BAHAYA DADAH

View previous topic View next topic Go down

BAHAYA DADAH

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 11:17 pm

Dadah Dan Ciri-cirinya

"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3. diperlehi secara haram;

4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

Re: BAHAYA DADAH

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 11:18 pm

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara


Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.


Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.


Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-

* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum