PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AS komited labur RM6 bilion

Go down

AS komited labur RM6 bilion Empty AS komited labur RM6 bilion

Post  Ying Ying (L6B) Fri May 20, 2011 4:06 pm

BEBERAPA syarikat ternama Amerika Syarikat (AS) komited untuk melabur antara RM5 bilion dan RM6 bilion dalam bidang teknologi tinggi di Malaysia kerana yakin dengan program transformasi kerajaan dan Model Baru Ekonomi (MBE) negara.

Mereka menyatakan komitmen itu terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengakhiri lawatan kerja dua hari ke AS, semalam.
Najib yang puas hati dengan hasil lawatan, berkata pelaburan dalam masa dua atau tiga tahun itu membabitkan bidang elektronik, tenaga yang diperbaharui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peralatan perubatan, phamaseutikal dan sektor perkhidmatan.


“Mereka teruja dengan Model Baru Ekonomi dan Pelan Tansformasi Kerajaan serta yakin untuk terus menanam modal di Malaysia, selain mengharapkan suasana itu kekal. Mereka yakin dengan hala tuju dan agenda kerajaan," katanya pada sidang media.

Perdana Menteri menjelaskan 270 ahli perniagaan hadir pada Invest Malaysia New York 2011 kelmarin, di samping kedua-dua pihak mengadakan 101 mesyuarat perniagaan membabitkan antara kapten industri kedua-dua negara.

Najib juga menemui beberapa tokoh perniagaan termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CE0) Forbes, Steve Forbes. Dalam pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional, Motorola yang beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lalu dengan pelaburan RM4 billion, kedua-dua pihak bekerjasama dengan MIDA untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di Pulau Pinang.

Ia akan memberi khidmat sokongan kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Pusat ini dijangka membuka peluang 100 pekerjaan baru tambahan kepada kira-kira 7,000 pekerja.
Najib juga membincangkan peluang mewujudkan sekurang-kurangnya 2,000 pekerja teknologi tinggi dengan nilai pelaburan lebih RM1 bilion di Koridor Raya Multi Media (MSC), Cyber Jaya.

Beliau turut bertemu kira-kira 100 anggota Dewan Perniagaan dan Perdagangan AS dan Majlis Perniagaan AS-ASEAN yang menunjukkan minat kuat untuk melabur di Malaysia. Antara syarikat yang menyatakan keyakinan terhadap suasana pelaburan di Malaysia ialah Conoco Phillips, Coca-Cola, ACE, Pfizer, Oracle dan Motorola.

Pada pendapat saya, perlaburan ini akan meningkatkan ekonomi dan teknologi Malaysia. Namun, kerajaan seharusnya memperbaiki prasarana dan memudahkan prosedur yang melecehkan supaya dapat menarik perhatian pelabur lain untuk melabur di Malaysia. Apakah aspek yang harus dibaiki supaya dapat menarik perhatian lebih banyak pelabur untuk melabur di Malaysia?

Ying Ying (L6B)

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum