PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lima maut bertembung treler

Go down

Lima maut bertembung treler Empty Lima maut bertembung treler

Post  Kar Yung (U6A/2010) Fri Jun 18, 2010 4:53 pm

PEKAN 17 Jun -Hasrat seorang guru penolong kanan dan keluarganya untuk menghabiskan cuti sekolah di Melaka berakhir dengan tragedi apabila lima daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler.

Tragedi terbaru itu terjadi hanya kira-kira 10 kilometer daripada lokasi yang meragut nyawa enam sekeluarga, pada 8 Jun lalu.

Mangsa terbunuh ialah pemandu Naza Ria, Roland Wee Seng, 56, yang merupakan guru penolong kanan di Muar, Johor dan ibu mertuanya, Lim Kim Boon, 79.

Turut terbunuh tiga anak Wee Seng iaitu Joash Wee, 23; Jasinth Wee, 18, dan Jelyn Wee, 16.

Kesemua mereka meninggal di tempat kejadian kecuali Jasinth di Hospital Muadzam Shah (HMS) ketika menerima rawatan.

Mangsa yang cedera parah pula ialah isteri Wee Seng, Chew Chin Loi, 54, dan dua lagi anak pasangan itu, Jemima Wee, 17, dan Josiah Wee, 13.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Amran Sidek berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV yang dinaiki oleh lapan sekeluarga itu merempuh bahagian belakang sebelah kanan treler.

Katanya, siasatan mendapati pemandu treler itu yang berusia 55 tahun cuba memotong beberapa buah kenderaan di garisan berkembar tetapi gagal.

"Akibatnya, MPV berkenaan terperosok ke bawah treler," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pekan (HP), di sini hari ini.

Menurut Amran, kesemua mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HMS tetapi dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

"Mayat-mayat mangsa pula dihantar ke Unit Forensik HP kecuali Jasinth yang meninggal dunia di HMS," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian, mangsa sekeluarga yang berasal di Taman Mas Ria, Muar, menziarahi seorang rakan mereka di Kuantan, tiga hari lalu.

"Mereka sekeluarga merancang menghabiskan cuti sekolah dengan berkunjung ke Melaka pada hari ini," jelasnya.

Beliau menambah, Roland merupakan guru penolong kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Andrew, Muar, Johor.

"Polis telah mengambil keterangan daripada pemandu lori yang turut mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat HMS.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.

Dalam kemalangan 8 Jun lalu, enam sekeluarga maut selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan kayu di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Segamat.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum