PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kementerian Kesihatan beri kerjasama pantau bekalan susu ke

Go down

Kementerian Kesihatan beri kerjasama pantau bekalan susu ke  Empty Kementerian Kesihatan beri kerjasama pantau bekalan susu ke

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Sep 18, 2010 1:03 pm

GEORGETOWN 18 Sept. - Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam memantau susu yang dibekalkan ke sekolah-sekolah rendah di bawah "Program Susu 1Malaysia", bagi memastikan bekalan susu itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada tahun 2007 memang terdapat masalah dalam program bekalan susu untuk sekolah-sekolah, apabila ada sekolah-sekolah melaporkan kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar yang meminum susu yang dibekalkan.

Beliau berkata, kejadian itu berpunca daripada aspek penyimpanan susu di

stor-stor penyimpanan yang didapati tidak dilakukan dengan baik apabila suhu tempat penyimpanannya yang terlalu tinggi mengakibatkan susu menjadi rosak.

Katanya, bekalan susu yang bersih dan selamat penting dalam usaha memastikan setiap pelajar sekolah mendapat bekalan nutrisi yang lengkap bagi membantu proses perkembangan dan pembelajaran mereka.

Program pemberian susu percuma untuk pelajar sekolah rendah di seluruh negara yang dihentikan dua tahun lepas dilaksanakan semula baru-baru ini dengan majlis pelancarannya disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sandakan, Sabah, dua hari lepas, dan program itu kini dinamakan sebagai "Program Susu 1Malaysia". - Bernama

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Kementerian Kesihatan beri kerjasama pantau bekalan susu ke  Empty Susu 1Malaysia sasar lahirkan generasi kuat, cerdas

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Sep 18, 2010 1:11 pm

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia semalam amat penting bagi melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas.

Perdana Menteri berkata, terdapat sesetengah akhbar hari ini yang hanya menyiarkan tajuk dan berita mengenai program susu sekolah diperkenalkan semula tanpa memberikan keutamaan mengenai tujuan sebenar ia dilaksanakan.

''Ia sebenarnya mempunyai matlamat lebih besar berbanding apa yang disiarkan oleh akhbar iaitu melahirkan generasi muda Malaysia pada masa depan yang lebih dinamik dengan ciri-ciri yang saya telah sebutkan.

''Saya percaya ia akan memberi kesan yang besar kalau kita dapat mendidik setiap murid di sekolah rendah untuk membiasakan diri meminum susu yang mempunyai kalsium tinggi setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Hidup Bersama Dalam Masyarakat Berbilang Kaum anjuran Yayasan 1Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Najib melancarkan program Susu Sekolah 1Malaysia di Sandakan, Sabah yang pelaksanaannya akan dimulakan awal bulan depan melibatkan semua murid sekolah rendah.

Program susu ini akan melibatkan peruntukan sedia ada Kementerian Pelajaran kira-kira RM4 juta yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Najib berkata, susu terbabit akan dibekalkan oleh penternak di Sabah yang kini mampu mengeluarkan produk berkenaan dalam jumlah yang banyak.

''Sabah banyak mengeluarkan susu. Kita juga dapat membantu pengusaha dan penternak mendapat pendapatan lebih tinggi," ujarnya.


S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum