PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Tak perlu bimbang jangkitan bakteria'

Go down

'Tak perlu bimbang jangkitan bakteria' Empty 'Tak perlu bimbang jangkitan bakteria'

Post  yeeleng(L6A) Mon Jul 12, 2010 2:09 pm

KUALA LUMPUR: Penduduk di Kampung Sungai Jerik dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang tidak perlu bimbang mengenai jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) yang sudah mengorbankan enam orang kerana penyakit itu boleh dikawal menerusi antibiotik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penduduk kampung terutama yang tinggal berhampiran Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran bagaimanapun perlu rawatan segera di klinik desa berhampiran sekiranya terdapat tanda seperti demam panas. “Saya sudah hantar pasukan tambahan ke klinik desa kampung itu untuk memudahkan penduduk sekitar dapat rawatan sewajarnya. “Mereka tidak perlu bimbang kerana jangkitan bakteria ini bukan satu wabak virus seperti Influenza A (H1N1). Kalau virus susah kita nak ubat sebab kita tiada antibiotik.

“Jangkitan ini kita ada antibiotik, kita bagi ubat dan mereka boleh sembuh dengan ubat berkenaan. Apa yang penting mereka perlukan rawatan awal sekiranya lewat susah untuk kita bantu sebab bakteria sudah mula menyerang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Doktor dan Ahli Farmasi sebagai Rakan dalam Penjagaan Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) di sini semalam. Turut hadir Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Datuk Nancy Ho dan Presiden MMA, Dr David Quek.

Beliau mengulas kejadian di Hutan Lipur Lubuk Yu, 26 Jun lalu di mana enam penduduk kampung terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di lipur itu dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi berkenaan.

Semua yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu, meninggal akibat jangkitan bakteria leptospirosis dan melioidosis. Masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai.
Liow berkata, seramai 83 orang terbabit dalam operasi berkenaan iaitu 56 anggota penyelamat dan 27 penduduk kampung. Sehingga kini tujuh orang lagi yang terbabit dalam operasi itu masih berada di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil serta menunjukkan tahap pemulihan.

Mengenai cadangan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional, katanya kadar sama rata akan dikenakan dan bukan berdasarkan pada gaji individu.

“Ia tidak berdasarkan pada gaji anda, iaitu makin tinggi gaji anda makin banyak yang dibayar. Ia adalah satu kadar yang sama rata. Ia adalah satu bayaran yang minimum,” katanya.

Bagaimanapun jika mereka mahu perkhidmatan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan, mereka terpaksa bayar lebih," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum