PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis diarah 'hubungi ah long'

3 posters

Go down

Polis diarah 'hubungi ah long' Empty Polis diarah 'hubungi ah long'

Post  xiaowen_U6B Wed Jul 22, 2009 10:46 am

PETALING JAYA 21 Julai - Tindakan ah long yang menjadikan iklan dalam akhbar dan tempat awam untuk menarik minat golongan peminjam, mungkin tidak lagi berkesan selepas ini.Ini disebabkan, polis kini berusaha membanteras kegiatan pinjaman wang secara haram itu melalui pelbagai cara yang lebih tegas.

Antara langkah tersebut, semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah akan menghubungi nombor yang terdapat pada iklan sindiket ah long.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui tindakan itu, kegiatan ah long dapat dikesan di peringkat akar umbi dan disekat daripada terus 'merebak'.

Beliau pada masa yang sama meminta akhbar supaya tidak lagi menyiarkan nombor yang mempunyai kaitan dengan ah long.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kita terpaksa bertindak ke atas mereka kerana bersekongkol dengan kumpulan ini (ah long)," tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan balai polis baru di Ara Damansara di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.
Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 193 kes berhubung jenayah membabitkan ah long dilaporkan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 128 kes dilaporkan oleh sama ada ahli keluarga mangsa, jiran atau polis manakala selebihnya oleh mangsa sendiri," ujarnya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, mangsa berketurunan Melayu mendahului senarai itu dengan 111 laporan diikuti Cina (57 kes) dan India (20 kes).Lain-lain bangsa dan warga asing, katanya, masing-masing mencatatkan empat dan satu kes.

Bagi pecahan negeri pula, beliau berkata, Johor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 49 kes, diikuti Selangor 42 kes; Melaka (24), Negeri Sembilan (16), Terengganu (15) dan Kuala Lumpur (10).

"Pahang, Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan sembilan kes. Pulau Pinang pula menerima empat kes, Kelantan, Sabah dan Sarawak pula masing-masing dua kes manakala tiada kes dilaporkan di Perlis," jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pekerja swasta dan mereka yang berkerja sendiri mendahului senarai mangsa ah long dengan masing-masing 75 kes.
Kakitangan awam pula katanya, mencatatkan sebanyak 48 kes diikuti penganggur 20 kes.

Pada masa yang sama beliau berkata, polis sudah mula bertindak membeku aset termasuk rumah dan akaun terhadap mana-mana ah long yang terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

Berhubung perkara itu, beliau berkata, setakat ini, polis sedang menyiasat lima lelaki berhubung kes ah long."Polis sedang melakukan siasatan lanjut termasuk menyiasat aset, jumlah dan nilai akaun kesemua lelaki berkenaan," katanya.Katanya, tindakan itu adalah termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Polis diarah 'hubungi ah long' Empty Re: Polis diarah 'hubungi ah long'

Post  xiaowen_U6B Sun Jul 26, 2009 8:05 am

Pada pendapat anda,adakah cara ini berkesan dan dapat menyelesaikan masalah Ah Long?

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Polis diarah 'hubungi ah long' Empty Cara ini betul berkesan?

Post  LiewJoey(LSB) Sun Jul 26, 2009 1:52 pm

Saya berasa cara ini hanya dapat menghapus kumpulan ah long pada peringkat akar umbi saja.Saya berpendapat bahawa pihak media massa seperti akhbar , majalah ataupun pihak pengiklanan patut menyaring segala maklumat yang sedia dipaparkan , tidak patut lalai dan salah memaparkan sebarang maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. sebarang maklumat yang disyaki harus dibatalkan atau terus menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan. Pihak polis juga patut bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menghapuskan mereka secara berperingkat-peringkat dgn berkesan seperti berpura sebagai pelanggan dan menghubungi mereka serta menangkap kumpulan haram ini sekali gus. Cool

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Polis diarah 'hubungi ah long' Empty cara ini tidak mencukupi

Post  leeyoong_U6B Mon Jul 27, 2009 10:54 am

Pada pendapat saya, cara ini tidak mencukupi untuk membanteras masalah "along". Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah. Masyarakat perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut. Masyarakat haruslah bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu..

Kerajaan juga patut mengambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata bahawa kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini. Perkara ini akan berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri. Memandangkan perkara ini semakin berleluasa, kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan. Sindiket kongsi gelap ini akan membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang. Ia turut akan menggalakkan budaya tidak sihat seperti kegiatan gangsterisme atau samseng dalam masyarakat apatah lagi generasi muda.

Tindakan bersepadu dan kerjasama sepatutnya menyeluruh kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.
Oleh itu, lapisan masyarakat haruslah berusaha bersama-sama untuk menangani masalah ini. cyclops

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Polis diarah 'hubungi ah long' Empty Re: Polis diarah 'hubungi ah long'

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum