Pembahagian Masa yang Bijak..

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Mon Jun 16, 2008 1:23 pm

Sebagai seorang warga bandar, terutamanya warga bandar utama di negara tentulah selalu runsing dengan masalah masa yang tidak mencukupi.. Apatah lagi sebagai seorang Pelajar yang akan menduduki peperiksaaan STPM. Menurut kata orang, peperiksaan STPM merupakan peperiksaan yang paling susah di dalam ASEAN dan yang ke-tiga susah dalam Dunia.. Pelajar yang akan menduduki peperiksaaan STPM digalakkan untuk membahagikan masanya denga bijak supaya dapat mengeluarkan lebih banyak masa untuk membuat latihan, ulang kaji dan berehat..

Bagaimanakah kakak dan abang kalian membahagikan masa kalian dengan bijak? Bolehkah abang dan kakak kalian berkongsikan pembahagian masa anda untuk menghadapi peperiksaan STPM? Wink

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  hawjiun on Mon Jun 16, 2008 3:37 pm

vinclam1314 wrote:Sebagai seorang warga bandar, terutamanya warga bandar utama di negara tentulah selalu runsing dengan masalah masa yang tidak mencukupi.. Apatah lagi sebagai seorang Pelajar yang akan menduduki peperiksaaan STPM. Menurut kata orang, peperiksaan STPM merupakan peperiksaan yang paling susah di dalam ASEAN dan yang ke-tiga susah dalam Dunia.. Pelajar yang akan menduduki peperiksaaan STPM digalakkan untuk membahagikan masanya denga bijak supaya dapat mengeluarkan lebih banyak masa untuk membuat latihan, ulang kaji dan berehat..

Bagaimanakah kakak dan abang kalian membahagikan masa kalian dengan bijak? Bolehkah abang dan kakak kalian berkongsikan pembahagian masa anda untuk menghadapi peperiksaan STPM? Wink

Saya tidak berani memgelarkan diri saya sebagai abang kerana saya adalah yang paling muda berbanding dengan tarikh lahir pelajar lain di kelas saya. Abang tohwai, sebenarnya, saya belajar mengikut mood sahaja. Sekiranya saya memaksa diri saya untuk belajar, saya tidak dapat menyerap intipatinya haha... Pada bulan februari, streamyx di rumah saya menghadapi masalah dan ia memerlukan 4 bulan untuk membaikinya. Terkejut saya dibuat oleh operator tmnet. Pada masa itu, saya amat marah dan sering membuat panggilan ke talian customer service untuk menggesar proses pembaikian dicepatkan. Namun, mereka seakan-akan tidak memperduli aduan saya.

Sebenarnya, saya menpunyai kelakuan yang aneh iaitu tiap-tiap hari saya akan membuka komputer saya walaupun saya tidak menggunakannya tetapi saya juga akan membukanya. Saya pernah mengawal masa penggunaan komputer tetapi gagal. Sehinggalah penyambungan internet terputus pada bulan tersebut, barulah saya dapat mengurangkan masa saya menggunakan komputer. Rupa-rupanya saya tertagih terhadap internet.HaHa Smile Smile

Lama-kelamaan, saya dapat menyesuaikan diri tanpa menggunakan masa yang banyak di komputer. Saya bermula belajar sedangkan tiada kemudahan internet. Saya akan belajar setiap subject dengan bergilir-gilir dengan melihat mood saya seperti hari ini saya ingin belajar biology maka saya akan menelaah biology sahaja. Di peperiksaan pertengahan tahun ini, saya nampak sedikit kemajuan dalam subjek tertentu.tetapi saya masih gagal sesetengah subjek.

Sekarang internet saya telah pulih barulah saya aktif dalam forum ini. Very Happy Jadi semasa terserempak saya sila mengingati saya untuk belajar. Laughing

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Fri Jun 20, 2008 11:20 am

yaya,memang tidak dapat dinafikan bahawa pembahagian masa amat penting terutamanya bagi pelajar sTPM memandangkan hanya tinggal kira-kira empat bulan sebelum peperiksaan sebenar kita.. pada pandangan saya,setiap orang mempunyai pembahagian masanya yang tersendiri,namun kita masih boleh mendapatkan nasihat dan cara membentuk satu jadual masa yang sempurna kepada diri sendiri. bagi saya,saya tidak akan membaca jika saya mula berasa letih dan teringin sangat hendak tidur. Biasanya,saya akan meluangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari dan kerja sekolah di letak di tempat kedua sekiranya kerja sekolah itu tidak perlu dihantar pada keesokan hari. Razz oleh itu,kadang-kala kerja sekolah matematik saya diabaikan sehingga banyak latihan tidak dibuat baru saya akan membuatnya.. haha.. Very Happy namun,kini saya rasa kerja matematik harus disiapkan setiap hari kerana ini dapat membantu saya memahami dengan lebih lanjut tentang pengajaran pada hari tersebut.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Jennifer Ong on Fri Jun 20, 2008 12:09 pm

haha.. Saya berasa rendah diri selepas melihat cara saudara-saudari sekalian membahagi masa untuk belajar. Saya selalu belajar ikut mood dan kebanyakan masanya saya tidak mempunyai mood untuk belajar. =.=

Entah, tidak kira macam manapun, saya masih dapat mencari peluang untuk membazir masa dengan berlengah. Setiap kali saya berjanji dengan diri untuk membuat sesuatu, saya akan melengahkannya kemudian kerana alasan letih. Selain itu, sejak kebelakangan ini, saya akan berasa letih sahaja setiap kali saya membuka buku untuk mengulang kaji. Untuk hari sekolah, selepas balik dari sekolah, saya akan berasa malas dan sedikit letih untuk membuat kerja seperti hari ini juga, saya lebih rela online daripada menelaah pelajaran. Semasa hari Sabtu dan Ahad, saya sedar yang saya sukar untuk belajar pada waktu petang. Acap kali semasa saya ingin mengulang kaji pada waktu petang, saya akan tertidur akhirnya...

haiz... Teruklah macam ni.. Saya perlukan satu motivasi untuk belajar yang saya pernah miliki semasa Tingkatan 2. Tetapi kini, tak kira bagaimana saya cuba untuk memotivasi diri saya sendiri, saya tidak berjaya untuk melakukannya. Sad confused

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Fri Jun 20, 2008 12:20 pm

usah terlalu bimbang sangat jika kakak jenifer kurang membaca di rumah,sekurang-kurangnya kakak jenifer memahami pelajaran yang diajar dan kakak pergi tuisyen juga. Kelas tuisyen adalah untuk membantu kita mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu subjek. dan bagi kes saya..saya tidak pergi tuisyen oleh itu saya rasa usaha yang perlu dicurahkan perlu lebih banyak berbanding kakak yang pergi tuisyen. Tambahan pula,keputusan kakak juga agak hebat di kalangan kita. jika letih memang patut berehat kerana jika kita memaksa diri kita untuk belajar semasa dalam keadaan letih,kita tidak akan dapat belajar apa-apa juga,seperti yang telah dikatakan oleh abang hawjiun..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Jennifer Ong on Fri Jun 20, 2008 12:33 pm

Janganlah kata begitu saudari Siew Mei... Lagi saya rasa susah hati kerana rasa saya tidak membuat apa-apapun untuk menolong diri saya. Memang betul jika kita rasa letih kita patut berehat. Tetapi bagaimana jika saya selalu rasa letih dan tidak bermaya? Oleh itu, kadang kala saya juga keliru dan tidak bila saya patut berehat dan bila saya patut belajar. Saya hantam sahaja bila-bila masa saya ada mood untuk belajar. Neutral

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Fri Jun 20, 2008 3:23 pm

Urm... saya juga menghadapi masalah sekarang.. saya sentiasa berasa letih dan apabila berasa letih atau tiada mood, saya tidak akan belajar atau berbuat apa-apa yang berkaitan dengan pembelajaran.. saya akan tidur, menonton doremon atau main dengan saudara saya, berjalan-jalan dan sebagainya.. Entah atas alasan apa, saya asyik berasa tiada mood pada hari-hari ini.. asyik tidur terlalu awal seperti 8.00p.m atau 10.00p.m.. sehingga saya terbangun pada awal hari dan tidak dapat tidur balik.. haiz.. kesiannya.. energi saya telah terjejas dengan banyak la.. Jadual harian saya adalah hanya pergi sekolah (pagi) -- rehat dan relax seperti online ( petang ) -- kerja rumah dan sebagainya ( pada malam )

Bagi saya, saya telah membuat saya perancangan, kalian boleh cuba tengok terhadapnya.. Perancangan saya adalah seperti yang berikut..
Pada saya, Yang paling penting adalah isu persatuan --- kerja rumah guru-guru --- kawan-kawan saya --- ulang kaji.. Saya berasa sebagai seorang ahli dalam persatuan, kita haruslah bertanggungjawab keatas semua tanggungjawab kita, jadi saya letakkan isu persatuan sebagai yang pertama. Then, sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita adalah belajar dan menghabiskan semua kerja yang disuruh oleh guru, selain itu, menghabiskan kerja rumah juga dapat meningkatkan pemahaman kita.. kawan-kawan saya juga sangat penting, saya tidak dapat menangani tekanan STPM jika tiada mereka, jadi, apabila saya dijemput oleh mereka untuk sesuatu kesenorokan, kemungkinan besar saya akan pergi dengna mereka.. Ulang kaji adalah pilihan terakhir saya sedangkan ia bukanlah tanggungjawab kemana-mana pihak selain pada saya diri sendiri.. jadi, jika terdapat apa-apa hal, saya tidak akan mengulan kaji...

Untuk menangani STPM, saya telah mempelankan satu jadual.. akan tetapi, kemungkinan besar saya tidak dapat menggunakannya atau melaksanakannya, kalian boleh cuba lihatkannya..
Saya berpelan bahawa cuba habiskan semua silabus pembelajaran sebelum Julai..
Pada Julai, mulakan praktis dalam soalan..
Pada Ogos, mulakan menyelesaikan masalah saya dalam subjek atau tajuk tertentu..
Pada September, peperiksaan percubaan..
Pada October, membuat ulang kaji dalam semua subjek..
Akan tetapi, saya tidak dapat habiskan semua silabus pembelajaran sebelum Julai, macam mana saya dapat melaksanakan apa-apa yang dipelankan oleh saya? terdapat banyak kerja rumah lah... haiz...

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Sun Jun 22, 2008 3:50 pm

saya juga harap saya dapat habiskan syllabus sebelum Julai tapi saya rasa saya tidak dapat membuatnya kerana memang terlalu banyak untuk dihabiskan dan kerja sekolah setiap hari tambahan pula isu persatuan yang masih perlu diuruskan..haihz...
Buat masa ini,saya rasa lebih baik saya habiskan syllabus secepat mungkin yang saya boleh dan tumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa cikgu mengajar terutamanya semasa waktu biology kerana sebelum ini saya selalu rasa ingin tidur semasa waktu biology,lepas itu saya tidak faham pengajaran itu dan kena baca sendiri pula,memang padan muka saya kan? haha... Very Happy

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  weichian_89 on Mon Jun 23, 2008 1:33 pm

saya juga rasa pening tentang pembelajaran sekarang...cikgu hanya mengejar syllabus,banyak bahagian masih tidak faham lagi,cikgu hanya suruh kita balik baca,baca,dan baca sahaja.jika tidak faham baca pun tak faham jugakan???macam mana dengan saya???memanglah pening... No
bolehkah rakan kalian beritahu bagaimanakah kalian dapat membahagikan masa dalam aktiviti sehari???memang tidak cukup masa satu hari,macam sangat pendek saja...haha... Laughing

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 27
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  hawjiun on Mon Jun 23, 2008 5:54 pm

Saya juga menghadapi dilemma seperti kakak siewmei dan wei chian. Dahulu semasa saya sedang belajar kelas kimia, saya juga berasa ingin tidur semasa pembelajaran apabila bab yang diajarnya sangat bosan. Bukan itu sahaja, pada hari selasa saya mempunyai 4 waktu kelas kimia. tentulah letih dan tidak bermaya. tetapi sekarang tabiat ini sudah kian berkurangan. Berkaitan dengan aktiviti seharian kakak wei chian. Kakak wei chian haruslah menentukan perkara yang penting haruslah meletakkan di prioriti dahulu. Perkara yang tidak penting haruslah diletakkan selepas perkara yang penting telah siap. Saya selalu berbuat demikian. Apakah pandangan kalian Question

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Tue Jun 24, 2008 10:27 am

Urm.. kakak wei chian, kakak boleh cuba membuatkan satu kumpulan pembelajaran sendiri... apabila kakak tidak faham apabila kakak baca sendiri, kakak boleh cuba berbincang dengan kawan kakak kerana mungkin kawan kakak faham dengan apa yang kakak tidak faham.. Untuk Aktiviti harian saya, saya sudah paparkan di atas, iaitu pagi sekolah, rehat main menonton tv di petang,buat kerja rumah atau baca buku pada malam.. Jika berasa letih, saya tidak akan memaksa sendiri baca, saya akan tidur/rehat..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Wed Jun 25, 2008 9:03 am

saya ni amat malas untuk mengulang kaji...
saya sentiasa membuat kerja rumah sampai larut malam.
Ini mengakibatkan saya sentiasa tiada mood dan semangat untuk belajar di sekolah...
apabila saya mengantuk di kelas, saya paksa saya sendiri untuk menanya cikgu soalan.
dengan cara ini, saya tidak akan rasa mengantuk lagi~Razz
dan saya dapat teruskan pelajaran saya ~
oleh sebab saya tak mengulang kaji, jadi saya akan paksa saya sendiri untuk mendengar dan memahami apa yang cikgu ajar dalam kelas.
cikgu ekonomi saya amat baik!
dia sentiasa menanya soalan dalam kelas tentang apa yang kami belajar semalam.
jadi saya amat ingat apa yang cikgu ajar.

ahh !!! saya belum membuat ulang kaji lagi !!!
tak tau saya dapat pass dalam ujian bulanan tak!!!
haiz.......

semua senior janganlah sama macam saya ....
mesti mengulang kaji di rumah ok?

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 26
Location : KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  hawjiun on Thu Jun 26, 2008 8:34 am

Ngo Yong Hui (L6A/2008) wrote:saya ni amat malas untuk mengulang kaji...
saya sentiasa membuat kerja rumah sampai larut malam.
Ini mengakibatkan saya sentiasa tiada mood dan semangat untuk belajar di sekolah...
apabila saya mengantuk di kelas, saya paksa saya sendiri untuk menanya cikgu soalan.
dengan cara ini, saya tidak akan rasa mengantuk lagi~Razz
dan saya dapat teruskan pelajaran saya ~
oleh sebab saya tak mengulang kaji, jadi saya akan paksa saya sendiri untuk mendengar dan memahami apa yang cikgu ajar dalam kelas.
cikgu ekonomi saya amat baik!
dia sentiasa menanya soalan dalam kelas tentang apa yang kami belajar semalam.
jadi saya amat ingat apa yang cikgu ajar.

ahh !!! saya belum membuat ulang kaji lagi !!!
tak tau saya dapat pass dalam ujian bulanan tak!!!
haiz.......

semua senior janganlah sama macam saya ....
mesti mengulang kaji di rumah ok?

Sebenarnya senior anda amat rajin seperti abang tohwai, kakak siewmei dan kakak jennifer. Jadi Yong Hui sepatutnya belajar bersungguh-sungguh. Sikap Yong hui ini amat mengagumkan saya. Anda beranikan diri anda untuk menanya soalan pada cikgu. Tidak seperti saya. Malu untuk bertanya. Jangan belajar seperti saya Mad Mad

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Fri Jun 27, 2008 6:43 pm

hahahahahaha.... Razz
kenapa kamu malu sangat?
cikgu kamu amat garang ke?
saya pun tidak berani tanya soalan kepada cikgu yang garang ...
saya takut kena marah...

saya tahu kamu juga amat rajin belajar.
pelajar kelas kamu begitu rajin dan pandai ~
kamu boleh tujukan soalan kepada kawan kamu ...
tetapi, saya tak boleh...
kerana kebanyakan pelajar di kelas saya dulu adalah dari kelas sains.
jadi, kadang-kala mereka juga tidak berapa faham tentang apa yang cikgu ajar dalam subjek ekonomi, akaun, pengajian perniagaan.
jadi saya terpaksa kena tanya cikgu ...

saya sentiasa membuat kerja rumah saya pada larut malam.
ini kerana saya berasa tiada orang akan mengganggu saya.
oleh itu, saya dapat belajar / membuat kerja rumah dengan aman sekali.
saya tak dapat buat kerja rumah pada waktu petang kerana mama saya sentiasa mendengar radio...
adakah cara saya ini betul?

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 26
Location : KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Sat Jun 28, 2008 11:05 am

Pada pendapat saya, cara kakak yongsui mungkin adalah bagus kerana kesunyian, akan tetapi, ia adalah kurang baik untuk kesihatan kakak.. Ini adalah kerana manusia memerlukan lebih kurang 8jam untuk berehat sehari, masa larut malam seharuslah masa untuk tidur.. Pada pendapat saya, kakak yongsui boleh cuba belajar/menyiapkan kerja rumah di sekolah-perpustakaan pada petang jika kakak yong sui berasa ia adalah agak bising di rumah.. Saya juga terdapat kawan yang sentiasa belajar di sekolah kerana beliau berasa dia sukar belajar di rumah.. kakak yong sui boleh cubakan cara ini..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Fri Jul 04, 2008 10:41 am

Aduihai,abang tohwai kenapa awak masih panggil kakak yongsui,tidak sedap didengar lah... Neutral
memang betul cakap abang tohwai,selalu belajar sampai larut malam tidak baik untuk kesihatan.. adik yong hui mungkin tidak berasa kesihatan anda semakin merosot,lama-kelamaan tabiat tidur lewat akan menjejaskan kesihatan adik,masa adik sedar bahawa kesihatan merosot sudah terlambat.. Tambahan pula,kita perlu bangun awal-awal pagi untuk ke sekolah,oleh itu amatlah penting untuk tidur awal supaya mempunyai semangat untuk belajar pada keesokan hari..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Tue Jul 15, 2008 6:28 pm

saya rasa saya tak dapat belajar di perpustakaan...
ini disebabkan oleh saya amat suka bersembang dengan orang lain...
nanti senior-senior atau kawan-kawan saya bencikan saya...
haha~
dan saya datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah...
jika saya sentiasa mengulang kaji di perpustakaan sekolah, maka saya tidak dapat menaiki bas sekolah saya untuk balik ke rumah...
ini akan membazirkan wang mama saya...
selain itu, mama saya juga tidak akan membenarkan saya sentiasa berada di sekolah selepas sekolah.
dia rasa saya akan jatuh cinta kepada siapa-siapa...
haiz..............

bolehkah saya tahu bagaimana kakak-kakak dan abang-abang sekalian menguruskan masa ?
contohnya, bilakah masa untuk mengulang kaji, tidur petang, menonton tv dan sebagainya...

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 26
Location : KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Wed Jul 16, 2008 9:05 am

haha.. kenapa akan jatuh cinta kepada sesiapa?? adakah kerana umur kakak adalah berada dalam umur yang agak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang? pada pandangan saya, jatuh cinta pada tahun ini atau selepasnya ( tahun STPM ) adalah agak susah payah.. kerana kakak perlu meluangkan masa untuk menemani teman lelaki atau perempuan mu dan mungkin akan mempengaruhi pencapaian kakak.. akan tetapi, dengan urusan masa atau apa-apa yang baik, kakak mungkin boleh tidak akan dipengaruhi oleh hal ini dan mungkin mendapat faedah daripadanya?? hehe...

adik dah terangkan harian saya, akan tetapi, saya tidak dapat menjalankan jadual tempoh panjang saya... sekarang hanya petang relax sehingga malam, seterusnya akan membuat kerja rumah.. selepas kerja rumah, saya barulah mengulang kaji.. Suspect

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Wed Jul 16, 2008 9:58 am

haha...saya rasa mama adik yong hui kuat curiga dan mungkin dia bimbang adik yong hui betul-betul jatuh cinta pada siapa-siapa? Razz
hmm...biasanya saya mengulang kaji saya pada waktu malam dan saya akan tidur waktu petang kerana masa itu merupakan waktu "inactive" saya,haha.. Very Happy maksudnya,waktu itu saya tidak mempunyai mood/letih ingin membuat sebarang kerja ataupun mengulang kaji,jika saya tidak tidur saya hanya melepak dalam rumah tanpa berbuat apa-apa,ini amat membazir masa oleh itu saya tidur masa itu.. Wink

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Thu Jul 17, 2008 11:01 am

-.-|||
saya tiada jatuh cinta kepada siapa-siapa la.........
tiada masa untuk saya berfikir tentang lelaki.......
mama saya yang kuat curiga la.........
vinclam1314, apakah faedah yang kamu sebutkan jika mempunyai teman lelaki pada masa kini ?

saya juga akan berasa letih dan tiada semangat pada waktu petang.
tetapi, jika saya tidur petang, saya akan tidur sampai pukul 8...
saya sentiasa rasa tiada masa untuk menyiapkan semua kerja rumah saya ..........
dan saya belum mengulang kaji langsung dalam subjek pengajian perniagaan...

berapa jam untuk kakak dan abang untuk menyiapkan kerja rumah ?
dan berapa jam lagi untuk mengulang kaji?

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 26
Location : KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Thu Jul 17, 2008 8:46 pm

sebagai contohnya, seseorang mempunyai seorang teman lelaki,
1) jika teman lelakinya adalah sangat pandai , teman lelakinya boleh mengajar teman perempuannya dalam pembelajarannya atau terbaliknya..(pembelajaran)
2) mereka boleh berbincangan dengan pembelajaran mereka dengan lebih senorok dan lebih mengingati..(pembelajaran)
3) dia sangat cintai teman lelakinya sehingga dia mahu berusaha dengan kuat dalam pembelajarannya supaya mendapatkan keputusan yang baik dalam STPM (semangat)
4) apabila salah seorang daripadanya mendapat tekanan yang kuat, temannya boleh membantunya untuk melepasikan tekanan itu..(tekanan)
5) teman lelaki atau perempuan boleh menjadi salah seorang yang boleh berkongsi kesedihan dan keceriaan anda juga..(tekanan)
6) teman lelaki atau perempuan boleh memberikan sokongan yang kuat atau bantuan apabila kamu memerlukannya..(tekanan/pembelajaran/persatuan)
dan sebagainya..
**Ini adalah daripada pendapat saya sahaja.. tidak semestinya memberikan kesan / bukti yang bagus.. kerana saya masih dalam keadaan lelong.. Like a Star @ heaven

Pada masa kini, kebanyakan saya hanya akan menggunakan masa lebih kurang 3-4 jam untuk menghabiskan kerja rumah dan ulang kaji saya sahaja.. masa yang selebihnya akan digunakan dalam permainan (kini WoWing.. ada minat.. cari saya..Porkman -- Barthilas) dan tidur serta makan sahaja.. haha..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  siewMei on Fri Jul 18, 2008 3:08 pm

adik yong hui,biasanya saya meluang masa selama 3-5jam sehari dalam kerja rumah dan mengulangkaji,two in one,maksudnya jika saya buat kerja rumah saya hingga rasa bosan saya akan berhenti dan mula ulang kaji saya..
adui...abang tohwai ni,banyak idea yang sangat menarik tentang kesan teman lelaki/perempuan terhadap pelajaran kita..haha!!! Laughing
pada pendapat saya,buat masa ini,lebih baik kekal "single" sebab waktu sekarang patut tumpukan semua perhatian dalam pelajaran.. Wink hal lain-lain bimbang lepas ni..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 27

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  wendy on Tue Jul 29, 2008 1:55 pm

saya tidak pernah tengok tajuk ini kerana terlalu banyak tajuk dikemukan.selepas membaca komen yang diberikan kakak dan abang sekalian,saya ingin meluahkan perasaan yang selalu masa itu tidak mencukupi untuk saya.haiz...saya merupakan orang yang selalu membaca tetapi keputusan peperiksaan masih tidak baik.kenapa? Sad sedihnya aku,mengkin saya tidak cukup faham apa yang saya telah membaca kot...ataupun apa yang kakak dan abang sekalian kata membaca semasa berasa letih...itulah kelemahan saya...

saya juga berasa Embarassed "paiseh" kerana apa yang diutamakan oleh abang tok wai yang meletakkan isu persatuan sebagai pertama,saya gagal mematuhi tanggungjawab dengan sepenuhnya.maafkan saya ....saya amat sedih dengan selalu lupa memakai tie sehingga memotong markah. Crying or Very sad minta maaf...

biarlah saya balik tajuk ini,saya rasa menetap masa untuk menyiapkan rumah kerja atau mengulang kaji adalah satu cara yang sukar dicapai kerana kebolehan seseorang adalah berbeza.hehe...kebolehan saya adalah lemah sikit kerana saya memerlukan masa yang banyak untuk memahami apa yang saya sedang membaca dan untuk mengingat. saya rasa seseorang perlu membuat sesuatu mengikut kemampuan sendiri dan tidak mengikut masa yang ditetapkan sahaja sedang perkara itu tidak mampu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.tetapi,kadang-kala juga perlu mengikut masa supaya dapat memotivasi diri dengan menyiapkan perkara tersebut.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  vinclam1314 on Tue Jul 29, 2008 2:53 pm

Janganlah kakak wendy berasa 'paiseh' kerana saya amat berterima kasih kepada kakak kerana kesudian berkerjasama dengan saya selama anda menjada AJK persatuan pelajar. Sebaliknya, sayalah yang ingin meminta maaf kerana saya tidak dapat bertanggungjawab dengan baik dan sempurna sebagai seorang wakil.. Minta maaf lah..

Mengenai tentang masalah kakak yang tidak dapat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan walaupun sudah membaca banyak, pemikiran saya terbenam dengan "cara". adakah cara pembacaan kakak adalah tidak begitu sesuai dengan kakak? kakak boleh cuba menanya kawan-kawan kakak yang mendapat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan tentang cara pembacaan mereka.. cubalah cara mereka, can carikan cara yang terbaik untuk kakak. Saya berasa cara pembacaan yang baik adalah lebih penting daripada masa yang diluangkan untuk membuat ulang kaji atau latihan..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  wendy on Thu Jul 31, 2008 4:49 pm

saya yang perlu meminta maaf... Smile terima kasih abang tok wai kerana "forgive me".maksud abang tok wai ialah membuat latihan dengan banyak dan meluangkan masa untuk mengulang kaji?mmm...betulpun,saya memang kurang membuat latihan ,itulah masalah saya tidak dapat menjawab soalan dengan baik kerana tidak tahu macam mana hendak menerangkan sesuatu. Wink saya akan berusaha !! terima kasih..

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Pembahagian Masa yang Bijak..

Post  Sponsored content Today at 1:00 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum