PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penagih dadah

Go down

Penagih dadah Empty Penagih dadah

Post  Mah Huei Yee (L6A/2012) Wed Aug 15, 2012 7:23 am

Shah Alam: Polis merampas 12 kilogram (kg) heroin dan ketamin bernilai hampir RM500,000 dalam dua serbuan berasingan di sebuah kuil di Batu Caves serta pangsapuri di Gombak, yang dijadikan pusat pengedaran dadah.
Sabtu lalu itu, polis turut menahan enam lelaki di dua lokasi berkenaan.
Katanya, polis menemui lapan bungkus plastik lutsinar berisi ketulan yang disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 3.6 kg di dalam but kereta jenis Perodua Alza.
Rampas alat proses dadah
“Selepas siasatan, kami membuat serbuan kedua pada hari yang sama di sebuah pangsapuri di Gombak dan menemui 0.3 kg heroin serta 8.7 kg ketamin, selain alat memproses dadah,” katanya pada sidang media ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Beliau berkata, semua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu, kini ditahan reman sehingga 18 Ogos ini dan mereka disiasat mengikut seksyen 39 (B) Kanun Keseksaan.

==========================================================
Penagih dadah akan menyebabkan banyak kesan iaitu:
1. Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

2.Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Oleh itu, kita mestilah mengelakkan kes-kes ini berlaku. terdapat beberapa langkah boleh menangani iaitu:
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.


Mah Huei Yee (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-08-15

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum