PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib

2 posters

Go down

Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib Empty Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib

Post  yeeleng(L6A) Wed Jun 16, 2010 7:25 am

GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak akan melaksanakan cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkukuhkan pembelajaran Bahasa Ibunda Pelajar (POL) dengan menyediakan guru subjek Bahasa Mandarin dan Tamil berkelayakan di lebih 7,000 sekolah kebangsaan seluruh negara. Katanya, ketika ini terdapat 337 guru Bahasa Mandarin dan 163 guru Bahasa Tamil mengajar di beberapa sekolah kebangsaan dan pihaknya berpendapat lebih baik jumlah itu ditambah ke semua sekolah. “Kita akan latih guru berkelayakan dan ditetapkan di semua sekolah. Tidak kira sama ada pelajar di sekolah itu mahu atau tidak (belajar Subjek Mandarin dan Tamil), itu soal kedua.

“Saya percaya bila kita sudah sedia guru mencukupi, mungkin ada yang tidak mahu belajar sebelum ini mahu mempelajarinya kerana ada faedah tambahan disediakan.

“Yang penting bila mereka (pelajar Cina dan India) mahu meneruskan bahasa ibunda, mereka boleh dapatkan pada sistem pendidikan kebangsaan tanpa perlu ke sekolah jenis kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan pelajar antarabangsa 2010 anjuran sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan St George (SGGS) di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Naib Canselor USM, Tan Sri Prof Dzulkifli Razak dan Pengetua SGGS, Shariffah Afifah Syed Abbas.

Persidangan tiga hari itu disertai tujuh negara seperti Singapura dan Nigeria sempena ulang tahun ke-125 SGGS yang diiktiraf sebagai satu daripada Sekolah Berprestasi Tinggi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan terdapat kesilapan pada kenyataannya, Ahad lalu, kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

“Dasar itu sudah lama ada, cuma kita hendak laksanakan sepenuhnya. Apa yang berlaku dalam sekolah sebelum ini, mungkin ada guru besar tidak beri perhatian mengenainya. Sebab itu, ibu bapa pelajar Cina dan India tidak berpuas hati dengannya, " katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan negeri dikuasai pembangkang dalam pengagihan projek dan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap negeri mendapat perhatian dan peruntukan yang seadil-adilnya mengikut bidang dan sektor ekonomi, seiring dengan tema RMKe-10 iaitu Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan tidak memberi peruntukan mencukupi untuk negeri dikuasai pembangkang sebagai satu pembohongan dan sengaja diputar belit dan dipolitikkan oleh pihak berkenaan

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib Empty Re: Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib

Post  yeow_U6A/2010 Fri Jun 18, 2010 5:50 pm

Pada pendapt saya, kerajaan tidak mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan boleh dimaafkan. Tetapi secara demikian, ini menyebabkan kaum lain-lain tersisih terutamanya kaum Cina dan India. Ini disebabkan bahasa ibunda mereka ditidak diutamakan. Secara tidak langsung, kaum Cina dan India lebih suka memilih sekolah yang mewajibkan subjek ibunda atau persekitaran yang rapat dengan bahasa ibunda. Ini juga menyebabkan matlamat negara untuk mengintegrasikan semua kaum sukar untuk dicapai.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum