isu A/H1N1

Post new topic   Reply to topic

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: isu A/H1N1

Post  HuInI(L6A) on Mon Sep 14, 2009 9:16 pm

Elak jangkitan wabak pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi.

Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kit mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi.

"Ia perlu dianggap sebagai barang perlu dimiliki oleh semua yang bercadang balik kampung sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau perkhidmatan awam.

"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai pencuci tangan antikuman, topeng penutup mulut serta hidung dan tisu," katanya semalam.

Orang ramai juga disaran mengehadkan pertemuan dan pergaulan ketika bercuti dan menggunakan topeng serta kerap mencuci tangan.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai gejala selesema serta berisiko dihinggapi jangkitan disaran menggunakan pengangkutan sendiri untuk pulang ke kampung.

"Namun, jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, mereka perlu memakai penutup hidung serta mulut bermula dari saat menunggu di kawasan terminal sehingga berlepas, selain mengamalkan kebersihan tangan sepanjang masa," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata, pengendali pengangkutan awam dinasihatkan menyediakan tong sampah bertutup dan pencuci tangan antikuman bagi mengelakkan jangkitan.


Katanya, penumpang kenderaan awam, terutama bas perlu memastikan kertas tisu muka yang sudah digunakan dibuang dalam tong sampah yang ditutup.

"Langkah pencegahan ini perlu dilakukan sepanjang berada di kampung. Jika mengalami tanda-tanda seperti selesema atau batuk, elakkan berada terlalu hampir dengan anggota keluarga.

"Selain itu, jika boleh elak daripada menghadiri majlis rumah terbuka atau kenduri dan berada di tempat yang sesak. Bagaimanapun, jika perlu menghadirinya, sentiasa memakai topeng penutup hidung serta mulut," katanya.

Beliau juga mengingatkan mereka yang sihat dan tidak ada simptom Influenza Like Illness (ILI) mengambil langkah berjaga-jaga dengan meneruskan amalan mencuci tangan setiap kali ingin menjamah makanan atau selepas bersalaman.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, tiada kematian baru akibat H1N1 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian kekal 74 orang.

HuInI(L6A)

Posts: 3
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Tiada kematian, 255 positif H1N1

Post  S.Teng(L6A) on Mon Sep 14, 2009 9:38 pm

KUALA LUMPUR . - Tiada rekod kematian baru akibat jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan di seluruh negara hari ini.

Ini bermakna, rekod kematian akibat H1N1 kekal 74 kes sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, sebanyak 255 pesakit telah disahkan H1N1 termasuk tujuh pesakit merupakan kemasukan baru dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah itu bertambah sebanyak 40 kes berbanding tempoh sama semalam iaitu 215 kes positif H1N1 yang masih dirawat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak 231 pesakit baru dengan gejala penyakit influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama 166 pesakit dibenarkan pulang.

"Perkembangan itu menjadikan baki seramai 1,048 kes ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara, termasuk 255 pesakit yang positif H1N1," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurutnya, daripada 255 kes itu, 42 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala empat lagi kes telah dibenarkan keluar daripada wad tersebut.

"Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 kes mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, respiratori kronik, obesiti, kanak-kanak bawah lima tahun dan hamil," ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, pihak hospital akan menjalankan rawatan H1N1 dan ujian swab tekak bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital sahaja.

"Oleh itu, bagi pesakit luar tidak diberikan rawatan pengesahan tersebut," katanya.

Sementara itu, memandangkan hari raya semakin menjelang, Mohd. Ismail meminta orang ramai yang pulang ke kampung menggunakan pengangkutan awam agar sentiasa membawa alat penutup mulut dan hidung serta menjaga kebersihan diri masing-masing supaya tidak dijangkiti virus tersebut.

Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan setiap masa di sepanjang perjalanan dan memastikan kertas tisu yang telah habis digunakan dibuang ke dalam tong sampah yang tertutup bagi mengurangkan penularan H1N1.(Utusan Malaysia,14 Sept 2009)

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  lee kah yent(L6A) on Tue Sep 15, 2009 4:45 pm

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan empat fasa pencegahan wabak selesema babi (H1N1) yang perlu diambil kira oleh semua pihak semasa musim perayaan termasuk mengarahkan syarikat pengangkutan mengasingkan penumpang yang memiliki gejala penyakit serupa influenza (ILI) ke tempat duduk agak jauh daripada penumpang lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut diperkenalkan bagi mengelak penularan H1N1 menjelang musim perayaan kerana orang ramai akan berkumpul beramai-ramai sekali gus meningkatkan risiko penularan pandemik tersebut.

Menurut beliau, dalam fasa pertama iaitu sebelum balik kampung, orang ramai dikehendaki memilih kenderaan untuk pulang sama ada kenderaan awam atau kenderaan sendiri manakala fasa kedua semasa dalam perjalanan membabitkan pengangkutan awam.

“Bagi golongan berisiko tinggi dan memiliki gejala ILI, mereka dinasihatkan memilih kenderaan sendiri dan sekiranya menggunakan kenderaan awam, mereka perlu memakai topeng mulut bagi mengelak jangkitan kepada orang lain.

“Syarikat pengangkutan mesti menyediakan topeng mulut dan hidung kepada penumpang yang mempunyai gejala ILI malah orang awam juga digalakkan sentiasa membawa topeng mulut dan hidung serta pencuci tangan,” katanya kepada pemberita selepas kempen Hari Raya Tanpa H1N1 di Hentian Bas Jalan Duta di sini semalam.

lee kah yent(L6A)

Posts: 15
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

H1N1: Tiada kematian baru dilaporkan

Post  S.Teng(L6A) on Tue Sep 15, 2009 9:55 pm

KUALA LUMPUR: Tiada kematian berhubung Influenza A (H1N1) dicatatkan sehingga pagi ini dan angka korban kekal 74 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata, seramai 881 pesakit dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) sedang dirawat di 99 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, 162 pesakit atau 18.5 peratus disahkan positif H1N1. (Selasa, 15 September 2009_berita harian)

*langkah-langkah yang telah diperkenalkan (empat fasa) mestilah diambil kira oleh semua rakyat bagi mengelakkan jangkitan wabak H1N1 pada musim perayaan. Yang penting sekali ialah rakyat digalakkan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.. Smile

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  YeeYew™ [SonG][L6B] on Wed Sep 16, 2009 3:43 pm

O~~ O~~~ O~~~~! Balik kampung!
Bila raya pun kena jaga jaga oo.... sini ada petunjuk untuk semua!
CEGAH INFLUENZA A (H1N1) DENGAN MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Cuci tangan dengan air bersih
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

YeeYew™ [SonG][L6B]

Posts: 50
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  Shu Jian [L6B] on Wed Sep 16, 2009 4:45 pm

Langkah - langkah pencegahan influenza h1n1 atau selsema babi :

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkankemungkinan jangkitan.
• Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahanyang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

Shu Jian [L6B]

Posts: 3
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  kuanchin91(L6B) on Wed Sep 16, 2009 6:39 pm

KUALA LUMPUR 16 Sept. — Dua kematian baru didaftarkan hari ini akibat Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 76 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa merupakan seorang wanita berumur 45 tahun dari Sabah yang juga menghidap darah tinggi dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dari Bentong, Pahang. - Bernama

kuanchin91(L6B)

Posts: 10
Join date: 2009-05-12
Age: 18

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  HanXin (L6A/09) on Thu Sep 17, 2009 9:07 pm

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut, Kementerian Kesihatan juga menyarankan orang ramai dan pihak pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
Pihak pengurusan pasaraya atau pusat membeli-belah digalakkan untuk menyedia kemudahan mencuci tangan (hand sanitizer) disamping menjaga kebersihan persekitaran. Pihak pengurusan juga dikehendaki menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi bagi pembuangan tisu dan mask yang telah digunakan. Langkah-langkah ini dapat membantu membendung penularan H1N1 di kalangan pengunjung-pengunjung semasa membeli-belah bagi persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta memastikan tisu yang digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Individu bergejala selesema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri daripada orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

HanXin (L6A/09)

Posts: 8
Join date: 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  yeeleng(L6A) on Fri Sep 18, 2009 8:34 pm

KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa selesema (ILI) sudah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dicatatkan.

Katanya, sejumlah 137 kes telah dibenarkan keluar hospital dan sekaligus menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 90 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 821 orang.

"Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit iaitu 17 peratus telah disahkan positif H1N1," katanya.

Beliau berkata, bilangan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) buat masa ini kekal sebanyak 30 kes melibatkan tiga kemasukan baru dan tiga lagi kes telah keluar dari ICU.

"Daripada 30 kes berkenaan, 26 kes iaitu 87 peratus mempunyai faktor risiko iaitu lapan kes penyakit kronik, enam kes masing-masing obesiti dan kanak-kanak bawah lima tahun, manakala tiga kes lagi masing-masing penyakit respiratori kronik dan hamil," katanya.

yeeleng(L6A)

Posts: 23
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

H1N1: Pelajar perempuan 15 tahun mangsa ke-77

Post  S.Teng(L6A) on Sat Sep 19, 2009 3:30 pm

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tinggal di asrama disahkan sebagai mangsa ke-77 akibat Influenza A (H1N1).

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 11 September lalu tetapi kes hanya dilaporkan kepada kementerian Kesihatan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 7 September kerana telah demam, batuk dan selsema selama sehari.

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Tiada Kematian Baru Jangkitan H1N1

Post  L.HsianMin (L6B) on Sun Sep 20, 2009 10:14 pm

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Tiada kematian baru
akibat influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari Ahad dengan angka
kematian masih kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 15
pesakit baru dengan gejala seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke
hospital untuk rawatan dan 121 kes telah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 91 hospital
termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 604
orang," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada
hari Ahad.

Antara 151 kes H1N1 yang sedang dirawat di hospital, 31 daripadanya adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada 31 kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 22 kes
adalah faktor risiko iaitu tujuh kanak-kanak bawah lima tahun, lima
penyakit kronik, lima obesiti, tiga penyakit respiratori kronik dan dua
hamil," kata beliau.

Dr Mohd Ismail yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya kepada orang ramai, juga mengingatkan orang ramai
supaya terus meningkatkan kebersihan diri dan segera mendapatkan
rawatan jika mengalami gejala seperti influenza.

Maklumat dan perkembangan terkini akan jangkitan Influenza A(H1N1)
boleh diperolehi melalui talian hotline 03-8881 0200 atau 03-8881 0300
dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui e-mel di
cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web kementerian iaitu di
http://www.moh.gov.my.

--BERNAMA

L.HsianMin (L6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  yeeleng(L6A) on Mon Sep 21, 2009 9:33 pm

KUALA LUMPUR: Sejumlah 219 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sehingga jam 9 pagi tadi.

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia dan jumlah terkumpul adalah 77 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 143 kes telah dibenar keluar, menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 80 buah hospital termasuk 9 hospital swasta di seluruh negara adalah 680 kes.



"Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 213 pesakit atau 31 peratus adalah kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 213 kes H1N1 yang sedang dirawat di hospital, sejumlah 33 kes atau 15 peratus adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kataya, jumlah itu termasuk empat kemasukan kes baru dan dua kes dibenar keluar.

"Sebagai makluman, seramai 25 atau 76% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah 5 tahun (9), penyakit kronik (5), obesiti (6), penyakit respiratori kronik (3) dan hamil (2)," kataya

yeeleng(L6A)

Posts: 23
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: isu A/H1N1

Post  LowYuePeng(L6B) on Wed Sep 23, 2009 1:04 pm

H1N1: 587 pesakit ILI masih dirawat
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Seramai 587 pesakit dengan gejala seperti penyakit influenza (ILI) masih dirawat di 74 hospital termasuk 10 hospital swasta di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada jumlah tersebut hanya 169 pesakit disahkan positif menghidap wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Beliau berkata, tiada kematian akibat wabak H1N1 dicatatkan hari ini dan jumlah kematian setakat ini kekal 77 orang.

''Sebanyak 28 kes tersebut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 daripadanya mempunyai faktor risiko seperti kanak-kanak bawah lima tahun, penyakit kronik, obesiti, penyakit respiratori kronik dan hamil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak lupa untuk terus berusaha membantu mencegah penularan wabak itu semasa musim perayaan ini.

''Mereka yang mengadakan majlis jamuan raya atau rumah terbuka perlu menyediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah.

''Orang ramai juga hendaklah mengamalkan adab ketika batuk dan bersin yang betul dengan menutup mulut dan hidung,'' katanya.

Sleep

LowYuePeng(L6B)

Posts: 14
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

H1N1: 192 pesakit baru dengan ILI, tiada kematian

Post  S.Teng(L6A) on Thu Sep 24, 2009 2:33 pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaporkan 192 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital sehingga jam 9 pagi tadi, dan tiada kematian dicatatkan akibat wabak virus Influenza A (H1N1) sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 163 kes sudah didiscaj dan menjadikan baki kes ILI yang masih dirawat di 80 hospital termasuk 11 hospital swasta kepada 677 orang.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dirawat, hanya 150 pesakit atau 22 peratus disahkan H1N1, hasil daripada ujian makmal. katanya, daripada jumlah pesakit H1N1 yang dirawat, 25 kes (17 peratus) ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua kemasukan baru dan tiga kes sudah didiscaj hari ini.

“Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Manakalan, di peringkat global pula, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertarikh 18 September 2009, memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kementerian di Putrajaya, hari ini.

Bagi 23 kes H1N1 (92 peratus) yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti kanak-kanak bawah 5 tahun dengan lapan kes, penyakit kronik (5), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3), hamil (1) dan warga emas ke atas 65 tahun (1).(Khamis, 24 September 2009*Berita harian)

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Korban H1N1 kekal 77 orang

Post  S.Teng(L6A) on Sat Sep 26, 2009 12:19 am

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian dilaporkan akibat Influenza A (H1N1) tujuh hari berturut-turut sejak Jumaat lalu dengan angka korban kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, 192 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) dimasukkan ke hospital semalam.

"Ini menjadikan baki kes ILI dirawat di 80 hospital, termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara seramai 677 orang.

"Daripada jumlah itu, hanya 150 pesakit atau 22 peratus positif H1N1 dengan 25 kes atau 17 peratus dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Mohd ismail berkata, daripada kes di ICU itu, seramai 23 orang atau 92 peratus kes mempunyai faktor risiko iaitu, kanak-kanak bawah 5 tahun seramai lapan orang, penyakit kronik (5), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3), hamil (1) dan warga emas (1). # Jumaat, 25 September 2009 Berita harian#

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum