahaya 35 meter manakala bacaan air sungai berkenaan di Kampung La ialah 21.22 meter, melepasi paras bahaya 19.20 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu berkata, selain Sungai Besut, beberapa sungai turut mencatat bacaan melebihi paras bahaya.

Bacaan di Sungai Setiu mencatat 8.95 meter, melepasi paras bahaya 8.5 meter pada 11 pagi tadi. Sungai Nerus di Kampung Langkap kini berada pada para 22.6 meter, melepasi paras bahaya 21.5 meter.

Jurucakap itu berkata, maklumat terkini paras air di beberapa batang sungai lain di daerah Marang, Dungun dan Kemaman belum diperoleh.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-6224072 atau 09-6274172. - Bernama
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sat Nov 07, 2009 8:20 am

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Pakcik-selamat-ayam
BANJIR DI TERENGGANU .. Warga emas, Ayob Deraman cuba menyelamatkan sebahagian daripada ayam ternakannya dengan meletakkan ayam-ayam tersebut di atas rakit kayu setelah rumahnya dinaiki air di Kampung Kepah, Kuala Berang, Hulu Terengganu. -

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Polis-tolak-kereta-banjir
BANJIR DI KELANTAN .. Seorang anggota polis membantu menolak sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir di hadapan Balai Polis di Rantau Panjang. - UTUSAN

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Bot-pindah-banjir
BANJIR DI PERLIS .. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Mansor Jusoh (tengah) mendukung bayi ketika anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir selepas Kampung Batu Bertangkup, Chuping, Perlis dinaiki air hingga paras bahaya. -

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Tiket-beratur
BANJIR DI KL .. Peminat-peminat bolasepak Kelantan dan Negeri Sembilan berpusu-pusu beratur bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Para penyokong kedua-dua pasukan dijangka akan membanjiri Bukit Jalil menjelang malam ini. - UTUSAN
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  CikguPA Sat Dec 12, 2009 4:12 am

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Mainpix

Bencana manusia atau pemanasan global?

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Mainpix2

Keadaan jalan raya ditenggelami banjir di Jeddah, minggu lalu.

Bah di Jeddah

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

BANJIR kilat di bandar besar di Malaysia adalah perkara biasa kerana negara kita diakui sering menerima jumlah hujan yang banyak sepanjang tahun, ada kalanya melebihi jangkaan mengakibatkan banjir besar.

Jumlah hujan berlebihan ini diakui kesan fenomena cuaca dunia yang tidak stabil, sering berubah dan kadang kala sukar diramal. Banjir kilat berpunca daripada sistem pengairan air yang tidak lengkap, tidak cukup menampung jumlah air berlebihan secara serentak.

Jika berlaku di Malaysia, ia bukannya sesuatu yang pelik atau di luar dugaan, tetapi apabila berlaku di bandar raya di padang pasir dikelilingi gurun, pastinya menjadi tanda tanya bagaimana ia berlaku dan apa puncanya.

Itulah yang berlaku apabila jumlah hujan yang turun di bandar pelabuhan Jeddah minggu meningkat sekali ganda daripada kebiasaannya sepanjang tahun sebanyak 54 milimeter tetap kali ini hujan jumlah hujan yang diterima dianggarkan berukuran 90 milimeter cuma dalam masa enam jam.

Akibatnya, 106 maut manakala 1,400 yang terperangkap diselamatkan pihak berkuasa tempatan dan kebanyakan mangsa yang terbunuh akibat mati lemas atau terbunuh berikutan jambatan runtuh serta kemalangan kenderaan.

Laporan Arab News memetik pakar cuaca, Mansour Almazroui, yang juga Ketua Jabatan Meteorologi Universiti Raja Abdul Aziz, menggesa penduduk Arab Saudi supaya bersedia menghadapi ancaman banjir kilat berikutan lebih banyak hujan lebat, kemarau dan cuaca kering bakal melanda negara itu akibat perubahan cuaca.

Katanya, hujan lebat itu berlaku selepas Semenanjung Arab berdepan kemarau berpanjangan yang menyebabkan masalah kekurangan air dan kebanyakan perigi pula kering.

Pakar Metereologi tempatan yang juga Pengarah Pusat Kajian Antartik Kebangsaan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, menjelaskan, hujan lebat luar jangkaan itu berlaku akibat perubahan iklim semasa yang berpunca daripada pengaruh angin kebaratan di kawasan Meditterranean.

"Angin di barat tidak stabil dan perubahan itu dibawa masuk ke kawasan Jeddah. Memang diakui bulan November dan Disember adalah musim sejuk atau musim hujan di sana cuma kali ini jumlah hujan lebih banyak daripada biasa.

"Sebenarnya, tanda awal sudah boleh dikesan berdasarkan ribut petir menandakan hujan akan berlaku. Hujan ribut jenis ini biasanya hanya akan turun secara setempat dan kali ini lokasinya ialah di Jeddah," katanya.

Sekali pun kawasan Jeddah diakui tidak mempunyai sungai atau lembah, Prof Azizan menjelaskan, kemungkinan besar bandar raya Jeddah juga dibina di atas 'wadi' iaitu kawasan subur yang rendah dan menjadi tadahan air, sama seperti di Makkah.

Sehubungan itu, apabila hujan turun dengan jumlah besar, tahap takungan air akan meningkat secara mendadak dan disebabkan sistem pengairan lemah, ia mengakibatkan limpahan kerana jumlah air masuk melebihi jumlah air keluar daripada takungan.

Akibatnya, kira-kira tiga juta penduduk di bandaraya itu ditenggelami air banjir kilat sedalam dua meter dan majoritinya dikatakan panik kerana tidak pernah merasai bencana seperti itu kerana kali terakhir banjir buruk melanda sejak 27 tahun lalu.

"Dalam istilah kajian cuaca, cuaca buruk itu berlaku selepas melalui proses 'return period' (tempoh berulang) selepas 27 tahun lalu. Itu adalah perkara normal, mungkin selepas ini, akan berlaku perkara sama pada 27 tahun akan datang.

"Ada sesetengah kawasan yang dilanda bencana setiap 50 dan 100 tahun. Sebab itulah kena sentiasa bersedia dan secara peribadi, saya rasakan penduduk Jeddah terkejut dan memang tidak bersedia, jauh daripada rakyat Malaysia yang memang biasa dengan banjir banjir besar dan banjir kilat," katanya.

Katanya, dalam keadaan tidak bersedia disebabkan paras air naik mendadak, pelbagai perkara luar jangkaan boleh berlaku seperti kesesakan teruk di jalan raya, sedangkan jika dibandingkan di Malaysia, ramai warga kota tidak akan keluar jika hujan lebat berterusan kerana bimbang terperangkap dalam kesesakan atau banjir kilat.

Selain itu, Prof Azizan juga tidak menafikan pembangunan pesat di Jeddah yang menjadi pintu masuk utama jemaah haji ke Makkah turut memberi kesan langsung kepada sistem pengairan hujan kerana banyak liang air ditutup akibat pembinaan bangunan dan jalan diturap.

"Apabila liang air diturap dengan tar, air akan mengalir pantas seperti sungai menuju ke kawasan rendah. Sebab itu di Malaysia, kita boleh jumpa banyak longkang besar khas untuk menghadapi hujan monsun secara bermusim.

"Saliran itu juga biasanya dibina untuk menampung jumlah keseluruhan air hujan yang melebihi jumlah sebulan. Ada yang dibina untuk menampung air melebihi jumlah 50 atau 100 hari hujan. Apa yang berlaku di Jeddah ialah hujannya melebihi purata setahun dalam masa enam jam," katanya.

Ditanya adakah perubahan cuaca buruk itu berlaku akibat pemanasan global, Prof Azizan menegaskan, ia sebenarnya tiada kaitan secara langsung kerana tidak bukti secara tepat, tetapi sedikit sebanyak ancaman itu diakui memberi kesan kepada perubahan iklim.

Saintis sememangnya menyedari dan mengesan perubahan iklim itu bahkan mengakui suhu bumi semakin meningkat dengan meramalkan akan berlaku perubahan cuaca secara ekstrem iaitu tenaga yang dihasilkan petir, ribut dan taufan semakin kuat.

"Perlu diakui, 30 peratus ais di atas permukaan laut di Larsen Field di Timur Antartika sudah hilang selepas ais cair akibat pemanasan. Itu bukti cukup kuat," katanya.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perkongsian idea tentang isu alam sekitar Empty Re: Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum