PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pekerja restoran mati ditembak

2 posters

Go down

Pekerja restoran mati ditembak Empty Pekerja restoran mati ditembak

Post  ypeng(U6A/10) Sun Jun 13, 2010 8:30 am

PETALING JAYA 12 Jun - Tidak sampai 24 jam kes satu pasangan dipercayai suami isteri ditembak mati di Taman Maluri, Kuala Lumpur, satu lagi kes pembunuhan berlaku di Lembah Klang.

Kali ini, ia membabitkan seorang pelayan lelaki warga India yang bekerja di sebuah restoran nasi kandar di Kota Damansara. Mangsa mati akibat terkena tembakan pada bahagian perut.

Kejadian berlaku pukul 12.04 tengah malam tadi ketika mangsa yang dikenali sebagai Rash dari Chennai, India itu berjalan kaki untuk pulang ke asramanya tidak jauh dari tempat dia bekerja.

Mangsa disahkan mati apabila sebutir peluru terkena pada perut dan menembusi belakang badannya.

Rash yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh oleh majikannya namun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah (1) Petaling Jaya, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, mangsa berusia 30-an ditembak ketika menaiki tangga ke asrama penginapannya di tingkat dua bangunan sederet dengan restoran tempat dia bekerja.

Beliau berkata, suspek yang memakai topi keledar penutup penuh, berjaket biru dan berseluar panjang dipercayai menunggu mangsa di depan tangga sebelum melepaskan tembakan.

"Siasatan mendapati pembunuhan ini sudah dirancang kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada premis perniagaan di tempat kejadian menunjukkan suspek sudah sedia menunggu mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Selepas ditembak, suspek dilihat melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dipandu oleh seorang rakannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis tidak menolak motif pembunuhan berpunca akibat dendam.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Pekerja restoran mati ditembak Empty Re: Pekerja restoran mati ditembak

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Jun 13, 2010 3:18 pm

Dunia ini sudah mula kehilangan arah....
Seorang pelayan restoran sahaja juga tidak dilepaskan...
Semakin tidak berperikemanusiaan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum