PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Banjir kilat landa Singapura

Go down

Banjir kilat landa Singapura Empty Banjir kilat landa Singapura

Post  ypeng(U6A/10) Thu Jun 17, 2010 6:45 am

Kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga tenggelamkan kenderaan

SINGAPURA: Banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi semalam menjejaskan lalu lintas di kawasan di tengah Singapura, termasuk daerah beli-belah Orchard Road, apabila kebanyakan kawasan ditenggelami air setinggi paras lutut sehingga menenggelamkan kenderaan.
Keadaan lalu lintas lebih kelam-kabut berikutan kebanyakan lampu isyarat di persimpangan tidak berfungsi manakala pokok tumbang menghalang jalan Buyong, susur keluar Central Expressway Tunnel, Lebuh raya Ayer Rajah, yang turut menyekat lalu lintas tiga lorong.
Sebahagian besar persimpangan Orchard Road dan Scott Road juga dilanda banjir sekurang-kurangnya setengah jam menyebabkan lalu lintas terhalang. Bahagian lain yang terjejas dengan banjir kilat termasuk Coronation Road West, Fourth Avenue, Kings Road, Kheam Hock Road dan Veerasamy Road yang turut menyebabkan lalu lintas menjadi terlalu perlahan.

Agensi alam sekitar kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengahari semalam berkata hujan mencecah hampir 100 mm berikutan hujan selama dua jam mulai 9 pagi sehingga 11 pagi semalam.

“Jumlah hujan dianggarkan hampir lebih 60 peratus daripada purata hujan bulanan untuk Jun,” kata agensi terbabit.

Kebanyakan agensi kerajaan termasuk polis trafik diletakkan di kebanyakan kawasan untuk membantu pengguna jalan raya dan mengawal lalu lintas.
Pihak berkuasa turut menasihati penduduk awam supaya lebih berhati-hati kerana banjir kilat dijangka akan berterusan berikutan ribut kuat. Punca kejadian banjir kilat itu masih lagi disiasat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini laporan cuaca termasuk amaran hujan lebat melalui siaran radio atau menghubungi talian ramalan cuaca NEA.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum