PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis kenal pasti suspek curi kereta(LSY L6A/2012)

Go down

Polis kenal pasti suspek curi kereta(LSY L6A/2012) Empty Polis kenal pasti suspek curi kereta(LSY L6A/2012)

Post  Lim Sok Yin Wed Oct 17, 2012 2:29 pm

(KUALA LUMPUR) Polis sedang memburu seorang suspek yang dikenal pasti sebagai Shoo Kar Sin berhubung kes kecurian dua kereta mewah jenis Audi R8 dan Porsche Panamera di ibu negara.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis percaya kes kecurian Audi R8 yang dilaporkan hilang pada 6 Sept lepas mempunyai kaitan dengan kes kecurian kereta mewah jenis Porsche Panamera pada Khamis lalu.
Kereta Audi R8 itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat pameran kereta di Chan Sow Lin pada 6 September dianggarkan bernilai hampir RM560,000 manakala Porsche Panamera bernilai lebih RM900,000 dilaporkan dilarikan dari bilik pameran kereta di Jalan Bukit Bintang, Khamis lalu.
Kedua-dua kereta mewah itu masih tidak ditemui sehingga kini, katanya.
Dalam sidang media di sini hari ini, Ku berkata Shoo, warga tempatan berumur 42 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau kes curi kereta dan pernah ditangkap sebelum ini.
Sekarang,pencuri kereta sudah semakin berleluasa pada siang atau malam untuk mencuri kereta.Untuk membasmi kejadian ini berlaku berterusan, pihak polis mestilah menambahkan atau memanjangkan masa untuk meronda di kawasan perumahan.Oleh kerana terlalu ramai pendatang asing datang ke negara kita, maka keselamatan diri juga terancam kerana kita tidak tahu latar belakang mereka.Kebanyakan pencuri kereta merupakan orang asing yang datang tanpa izin ataupun memegang passport pekerja,tetapi mereka berbuat jahat di tanah air kita.Maka, rakyat Malaysia juga perlu mengelakkan perseorangan atau persendirian,terutamanya gadis muda yang memandu sendiri.

Lim Sok Yin

Posts : 10
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum