PM mahu pedekatan lebih mantap kurangkan nahas

View previous topic View next topic Go down

PM mahu pedekatan lebih mantap kurangkan nahas

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat May 29, 2010 11:28 am

2010/05/29
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu pendekatan lebih komprehensif dan holistik dalam usaha menangani isu keselamatan jalan raya yang saban tahun menyebabkan kematian yang besar.

Beliau berkata, kokurikulum baru yang bakal diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk latihan lesen memandu, perlulah dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.
"Setiap tahun jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah antara 6,000 hinga 6,500 orang. Kerugian akibat kos membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat kemalangan sahaja mencecah RM9 bilion.
"Ini tidak termasuk kos perbelanjaan rawatan yang ditanggung kerajaan dan keluarga terbabit, selain kesan emosi dan sebagainya," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung ke-10 Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemandu kenderaan perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran secukupnya untuk menjadi pemandu yang lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Katanya, kemalangan maut di jalan raya lebih berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri yang tidak berhemah selain tidak mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

"Sebahagian besar kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian dan kelemahan akibat sikap pemandu yang sebenarnya boleh dielakkan," katanya.
Perdana Menteri turut menegur penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang masih lemah.

"Kalau penguatkuasaan begitu efektif, orang akan takut untuk bawa laju, dan bagi institut memandu, mereka perlu efektif dalam melatih, mendidik dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah," katanya.

Mengenai hasil kempen keselamatan jalan raya yang tidak seberapa berbanding kos yang dikeluarkan, Najib berkata kerajaan akan tetap meneruskan kempen keselamatan jalan raya untuk terus mendidik pemandu di negara ini.

"Kempen akan diteruskan, apa yang penting penguatkuasaan yang efektif, latihan memiliki lesen memandu yang lebih efektif dalam usaha kita untuk melahirkan generasi memandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah," katanya.

Turut hadir, Presiden PIMA, Mat Aris Bakar, dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan. - Bernama

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum