isu A/H1N1

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

View previous topic View next topic Go down

Angka kematian H1N1 kekal 77 orang

Post  S.Teng(L6A) on Mon Sep 28, 2009 5:53 pm

KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat influenza A (H1N1) masih kekal 77 orang selepas tiada kematian baru dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata bagaimanapun, 40 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk dirawat manakala jumlah pesakit yang dibenar pulang ialah 97 orang.

"Ini menjadikan baki sebanyak 704 kes ILI sedang dirawat di 86 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata hanya 113 pesakit atau 16 peratus disahkan positif H1N1 selepas ujian makmal dilakukan, dengan 17 orang atau 15 peratus daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Semua kes yang disahkan positif H1N1 dan dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu tujuh kanak-kanak di bawah umur lima tahun, empat pesakit obesiti, tiga berpenyakit kronik dan dua lagi menghidap penyakit respiratori kronik," katanya.

"Tiada pesakit baru yang dimasukkan ke ICU hari ini, manakala dua lagi dibenar pulang," katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menghantar anak-anak yang sihat sahaja ke sekolah selepas bercuti Hari Raya selama seminggu, manakala pelajar yang mengalami simptom seperti demam atau batuk mesti mendapatkan rawatan segera.

"Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital jika mereka mengalami simptom seperti masalah pernafasan, batuk atau kahak berdarah, sakit dada berterusan, cirit birit atau muntah yang kerap dan kurang kencing," katanya.#Isnin, 28 September 2009 berita harian#

*walaupun angka kematian H1N1 masih kekal 77 orang sehingga hari ini..tetapi kita juga perlu berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri supaya dapat mencegah penularan wabak H1N1! Very Happy

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  yeeleng(L6A) on Thu Oct 01, 2009 5:11 pm

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengunjungi dan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata antara langkah pencegahan yang perlu diambil ialah menyediakan tempat kemudahan membasuh atau membersih tangan di samping menjaga kebersihan persekitaran serta menyediakan tempat bagi membuang sampah yang mencukupi untuk membantu membendung penularan H1N1.

"Dalam suasana menyambut Aidilfitri dan sebagai meraikan sambutan ini, terdapat banyak majlis rumah terbuka dan jamuan diadakan.



"Suasana semasa majlis rumah terbuka dan jamuan adalah sesak dengan orang ramai dan dikhuatiri penyebaran virus mudah berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, orang ramai juga digalakkan membawa kit H1N1 iaitu topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer di mana saja berada termasuk ketika berkunjung ke jamuan rumah terbuka, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

yeeleng(L6A)

Posts: 23
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Lagi 56 pesakit dijangkiti H1N1

Post  S.Teng(L6A) on Wed Oct 07, 2009 3:48 pm

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Negara mencatatkan sejumlah 801 kes gejala penyakit serupa influenza (ILI) manakala 56 lagi pesakit disahkan dijangkiti wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada 56 kes positif H1N1 itu, seramai 14 orang merupakan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

''Namun tiada kematian akibat H1N1 yang didaftarkan hari ini manakala jumlah kematian masih kekal 77 orang,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Mohd. Ismail berkata, kementerian juga tidak mempunyai kes baru di ICU.

Beliau memberitahu, hanya 12 daripada 14 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti kanak-kanak bawah 5 tahun (7), penyakit kronik (3) dan obesiti (2).

Menurutnya, semua pesakit yang dijangkiti H1N1 telah ditempatkan di 93 hospital termasuk sembilan hospital swasta.

Beliau turut mengingatkan golongan yang berisiko tinggi supaya mendapatkan rawatan dengan kadar segera apabila mengalami sebarang simptom ILI. #Utusan malaysia#

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  YeeYew™ [SonG][L6B] on Thu Oct 29, 2009 5:41 pm

sudah lama tak dengar tentang H1N1... ada apa-apa yang terbaru atau pandemik ini telah tamat?

YeeYew™ [SonG][L6B]

Posts: 50
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum