isu A/H1N1
Page 2 of 4 • Share •
Page 2 of 4 •
1, 2, 3, 4 
Re: isu A/H1N1
Ada orang yang meramalkan bahawa wabak ini akan menjangkit lebih daripada 100 juta penduduk dunia. AMAT Menakutkan.... 
Khang Wei (L6B/2009)- Posts: 28
Join date: 2009-05-12
H1N1 membimbangkan
KLANG 26 Julai - Penularan wabak Influeza A (H1N1) di negara ini semakin membimbangkan apabila jumlah penduduk tempatan yang diserang virus itu hampir mencatatkan 100 peratus bagi kes yang dicatatkan pada setiap hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, semalam misalnya 53 daripada 54 kes yang dicatatkan adalah penyebaran tempatan dan rakyat perlu merasa bimbang dengan perkembangan tersebut.
Menurutnya, kerajaan tidak mahu rakyat panik dengan situasi tersebut tetapi tidak dapat mengelak melaporkan perkara yang betul kepada media kerana kerajaan bersikap telus dan tidak menyembunyikan maklumat.
''Kita mahu dengan maklumat ini orang ramai lebih perhatian untuk menjaga kebersihan diri dan premis serta bekerjasama mengawal virus ini daripada terus merebak," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah di Klang Parade di sini hari ini.
Tiong Lai memberitahu daripada sebanyak 1,075 kes H1N1 dicatatkan di negara ini setakat semalam hanya satu kematian dicatatkan atau 0.4 peratus manakala 574 kes diklasifikasikan kes import.
Katanya, sehingga kini empat pesakit masih dirawat di hospital dengan tiga daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang di wad biasa.
Katanya, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui penularan wabak ini tidak boleh dihentikan tetapi hanya boleh diperlahankan, ekoran itu rakyat perlu bekerjasama menjaga kebersihan diri, premis dan alam sekitar.
''Kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya seperti pemeriksaan dan kuarantin. Rakyat pula mestilah berkerjasama terutama bertindak cepat jika diserang simptom dijangkiti H1N1 dan sentiasa mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian," ujarnya.
Namun katanya, setakat ini penyebaran virus itu masih di peringkat kluster iaitu hanya melibatkan sesuatu kumpulan seperti di pusat pengajian tinggi atau sekolah tetapi akan berubah kepada tahap paling membimbangkan jika menyerang tempat awam seperti berlaku di London, Bangkok dan Manila.

leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Malaysia catat 1,075 kes H1N1
KUALA LUMPUR 26 Julai - Sebanyak 1,075 kes selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan di negara ini apabila sebanyak 54 lagi kes baru dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kes terbaru itu melibatkan 43 kes daripada tujuh kluster baru iaitu jangkitan penyakit seperti influenza (ILI), lima kluster sedia ada dan enam kes terpencil.
Menurutnya, 574 kes terlibat adalah kes import dan 501 lagi adalah kes jangkitan tempatan.
''Daripada jumlah ini hanya empat kes iaitu satu peratus sahaja yang masih menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi memperlahankan penularan wabak selesema babi itu, orang ramai perlu mengetahui dan mengikuti beberapa langkah yang digariskan oleh Jabatan Kesihatan.
Antara langkah itu jelasnya, orang ramai hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutama kerap membasuh tangan dan mengamalkan duduk berjarak iaitu sekurang-kurangnya satu meter daripada individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan.
Selain itu, katanya, bagi kes-kes gejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran yang optimum.
"Mereka juga dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut sekiranya gejala wabak berkenaan bertambah teruk," katanya.
Beliau menambah, mengenai kes kehadiran yang berkurangan di sekolah-sekolah atau tempat kerja akibat gejala demam, batuk dan selesema, ia perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
Mengenai pelajar sekolah atau institusi yang terlibat dengan arahan penutupan sementara, Mohd. Ismail berkata, mereka yang tidak mempunyai simptom H1N1 atau ILI sahaja dibenarkan pulang.
"Namun, bagi mereka yang masih mempunyai tanda-tanda jangkitan, dinasihatkan terus berehat di rumah masing-masing sehingga sembuh bagi mengelakkan daripada berlaku penularan virus di kalangan rakan-rakan," jelasnya.
(Dipetik daripada Utusan Malaysia)

Dengan statistik sebegitu, mengapakah warga kebanyakan sekolah kelihatan begitu tenang dan tidak mengambil langkah yang serius dalam membendung selsema A(H1N1)?

PnLeela- Admin
- Posts: 242
Join date: 2008-01-03

Kes kematian kedua H1N1
PUTRAJAYA 27 Julai - Malaysia mencatatkan kes kematian kedua akibat virus selesema babi atau influenza A (H1N1) semalam melibatkan seorang warga Belgium berumur 46 tahun.
Lelaki itu yang mengalami pneumonia, kegagalan pernafasan dan buah pinggang meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari setelah tujuh hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, lelaki itu berada di Malaysia kerana bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi, Kedah pada 13 Julai lalu.
''Pada mulanya dia sihat tetapi mengalami demam dan batuk setelah bercuti di Pulau Langkawi.
''Sekembali dari Pulau Langkawi, dia telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai lalu. Pemeriksaan sinar x menunjukkan dia mengalami pneumonia,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Mohd. Ismail berkata, lelaki itu kemudiannya dirujuk ke hospital swasta lain di Subang Jaya pada 19 Julai lalu untuk rawatan di ICU.
''Ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai lalu dan keesokannya lelaki itu disahkan positif H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan.
''Dia yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia setelah tujuh hari mendapat rawatan di hospital berkenaan,'' ujarnya.
Pada 21 Julai lalu, seorang pelajar lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun meninggal dunia setelah dijangkiti virus H1N1, iaitu mangsa pertama akibat pandemik itu di negara ini.
Mengenai kes kematian kedua ini, Mohd. Ismail berkata, seramai 18 kontak kes telah dikenal pasti dan hanya seorang didapati mempunyai simptom jangkitan tonsil.
Mohd. Ismail berkata, sebanyak 49 kes baru H1N1 dicatatkan hari ini dan kesemuanya adalah penularan tempatan menjadikan jumlah terkumpul 1,124 kes dengan dua kematian setakat ini.
''Daripada 49 kes yang dilaporkan hari ini, 29 kes merupakan kejadian daripada sembilan kluster baru dan 13 kes merupakan kejadian daripada empat kluster sedia ada.
''Daripada 1,124 kes yang dilaporkan itu, 574 merupakan kes import dan 550 kes jangkitan tempatan,'' ujarnya.
Bagaimanapun, menurutnya, 1,103 kes telah sembuh dan hanya 10 kes sedang menerima rawatan anti viral di hospital manakala lapan kes mendapat rawatan anti viral di rumah.
Merujuk kepada situasi global, Mohd. Ismail berkata, sejumlah 159,223 kes dengan 987 kematian telah dilaporkan daripada 158 negara hari ini iaitu peningkatan sebanyak 1,200 kes dengan 12 kematian berbanding semalam.
Sementara itu beliau memberitahu, vaksin H1N1 dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini.
(dipetik daripada Utusan Malaysia)

Memandang kes H1N1 semakin meningkat, sesetengah sekolah telah memulakan rancangan menentang virus yang mengerikan...
Seperti yang dipaparkan dalam surat khabar Utusan Malaysia hari ini...
RM3.6j beli alat cegah wabak di sekolah
JOHOR BAHRU 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta kepada sekolah di seluruh negara untuk membeli peralatan pencegahan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Pembelian peralatan seperti termometer, penutup mulut dan hidung serta sanitizer itu diluluskan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) minggu lalu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam tempoh terdekat untuk diedarkan ke sekolah-sekolah.
''Setiap sekolah akan mendapat satu termometer. Jumlah penutup mulut dan hidung serta sanitizer yang akan diberi itu bergantung kepada jumlah pelajar,'' katanya selepas mendengar taklimat berkenaan H1N1 di JPN Johor di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementerian tidak akan menangguhkan peperiksaan biarpun terdapat beberapa sekolah yang terpaksa ditutup akibat wabak tersebut.
Kata beliau, sekiranya sekolah itu dijangkiti H1N1, Lembaga Peperiksaan telah mengatur alternatif untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan.
Menurut Ka Siong, kementerian memaklumkan kepada setiap negeri dan dari semasa ke semasa Lembaga Peperiksaan akan menghubungi pihak sekolah termasuk pengawas peperiksaan untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk membuka bilik khas.
''Kita awal-awal lagi telah membuat persiapan bagi menghadapi wabak penyakit yang mengancam perjalanan peperiksaan.
''Jika ada pelajar dihantar ke hospital, dia akan dimasukkan ke dalam bilik khas. Pembatalan atau penangguhan peperiksaan adalah jalan terakhir. Kita tidak akan membuat pilihan tersebut seandainya kita dapat lakukan kesemua ini,'' katanya.
Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung 8 hingga 10 September, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 19 Oktober - 16 Disember, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 19 - 27 Oktober dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari 18 November hingga 10 Disember.
Sementara itu, Ka Siong memberitahu, mulai hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru ditutup selama seminggu kerana tiga daripada pelajarnya disyaki positif H1N1.
Sebelum ini, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru ditutup selama seminggu bermula 24 Julai lalu kerana 59 pelajarnya disyaki menghidap penyakit serupa influenza (ILI).

H1N1 catat kematian keempat
*Kemaskini berita terkini
PUTRAJAYA 29 Julai - Malaysia mencatatkan kes kematian keempat akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dengan mangsa terbaru seorang perempuan dari Melaka berusia 20 tahun.
Sehubungan itu, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran angka kematian akibat H1N1 di negara ini mungkin meningkat pada kadar yang membimbangkan sekiranya usaha berjaga-jaga tidak diambil oleh semua pihak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa H1N1 keempat yang meninggal dunia semalam telah mengalami tanda-tanda influenza sejak 16 Julai lalu tetapi hanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 26 Julai.
''Imbasan sinar X seterusnya mendapati pesakit ini mengalami pneumonia yang serius, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
''Pesakit didapati mengalami pelbagai komplikasi klinikal pada 27 Julai, dia disahkan menghidap H1N1 semalam dan meninggal dunia pada hari yang sama disebabkan pneumonia yang serius," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal wabak influenza A (H1N1) di sini hari ini.
Mohd. Ismail kecewa dengan sikap sesetengah pegawai perubatan dan pesakit yang kurang kesedaran mengenai penularan dan bahaya H1N1.
''Terdapat pesakit yang enggan mendapatkan rawatan walaupun dipujuk oleh ahli keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka terlambat untuk menerima rawatan sehingga membawa kepada kematian,'' katanya.
Selain itu, beliau mengingatkan para doktor perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan mengesyaki seseorang itu dijangkiti H1N1 sekiranya mengalami tanda-tanda pneumonia.
Beliau berkata, jangkitan H1N1 boleh mengakibatkan pneumonia yang teruk khasnya ke atas pesakit yang mempunyai masalah kegemukan, diabetes, penyakit pernafasan serta imuniti yang rendah seperti penghidap HIV dan kanser.
''Pegawai perubatan justeru perlu mengambil sampel tekak pesakit yang menunjukkan tanda-tanda pneumonia serius dan rawatan antiviral perlu dimulakan dengan segera.
''Kita juga memutuskan untuk menggandakan dos antiviral ke atas pesakit pneumonia yang disyaki dijangkiti virus H1N1," katanya.
Mohd. Ismail berkata, Kementerian Kesihatan pada masa yang sama memutuskan supaya ujian makmal ke atas virus H1N1 diperluaskan ke semua hospital negeri untuk mempercepatkan proses pengesahan pesakit.
''Sebanyak 21 buah hospital swasta juga akan dibekalkan dengan ubat antiviral influenza, ini bermakna tidak timbul alasan untuk mereka menolak pesakit yang disyaki mengalami H1N1," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Ismail bekata, sebanyak 47 kes baru H1N1 disahkan menjadikan kini sebanyak 1,266 kes terkumpul dengan empat kematian di negara ini.
''Daripada jumlah itu, 55 peratus merupakan kes jangkitan tempatan iaitu mengatasi kes import.
''Kes jangkitan di dunia juga terus meningkat sebanyak 169,753 kes terkumpul dan 1,125 kes kematian," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, WHO memuji Malaysia kerana telah menjalankan segala langkah pencegahan penularan wabak yang sepatutnya.
''Wakil WHO bagaimanapun menjangkakan jumlah kematian akibat H1N1 di negara ini akan terus meningkat pada satu angka yang membimbangkan jika kita tidak berjaga-jaga dengan penularan wabak ini," katanya.

Tiada Kes Kematian Terbaru Akibat Influenza A (22 Ogos)
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tiada kes kematian akibat jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 9 pagi ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataan berkata, dengan demikian jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan virus itu kekal dengan 68 kes sepertimana dilaporkan semalam. - Utusan

lisee(L6A)- Posts: 25
Join date: 2009-05-16
H1N1;Wanita berusia 38 tahun korban terbaru (Isnin, 24 Ogos)
PUTRAJAYA: Seorang wanita berusia 38 tahun menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mangsa sebelum ini mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas menghidapi demam dan batuk selama dua hari.
Katanya, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif Influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antiviral Tamiflu. (Berita Harian)

WAN SEN (L6A)- Posts: 9
Join date: 2009-05-20
jumlah kematian kekal 73 orang sehingga kini
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan hari keempat berturut-turut tanpa kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) menjadikan jumlah kematian kekal 73 orang sehingga kini namun 228 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness dicatatkan menjadikan seramai 1,283 pesakit kini menerima rawatan.
Daripada jumlah itu, 48 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 11 kes berisiko penyakit kronik, tujuh kes kanak-kanak di bawah lima tahun, sembilan kes morbid obesiti, satu kes kehamilan dan satu kes berpenyakit respiratori. Berita harian

S.Teng(L6A)- Posts: 32
Join date: 2009-05-21
Kematian H1N1 di Malaysia pada kadar biasa: WHO
PUTRAJAYA: Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kematian akibat Influenza A (H1N1) di Malaysia adalah pada kadar biasa, sama seperti negara lain dan sistem pemantauan yang dijalankan Kementerian Kesihatan, sensitif dan mampu mengesan penyakit itu dengan cepat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga mendapati Malaysia mampu memberi rawatan untuk H1N1 dengan cepat.
Tiada kes kematian dilaporkan akibat jangkitan H1N1 menjadikan jumlah kematian kekal 73 orang sehingga jam 9 pagi semalam, namun sejumlah 173 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital menjadikan seramai 1,175 pesakit ILI sedang dirawat. (Berita Harian# Khamis, 10 September 2009)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga mendapati Malaysia mampu memberi rawatan untuk H1N1 dengan cepat.
Tiada kes kematian dilaporkan akibat jangkitan H1N1 menjadikan jumlah kematian kekal 73 orang sehingga jam 9 pagi semalam, namun sejumlah 173 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital menjadikan seramai 1,175 pesakit ILI sedang dirawat. (Berita Harian# Khamis, 10 September 2009)
S.Teng(L6A)- Posts: 32
Join date: 2009-05-21
Re: isu A/H1N1
S.Teng, apakah maksud pesakit ILI ?
Pada pendapat saya,
negara yang besar seperti Negara China mencatat kes selsema babi sebanyak 12 000 ke atas tetapi hanya tidak lebih daripada 10 orang mati dalam penyakit ini.
Mengapakah Negara Malaysia mempunyai kes yang lebih kurang daripada Negara China tetapi telah mencatat kematian sebanyak 73 orang ??
Sebenarnya negara kita perlu mengambil langkah yang wajar untuk meninjau sebab-sebab kadar kematian negara kita lebih tinggi berbanding dengan negara lain.
Pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan perlu mengikhtiar cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Punca:
Kebersihan persekitaran negara kita yang tidak bersih.
Iklim khatulistiwa yang panas serta lembab sepanjang tahun memberikan persekitaran yang amat sesuai untuk virus selsema babi untuk menyebak di negara ini.
Penduduk negara kita tidak bersikap prihatin terhadap penyakit ini.

BERWASPADA PADA SETIAP MASA!! JANGAN MEMANDANG VIRUS (H1N1)~
Ujian negatif tidak semesti pesakit bebas H1N1
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sensitiviti ujian rapid influenza A (H1N1) hanya sekitar 60 hingga 80 peratus sahaja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Katanya, ini bermakna jika keputusan ujian adalah negatif tidak bermakna seseorang itu tidak dijangkiti influenza A.
''Setakat ini tiada kewajipan dan keperluan untuk mendapatkan ujian ini jika seseorang disyaki dijangkiti H1N1,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu melalui hotline Kementerian Kesihatan hari ini.
Sementara itu, Dr. Mohd. Ismail memberitahu, seramai 257 pesakit telah disahkan positif H1N1 termasuk tiga kes yang merupakan kemasukan baru dalam tempoh 24 jam.
Katanya, sehingga pukul empat petang ini, seramai 75 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 154 orang telah dibenarkan keluar.
''Perkembangan itu menjadikan baki seramai 1,096 pesakit ILI sedang dirawat di 104 buah hospital di seluruh negara termasuk 257 yang positif H1N1.
''Bagaimanapun, tiada kematian baru dilaporkan hari ini,'' katanya.
Menurutnya, daripada 257 kes itu, 39 orang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara lima lagi kes telah dibenarkan keluar dari wad tersebut.
Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 77 peratus mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, bayi, hamil, penyakit jantung, asma dan imuniti rendah.
Menjelang sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Dr. Mohd. Ismail turut menasihatkan mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti ILI agar tidak mengunjungi pusat beli-belah dan mengambil langkah berjaga-jaga.

PnLeela wrote:Dengan statistik sebegitu, mengapakah warga kebanyakan sekolah kelihatan begitu tenang dan tidak mengambil langkah yang serius dalam membendung selsema A(H1N1)?![]()
pada tahun 1918, Influenza A telah wujud tetapi dalam DNA strand yang berbeza. Pada masa itu Influenza A lebih dikenali sebagai Spanish Flu dan telah mengambil nyawa sebanyak 50~100 juta orang di sekitar dunia. Selepas pendemik tersebut berakhir, saintis telah mengkaji virus tersebut dan berjaya mengenali virus tersebut menggunakan genetic coding.
Berbeza dengan Virus H1N1 2009, Pandemik ini boleh dikatakan lemah kerana ianya berbeza dengan Spanish Flu. Immunisasi badan bertindak untuk membunuh virus Spanish Flu dengan garang dan mengakibatkan satu health condition yang dinamakan auto immune, dimana sistem immunisasi terlalu garang sehingga sistem tersebut mula menyerang badan manusia sendiri.
Manakala, Virus H1N1 2009 pula tidak mengakibatkan reaksi sebegini dan pada saat berlakunya pandemik ini, kita telah mempunyai dua jenis anti virus yang mampu menentang virus ini iaitu Oseltamivir dan Zanamivir. Anti Virus yang lebih kuat kemudiannya baru diperkenalkan.
Oleh sebab kita telah mempunyai persediaan yang secukupnya untuk menentang virus ini, kita tidak haruslah memberi reaksi yang terlalu besar terhadap influenza ini. Komplikasi hanya berlaku apabila seseorang mempunyai sistem immunisasi yang terlalu lemah atau mempunyai existing medical condition. (Medical Condition yang mampu melemahkan sistem immunisasi atau jenis yang mengakibatkan organ failure, seperti Hepatitis, Pneumonia, bla bla bla)
Cikgu jangan risau banyak-banyak a~~
YeeYew™ [SonG][L6B]- Posts: 50
Join date: 2009-05-17
bilangan kes H1N1 pada 14 Sept. 2009
Khang Wei --> ILI bermaksud "influenza-like illness".
Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 48 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 126 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 970 kes ILI sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 193 pesakit (20%) sahaja telah disahkan positif H1N1.
Daripada 193 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes sedang dirawat di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (81%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut; penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (4), obesiti (8 ), kanak-kanak bawah 5 tahun (7) dan hamil (1).

HanXin (L6A/09)- Posts: 8
Join date: 2009-09-14
Page 2 of 4 •
1, 2, 3, 4 
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum