PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib

2 posters

Go down

Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib Empty Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 1:09 pm

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Khamis memberi penekanan untuk mewujudkan persekitaran kondusif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan mapan tiada maknanya jika kualiti hidup segenap lapisan masyarakat tidak turut meningkat.

"Oleh itu, selaras dengan konsep keadilan sosial yang diterapkan di dalam rancangan ini, kerajaan akan memastikan agar kemakmuran ekonomi negara diagihkan sebaiknya agar kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan," katanya.

Menyedari trend urbanisasi semakin meningkat, kerajaan akan berusaha memastikan bahawa kawasan bandar selesa didiami dengan liputan kemudahan asas yang mencukupi, kata Najib.

Katanya Pelan Fizikal Negara kedua akan dimuktamadkan pada tahun ini di mana ia mempunyai perancangan strategik dan terurus untuk mewujudkan kawasan bandar mapan dan efisien.

Pada masa ini, 67 peratus daripada penduduk tinggal di kawasan bandar.

"Cabaran yang dihadapi ialah untuk menyediakan kualiti hidup bandar untuk memastikan bahawa faedah kepadatan tidak terjejas berikutan peningkatan jenayah, pencemaran dan kesesakan atau 'crime, grime and time,'" katanya.

Najib berkata kerajaan juga mahu menyediakan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman bagi warga bandar menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Selain merubah Taman Tasik Perdana kepada sebuah Taman Botanik dan mewujudkan Pusat Pelancongan Malaysia contohnya, kawasan pinggiran sungai akan diindahkan sebagai Taman Rekreasi seperti yang telah dilaksanakan di Sungai Melaka, katanya.

Kualiti hidup kawasan luar bandar juga tidak dilupakan.

Najib berkata liputan kemudahan asas di luar bandar akan ditingkatkan seperti jalan, bekalan air dan elektrik serta jaringan komunikasi.

Najib berkata kerajaan menyasarkan pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dan berterusan dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak juga sedang diusahakan yang melibatkan penyambungan bekalan air kepada 117,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 di Sabah dan 87,400 di Sarawak.

Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar turut diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

Selain daripada infrastruktur dan utiliti asas, kerajaan turut menyediakan kemudahan ameniti sosial serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar bandar.

Najib berkata kerajaan turut memberi keutamaan kepada usaha penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab bagi merancang, mengawal selia dan menguatkuasa sistem serta operasi pengangkutan awam darat dengan menyediakan pengangkutan awam yang selamat dengan tambang yang berpatutan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam, katanya.

Kerajaan juga akan memperkemaskan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) "Greater Kuala Lumpur".

"Saya percaya projek ini merupakan satu lagi ikon kepada ibu negara dan akan memberi impak yang meluas dan limpahan kepada rangkaian perniagaan berkaitan.

"Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20 kilometer dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150 kilometer yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding denagn 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini," katanya.

Pembinaan terminal bas dan rel seperti Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak akan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengangkutan awam di mana langkah itu dijangka meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di "Greater Kuala Lumpur" iaitu daripada 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015, katanya.

Najib berkata sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan bilangan bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

RMK-10 turut memberi tumpuan khusus mengenai aspek penambahbaikan tahap kesihatan rakyat.

"Antara inisiatif utama kerajaan dalam hal ini adalah pembinaan lapan hospital termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama Rancangan ini," katanya.

Bagi merealisasikan hasrat utama kerajaan dalam menyediakan perumahan mampu milik mencukupi bagi setiap segmen masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah, kerajaan akan membina 78,000 rumah mampu milik di bawah rancangan itu, kata Perdana Menteri.

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM500 juta bagi tujuan membiayai kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta, katanya.

"Dana ini didasarkan kepada kaedah geran sepadan di mana separuh daripada kos akan disumbang oleh kerajaan manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan," katanya.

Turut ditekankan oleh Perdana Menteri ialah tentang keselamatan awam memandangkan hasil peningkatan keselamatan dan ketenteraman awam akan membawa manfaat yang berharga kepada rakyat.

Najib berkata rondaan polis akan dipertingkatkan terutama di 50 "hotspots" iaitu kawasan kerap berlaku jenayah, yang akan dibantu oleh pihak RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan sukarelawan awam.

Sebanyak 496 kamera litar tertutup (CCTV) sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan, katanya.

Program "safe cities" (bandar selamat) juga terus dilaksanakan dengan menggembeleng tenaga 53 agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib Empty Re: Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib

Post  leeyoong_U6B Sat Jun 12, 2010 5:16 pm

Memang tidak dinafikan bahawa urbanisasi memainkan peranan penting dalam pencapaian negara. Oleh itu, saya amat bersetuju dan menyokong cadangan kerajaan iaitu memastikan kawasan bandar selesa didiami dengan liputan kemudahan asas yang mencukupi. Tingkatkan kualiti hidup bandar pada masa yang sama tidak mengabaikan masalah jenayah, pencemaran dan kesesakan...

Bagi memastikan masalah jenayah dapat dikurangkan, kerajaan telah meningkatkan rondaan polis dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV). Saya mempercayai dengan langkah ini, keupayaan pemantauan pasti dapat ditingkatkan.. Very Happy

Semoga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan mencapai target-target yang ingin direalisasikan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum