Standard keselamatan kad kredit dipertingkat

View previous topic View next topic Go down

Standard keselamatan kad kredit dipertingkat

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Wed Jun 02, 2010 5:31 pm

2010/06/02
PENGGUNA kad kredit akan menikmati tahap keselamatan lebih tinggi tidak lama lagi apabila semua pihak berkaitan penggunaannya di negara ini diwajibkan mematuhi keperluan standard keselamatan baru Majlis Keselamatan Standard jenama pembayaran dunia (PCI DSS).

Di bawah standard baru yang perlu dipatuhi selewat-lewatnya 30 September ini, semua bank, syarikat insurans, hotel, pedagang, hospital dan gedung membeli-belah di seluruh dunia perlu memastikan data maklumat semua pemegang kad kredit yang berurusan dengan mereka sentiasa disimpan, diproses dan dihantar secara selamat.
Ahli majlis PCI terdiri daripada syarikat pembayaran utama dunia seperti Visa Inc, MasterCard Worldwide, JCB International dan Discover Financial Services.
Pengurus AP Cyber Security Assessment Services, sebuah syarikat perunding bagi keselamatan transaksi kad kredit, Dr Jean-guy Rioux, berkata pematuhan kepada standard baru itu bertujuan mengurangkan kes penipuan kad kredit yang semakin meningkat di seluruh dunia.

“Standard baru ini bukan saja akan melindungi pemegang kad kredit tetapi juga pedagang daripada jenayah penipuan kad kredit,” katanya pada sidang media sempena persidangan PCI DSS di Kuala Lumpur, semalam.

Rioux berkata, pematuhan kepada standard keselamatan baru itu diwajibkan berikutan peningkatan kebimbangan di kalangan ahli majlis PCI mengenai tahap keselamatan perlindungan data maklumat kad kredit.

“Standard baru itu yang sudah diguna pakai di Amerika Syarikat lebih awal ternyata berjaya mengurangkan kes penipuan kad kredit sehingga 40 peratus di negara itu,” katanya.
Mengikut laporan Pusat Aduan Jenayah Internet FBI, pada 2008, jumlah kerugian akibat penipuan kad kredit menerusi pembayaran secara ‘online’ di AS berjumlah AS$265 juta (RM848 juta), meningkat 33.1 peratus daripada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Rioux berkata, di Asia Tenggara saja, kira-kira 45 juta kes penipuan kad kredit dilaporkan berlaku di rantau ini tahun lalu membabitkan kad kredit penduduk tempatan dan pelancong asing yang datang ke sini.

“Pelancong ke Indonesia dan Thailand sering menjadi sasaran penjenayah kad kredit ini yang turut terdiri daripada pekedai di kawasan pelancongan utama,” katanya.

Jelasnya lagi, kes penipuan kad kredit di mana-mana bahagian di dunia sentiasa dalam aliran meningkat berikutan pertambahan pengguna kad berkenaan.

“Keadaan itu sedang berlaku di rantau ini sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi Asia Tenggara yang menyebabkan semakin ramai penduduknya menggunakan kad kredit.

“Semakin banyak kad kredit dalam edaran maka semakin banyak kes penipuan akan berlaku,” katanya
avatar
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

Re: Standard keselamatan kad kredit dipertingkat

Post  leeyoong_U6B on Tue Jun 08, 2010 3:21 pm

Ong SQ (U6B/2010) wrote:
PENGGUNA kad kredit akan menikmati tahap keselamatan lebih tinggi tidak lama lagi apabila semua pihak berkaitan penggunaannya di negara ini diwajibkan mematuhi keperluan standard keselamatan baru Majlis Keselamatan Standard jenama pembayaran dunia (PCI DSS).

Di bawah standard baru yang perlu dipatuhi selewat-lewatnya 30 September ini, semua bank, syarikat insurans, hotel, pedagang, hospital dan gedung membeli-belah di seluruh dunia perlu memastikan data maklumat semua pemegang kad kredit yang berurusan dengan mereka sentiasa disimpan, diproses dan dihantar secara selamat.

Saya setuju! Langkah ini memang dapat melindungi pemegang kad kredit. Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan berlakunya kes penipuan kad kredit yang semakin meningkat dan meruncingkan. Selain itu, Pemegang kad juga tidak perlu risau sama ada kad kredit sendiri akan disalahguna oleh orang lain. Mereka hanya perlu membayar apa yang perlu dibayar..

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum